Humaira duduk termenung dalam bilik apartment universiti nya.
Apartment universiti?
Well! Humaira sekarang dah menyambungkan pelajarannya di Crystal Diamond University.
Sudah masuk 10 bulan dia belajar di universiti ini.
Dia kini tinggal di apartment universiti nya. Dalam satu bilik dalam apartment ni ada lagi 4 bilik. Jadinya, dia kongsi bilik apartment ni lagi dengan 3 orang.
Apa khabar dengan sahabatnya yang lain?
Nafeesa mendapat biasiswa untuk belajar di Australia. Ya, bersama dengan Danish. Waktu penerbangan dia pun sama dengan Danish.
Naurah dan Hafiyah pula di Golden gem University.
Harisah dan Wani di Silver Ruby University.
Qaisara? Dia satu universiti dengan Humaira juga. Tapi mereka tak ambil jurusan yang sama.
Haikal juga turut satu universiti dengan mereka berdua dan itu membuatkan Qaisara tak puas hati. Lagi-lagi Haikal mengambil jurusan yang sama dengannya.
Qaisara turut tinggal di apartment universiti mereka, tapi di bilik yang lain dan tingkat lain.
Ada dua buah blok apartment. Satu blok untuk lelaki, satu lagi untuk perempuan. Setiap blok ada 8 tingkat.
Humaira di tingkat 5 dan Qaisara pula tingkat 3.
Sekarang ni, susah dah nak hangout sama-sama. Masing-masih sibuk belajar.
Tok tok tok
Bunyi ketukan pintu tu menyentakkan lamunan Humaira.
Humaira bergerak untuk membuka pintu.
"Kau tak makan? Makanan dah siap tu." Kata seorang perempuan yang merangkap teman sebilik apartment nya ni.
Kirakan, house mate atau roommate atau apartment mate tu? Gelarkan roommate saja lah eh.
Humaira memandang jam dindingnya. Terkejut dia bila mendapat dah nak pukul 1 petang.
"Korang dah siapkan makanan? Laaa kenapa tak panggil aku, bolehlah aku tolong." Ujar Humaira dengan nada rasa bersalah lalu keluar dari biliknya tu.
Perempuan tu tergelak kecil. Iffah namanya.
"Takpe lah~" Ujar Iffah. Iffah ni seorang yang lemah lembut jenisnya. Ayu je.
Mereka berdua pun pergi meja makan. Ada lagi dua orang roommate nya. Yang seorang namanya Syasya dan yang seorang lagi Yasmeen.
"Hai korang, sorry lah tak teman korang siapkan makanan..." Kata Humaira rasa bersalah sewaktu dia sudah duduk.
"Eeh tak apa lah kau ni... meh jom makan." Balas Yasmeen dan mereka berempat mula menjamu selera.
Mereka tak ada kelas hari ni? Eh ada je. Tapi karang pukul 4 petang.
Mereka berempat ni juga mengambil jurusan yang sama, jadi mereka sentiasa dalam kelas yang sama.
»
Humaira keluar dari biliknya selepas dia selesai bersiap untuk pergi kelas.
Masih ada setengah jam sebelum kelasnya bermula.
Roommate nya yang lain belum lagi siap.
"Korang! Aku gerak dulu ke kelas eh!" Laung Humaira dari luar bilik.
Kedengaran roommate nya yang tiga orang tu menjawab 'okay'.
Oleh itu Humaira pun keluar dari bilik apartment tu dan berjalan menuju ke lif. Tak ada dia nak turun pakai tangga.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...