3 bulan kemudian
Alhamdulillah, sebulan yang lalu, Humaira selamat melahirkan dua baby lelaki kembar yang sihat dan comel.
Sekarang ni, Humaira masih dalam fasa berpantang.
Humaira yang ralit memandang anak kembarnya yang tidur atas katilnya tu teralih bila puan Hani masuk ke dalam biliknya.
Masa ni sudah waktu malam.
Puan Hani menghampiri anak sulungnya yang sudah pun menjadi seorang ibu tu. Kepala Humaira diusapnya.
"Dah minum minuman yang mama bagi tadi?" Soal puan Hani memastikan.
Humaira dengan riak tak sukanya mengangguk. "Sudah, yucks tak sedap lah maaaa." Balasnya.
Puan Hani menggelengkan kepalanya. "Tu untuk kebaikan kamu juga."
Puan Hani memandang kedua cucunya pula. Asal dia melihat mereka, terharu dia. Sekarang dia sudah mempunyai dua orang cucu! Dia mengusap lembut kedua pipi cucu-cucunya tu lalu dilabuhkan ciuman pada dahi mereka.
"Ingat pesan-pesan mama ye Maira? Kamu masa ni pun masih dalam pantangan. Kalau nak bergerak, elok-elok." Pesan puan Hani lagi pada anaknya tu. Setiap hari tak lekang dari dia memesannya.
Humaira mengangguk faham lagi dengan sengihan.
"Hmm Dani ni bila balik?" Tanya puan Hani.
"Tak lama lagi balik lah ni, tadi dia ada text." Jawab Humaira.
Danial tadi ada shift sampai pukul 9 malam. Sekarang ni pun dah 9 lebih. Doktor kan?
Puan Hani mengangguk. "Okay kalau macam tu, mama masuk bilik dulu ya." Kata puan Hani dan mengusap lagi kepala anaknya tu.
"Okay, selamat malam ma." Ucap Humaira pada mamanya sebelum puan Hani keluar.
Lepas je puan Hani menutup pintu, Humaira kembali memandang kedua anaknya tu.
Kedua muka diorang memang mengikuti wajah daddy mereka. Ada nampak kacukan orang putih gitu.
Muhammad Haffaz Daiyan dan Muhammad Harraz Dhaffa. Jarak kelahiran mereka hanyalah 7 minit. Haffaz yang abang, Harraz yang adik.
Humaira menoleh bila seseorang membuka pintu lagi.
Terserlah figura suaminya yang tinggi tu.
Humaira lantas tersenyum manis. "Abang!" Sapanya ceria.
Wajah Danial yang kelihatan letih tu terus tersenyum memandang isterinya yang memanggilnya dengan ceria tu. Haih, sehari tak comel dimatanya tak sah.
Danial menghampiri Humaira yang duduk melunjur atas katil tu. Kepala Humaira diusapnya sebelum dahi isterinya tu dikucup lembut.
Humaira membuat mata kucingnya dan dikelip-kelip. "Nak peluk." Pintanya mengada.
Terus Danial tergelak. Pipi Humaira dicubitnya perlahan. "Eeee tunggu abang mandi dulu eh? Rasa melekit satu badan abang ni." Kata Danial.
Humaira memuncung. "Okay laaa."
Kali ni Danial menepuk kepala Humaira perlahan dibuatnya seperti kanak-kanak. "Good girl." Ucapnya lalu memandang kedua anak kembarnya dengan senyuman gembira.
Lepastu dia pun berlalu masuk bilik mandi untuk membersihkan diri.
Selepas beberapa minit kemudian dia pun keluar dari bilik mandi dan memakai bajunya.
Selesai, dia terus menghampiri Humaira yang sedang bermain bersama seorang dari anaknya yang telah bangun.
"Eeh dua-dua dah bangun?" Soal Danial terkejut bila baru perasan kedua anaknya tu dah bangun.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
Lãng mạnCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...