1 tahun kemudian. Bulan december 2019.
Akhirnya selepas berjuang selama satu tahun untuk peperiksaan o level, Danial dan Humaira pun dah habis sekolah menengah selama 5 tahun. :')
Bagaimana dengan hubungan mereka berdua? Masih macam biasa. Tapi semakin rapat. Dah macam bestfriend.
Friendzone? Entahlah.
Danial semakin kerap mengusik Humaira tapi dia juga semakin caring terhadapnya.
Sifat dinginnya? Macam nak hilang dah. Tapi masih ada sifat kebekuannya tu. Sebab? Katanya sifat dinginnya tu macam sudah sebati dalam dirinya. It kind of turns into his habit.
Tapi kalau dengan orang yang tak dikenalinya atau tak rapat, memang dia akan bersikap dingin dengannya.
"Hoi. Apa kau fikir kan tu?" Tegur Danial pada Humaira bila dia perasan Humaira seperti berangan.
"Takde, just about the future." Balas Humaira dan tersenyum.
Danial menongkat dagunya dan tersenyum nakal. "About our future?"
Humaira menggulingkan matanya. "You and your sweet talks berpisah tiada. " Ucap Humaira menyampah tapi pipi dah merah.
Danial menjongketkan bahunya. "Well you know me." Ujar Danial dengan lagaknya.
Humaira ketawa kecil.
Tipulah kalau mereka berdua ni tak rasa sesuatu yang lain macam bila mereka berdua berjumpa. Tapi masing-masing mengabaikan perasaan tu.
Mereka sekarang ni berada di pondok belakang rumah Danial berhampiran kolam renang.
"Kau pergi tak ke field trip ni?" Soal Danial.
Setiap tahun, Sekolah mereka ada memilih 20 orang pelajar dari Muntazar ABHS dan 20 orang pelajar dari Munawwarah AGHS. 40 orang ini akan dibawa belayar ke luar negeri dan semua cost ticket penerbangan dan tempat tinggal akan di tanggung oleh sekolah sendiri. Giler kaya. Tapi kalau bab makan dan shopping, pelajar pakailah duit sendiri.
Danial dan Humaira juga terpilih untuk mengikut serta kerana mereka adalah bekas Ketua pengawas dan Penolong ketua pengawas waktu mereka form 4.
Mereka ke mana pada tahun ni? South korea!
"Ofcourse leerr! Don't want to miss this opportunity wei!" Balas Humaira teruja. Ya lah kan, ticket kena bayarkan, takkan nak tolak.
"Kau pergi tak?" Soal Humaira pula.
"Yup."
Mereka akan bertolak minggu depan, 10 december dan menetap sana selama seminggu.
Humaira menepuk tangannya. "Yayy! Tak sabarnya!" Ujar Humaira teruja.
"Tak sabar nak luangkan masa dengan aku ke?" Gurau Danial dengan senyuman nakalnya tu.
Humaira menggulingkan matanya lagi. "Perasan."
»» »»
Seminggu Kemudian
Semua pelajar-pelajar yang terpilih dari Muntazar ABHS dan munawwarah AGHS pun sudah berada di airport menunggu penerbangan mereka. Ada lagi setengah jam. Mereka akan bertolak pada pukul 9.00 pagi.
Nak tahu tak? Humaira menangis waktu keluarganya mahu balik. Menangis juga sebab dia melancong tanpa keluarganya. Dia menangis tu macam nak tinggal kat korea bertahun-tahun.
Danial yang juga ada waktu tu bersama nenek Imah dan atuk Rahim tu hanya menggeleng. Cengeng!
Dan sekarang ni Humaira tengah duduk pada bangku yang panjang di airport tu dengan muka yang baru habis menangis. Hidung merah, mata pun sembab. Orang nak melancong ni patut happy² , ini dia bersedih pula. Awal-awal je dia nampak teruja.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...