HC | 52

4.5K 149 4
                                    

Incoming call from Danial sayang💓....

Humaira mengerutkan dahinya apabila Danial tiba-tiba menelefonnya. Dia menekan tanda accept.

Tentang nama contact Danial tu, sebenarnya Danial sendiri yang mengubahnya. Suka hati dia je nak kacau phone orang waktu tu. Tapi Humaira sendiri tak juga ada rasa mahu mengubah balik. Macam comel lah pula baginya 'Danial sayang💓' tu.

"Hello?"

"Ehem hello."

"Kau kenapa call aku ni?"

"Saja je. Tak boleh ke?"

"Haihh bukan tak boleh..."

Kedengaran Danial tertawa kecil di sebalik phone tu.

"Hahahaha takde lah. Aku call kau ni nak ajak kau keluar je. Saja jalan-jalan. Aku boring. I don't accept no as an answer, so you like it or not, kau tetap juga mesti ikut aku jalan-jalan."

Humaira menggulingkan matanya. Menyampah dengan kata Danial tu.

"Ish! Ye lah! Tapi baik kau minta izin kat parents aku."

"Sudah. Aku pun sebenarnya dah kat ruang tamu kau ni dengan mama dan babah kau."

"APA?!" Terkejut Humaira dengan apa yang dicakapkan Danial tu. Dia dah ada kat bawah?!

"Yes, so pergi bersiap, bye."

Sejurus Danial mengatakan tu, dia terus mematikan panggilan.

Humaira pula memandang skrin phone nya dengan bengang.

"Aish! Dia ni memang suka buat dulu sesuatu tu barulah dia nak bagitau! Apa lah agaknya kalau aku kawin dengan dia." Bebel Humaira kerana geram dan mula memilih baju yang hendak dipakainya lalu diterikah.

Dia tengok jam dinding biliknya,nak masuk pukul 3 petang.

»

Humaira turun ke tingkat bawah selepas dia selesai bersiap.

Nampak je dia gerangan Danial, terus dipandangnya tajam.

Danial selamba saja menonton tv bersama puan Hani dan tuan Rashid.

Humaira berdehem kuat. "Ehem! Tadi ada orang tu nak ajak kita keluar." Kata Humaira dengan nada memerli.

Barulah Danial menoleh ke arah Humaira. Begitu juga dengan kedua ibu bapanya.

"Haaa tu Dani, Maira dah siap." Kata puan Hani.

Danial senyum. Entah kenapa dia senyum. "Okay, kalau macam tu, kami nak pergi jalan dulu ya." Ujar Danial dan bangun dari duduknya lalu salam tangan tuan Rashid. Puan Hani pula diberinya senyuman sahaja.

Humaira pun menghampiri kedua ibu bapanya untuk menyalam mereka.

"Jaga anak sulung mama dan babah seorang ni elok-elok eeh. Balik sebelum maghrib." Pesan puan Hani kepada Danial.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now