HC | 30

5.4K 162 8
                                    

"Maira. Wake up. We're almost arriving." Danial membangunkan Humaira dengan suaranya yang kedengaran serak basah.

Baru tadi kedengaran pengumuman yang mereka bakal sampai. Tu lah Danial terbangun juga tu.

Humaira menggeliat dan bersandar semula ke kepala kerusi. Dia menguap dan merenggangkan badannya sampai lengannya terus terhempas muka Danial.

Humaira membulatkan matanya bila dia tersedar dia terhempas muka Danial.

Dia menoleh ke arah Danial yang sudah memandangnya dengan tajam.

Humaira tersengih dan membuat tanda peace dengan tangannya.

"Lap air liur kau tu."

"Hah?!" Humaira panik dan memigang tepi mulutnya dan terus mengeluarkan phone dari beg kecilnya.

Dibuka camera untuk memeriksa kalau ada bekas air liur ke apa.

"Eeee mana ada!" Ujar Humaira geram.

"Heh. Dahlah sedap-sedab tidur kat bahu aku. Lenguh tau." Ujar Danial dan mengurut sendiri bahunya yang terasa lenguh tu.

Lagi panik Humaira dibuatnya, malah, lebih bertambah panik! "What?!" Jerit Humaira terkejut.

Orang sekilingnya terus menoleh ke arahnya.

Okay malu.

Pipi Humaira bertukar merah bila sedar dia terjerit.

"Aku tak kenal dia. Nope, tak kenal." Kata Qaisara yang sudah menepuk dahinya sendiri.

Danial juga menepuk dahinya sendiri.

Humaira menutup mukanya dengan tangan. "Ya allah, malunyaaaa!" Ujarnya dengan suara perlahan.

Malu sangat wei!

"Siapa suruh kau jerit." Ucap Danial.

"Aku tak jerit kalau kau tak cakap macam tu lah bengong." Ujar Humaira masih rasa malu.

"Hey for real kau lentokkan kepala kau kat bahu aku."

"Aaaa sudah sudah!"

» »

Mereka semua sudah turun dari kapal terbang.

"Hello korea! Uuuu sejuknya..." Kata Humaira dengan teruja tapi lepastu dia memeluk dirinya kerana kesejukan. Lepas je keluar dari kapal terbang, terus mereka semua memakai baju sejuk tebal masing-masing.

Temperature di korea pada masa ni adalah dalam -1°C. Gila tak sejuk? Even pasang aircond kat bilik 17°C boleh sejuk sangat. Inikan yang sampai ada negative lagi.

Mereka semua bergerak masuk ke dalam airport. Incheon Airport.

» »

"Woww cantik bilik!" Puji Humaira bila dia masuk dalam bilik hotel dengan Qaisara, Nafeesa dan Delisha.

Setiap bilik akan mengandungi 4 orang.

Mereka menetap di Silverland Hotel, Seoul. Hotel adalah hotel 3.8 bintang. Tapi nampak grand macam hotel 5 bintang wei.

(A/N: saya hanya reka hotel ni lol.)

Mereka semua pergi ke hotel ni tadi menggunakan bas besar yang sudah disewa. Bas ini juga yang akan membawa mereka kemana-mana.

Danial pula sebilik bersama Danish,Haikal dan seorang lagi kawan mereka, Amsyar.

Humaira menyurung beg luggage nya yang besar tu hampir salah satu katil dari empat katil.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now