HC | 15

5.2K 178 20
                                    

Mereka pun dah cukup mencari barang yang diperlukan dan mereka berdua berjalan ke counter.

Danial meletakkan bakul yang dah penuh tu atas counter.

Akak yang bertugas depan counter tu mula membuat tugasnya.

Danial memandang ke arah Humaira yang bermuka masam tu.

Lepas Danial mengusiknya tu, Humaira masam jeee dari tadi. Bila di tanya, sepatah je dia jawab. Macam Humaira pula yang dingin ni eh.

Danial tersenyum nipis. Dia membongkokkan sedikit badannya supaya hampir sama ketinggiannya dengan Humaira.

"Marah masih ke?" Soal Danial dengan lembut. Hilang jap datarnya tu.

Humaira memandangnya sekilas. "Eeh tak lah. Aku happy je ni. Tengok?" Balas Humaira dan membuat senyuman palsu. Lepastu dijelingnya Danial.

Danial menggulingkan matanya dan mendecit. Ditegakkannya kembali badannya. "Heh pujuk diri sendiri ye? Tak kuasa aku pujuk." Ujar Danial. Jeng kembali dah nada datar dia.

Humaira mencebik menyampah. "Aku tak cakap pun minta pujuk." Kata Humaira pula.

"Ye lah tu." Kata Danial lagi. Tak mahu kalah.

Akak counter tu tersenyum melihat kelakuan pelanggannya tu. Comel sungguh!

"Isteri merajuk ke?" Soal akak tu pada Danial.

Terus Danial terkedu dengan soalan akak tu. Tapi mukanya kekal selamba.

Humaira yang tersentak tu pun dah macam nak hilang terus marah dia tu.

Danial mengusap tengkuknya dan mamandang ke arah Humaira yang dah memandangnya dengan muka sedikit terkejut.

Kami ni nampak macam pasangan yang dah kawin ke?! Hello?! Kami masih muda! Remaja! Masih pelajar sekolah menengah! Ada usul macam orang dewasa dah ke? Ouch!

Tapi Danial tiba-tiba tersenyum senget. "Haah kak... baru usik sikit dah merajuk." Kata Danial pada akak tu.

Akak tu boleh je percaya apa yang dikatakan oleh Danial tu.

Humaira? Melopong dia terus! Pipi dia dah mula betukar merah. Malu? Ada lah tapi sebab marah juga! Sedaya upaya dia menahan riak wajahnya dari menunjukkan kemarahan.

"Alaaa kamu mesti pandai lagi pujuk-pujuk dia... buat benda yang lebih sweet..." Kata akak tu lagi.

Danial masih dengan tersenyum senget. "Akan diusahakan,kak." Balas Danial pada akak tu dan menoleh ke arah Humaira yang dah macam tomato muka dia.

Tanpa Humaira sangka, Danial mengenyitkan sebelah matanya.

Terbuntang mata Humaira melihat aksi Danial tu! Macam ni ke perangai dia sebenar?! Nakal!

Akak counter tu ketawa. "Semuanya $69.50 ye." Katanya lepas je dia ketawa melihat pelanggannya ni.

Danial mengeluarkan dompetnya da menghulurkan sekeping not 100 ringgit yang telah dibagi oleh Delisha tu.

Akak counter tu mengambil duit dari tangannya lepastu menghulur bakian duit tu.

Danial mula mengambil plastik putih besar yang dah berisi dengan barang yang mereka beli.

Lepastu mereka keluar dari kedai tu. Danial mengeluarkan phone nya dari poket untuk menelefon neneknya. Dia mendail nombor meneknya.

"Assalamualaikum nek... nenek kat mana?"

"Yup, dah."

"Oh okay."

Danial menyimpan semula phone nya. Dia menoleh ke arah Humaira. "Jom." Ajaknya.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now