Keesokan harinya, pada waktu pagi tu, Humaira turun awal untuk membuat sarapan untuk keluarganya.
Sewaktu dia masuk dapur, kelihatan puan Hani sudah terlebih dahulu mengeluarkan bahan-bahan yang hendak dimasaknya.
"Good morning mama..." Sapa Humaira.
Puan Hani lantas tersenyum melihat anaknya tu. Dia juga membalas sapaan Humaira. "Awal bangun?" Soalnya dan matanya tertancap pada leher Humaira yang ada beberapa kesan berwarna merah. Itu membuatnya tersenyum mengusik.
Pipi Humaira memerah bila melihat eksperasi puan Hani yang seakan mengusiknya. Ish, teringat pula dia pasal kisah semalam.
"Maira memang selalu awal bangun okay semenjak Maira dah masuk uni." Humaira membalas soalan mamanya tu dengan sedaya upaya menapuk malunya.
Puan Hani mendecit sebelum jarinya mula menunjuk ke arah leher Humaira. "So will I be expecting a grandchild tak lama lagi? " Sakatnya.
Kali ni Humaira tak dapat menahan malunya. Lehernya lantas ditutup dengan tangannya. Aish, dia lupa pula dengan leher dia ni!!
"Mamaaaaa, janganlaaahh maira tengah malu ni tau!" Rengek Humaira kerana malu tu.
Ketawa puan Hani pecah. Sumpah kelakar! "Takpe lahh Maira oiii, kita sama-sama perempuan, mama juga pernah diperbuat begitu pffft." Dengan selambanya puan Hani berkata.
Humaira mula memuncung. "Habis tu macam mana Maira nak tapuk leher nii??"
Puan Hani tertawa kecil lagi. "Lepaskan je lah rambut Maira tuuu. Jangan diikat macam tu." Lepastu dia menggeleng. Itu pun nak di kasi tahu ke?
Oleh itu Humaira pun melepaskan rambutnya yang diikatnya tu. Ye tak jugak, kenapa dia tak terfikir tadi tu eh?
"Hmm mama nak masak apa? Maira tolong." Tawar Humaira.
"Eehh tak payah tolong. Biar mama je buat. Kamu pergi naik atas balik layan suami kamu tu." Tolak puan Hani.
Humaira menggelengkan kepalanya laju. "Tak nak Maira naik atas balik!" Cepat Humaira membantah. Tak nak! Masih malu! Lagipun lepas solat subuh tadi Danial pun dah tertidur balik. Letih membuat 'kerja' katanya.
Puan Hani sekali lagi tertawa. "Ya laaahh."
»
Selepas makan sarapan, Humaira menawar untuk membasuh segala pinggan.
Nasib juga tiada yang perasan akan lehernya. Nasib rambutnya dapat memampan kesan-kesan tu. Danial punya pasal lah tu!
Humaira sekarang ni dalam dapur, seorang diri je dan dia pun mengikat rambutnya dengan gaya messy hair bun.
Takde orang yang nak masuk dalam dapur ni, huda dah pergi kolej dan Hanan pun dah pergi sekolah.
Puan Hani dan tuan Rashid dalam bilik tamu dan sudah pasti tak akan masuk dalam dapur lagi.
Kecuali seorang tu lah.
Sedang dia sibuk membasuh pinggan kedua akhir, seorang memeluk piggangnya dari belakang.
Bahu Humaira terhinjut dan sedikit lagi nak terjerit kalau Danial tak menekup mulutnya.
Humaira terus mendongakkan kepalanya ke tepi untuk menjeling Danial yang sememangnya tinggi tu.
Danial pula senyum tak bersalah.
Malas nak layan Danial, Humaira menyambung perbuatannya tadi.
Tapi terberhenti lagi bila Danial 'mengacaunya' lagi.
"Daniaaal..." Seru Humaira dengan nada geram.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...