"Ya Allah, Maira sayang cuba jalan tu perlahan-perlahan, berapa banyak kali abang nak kata ya ampun sayangkuuuu."
Humaira menggulingkan matanya tanda geram dengan Danial yang mula membebelnya tu.
Danial memeluk pinggang Humaira selepas dapat mengejar langkah isterinya yang terlampau cepat baginya tu. Dia memandang Humaira tajam. "Guling lagi mata tu guling. Abang gigit baru tau." Ujar Danial geram pula dengan Humaira yang kadang degil tu.
"Kan abang selalu dah pesan, kalau dengan abang, tunggu abang kalau nak pergi mana-mana, jalan jangan laju sangat kan? Eeee sayang ni kaaan." Sambung Danial lagi.
Humaira memuncung bibirnya sebelum mencebik. "Okay okay, Maira tak akan buat dah." Akhirnya dia berserah. Mesti dengar cakap suami y'alls.
Danial senyum senang. "Haaa good girl." Ujarnya dan mengusap kepala Humaira yang berbalut tudung tu dengan sebelah tangannya lagi.
Lepastu Danial membongkokkan sedikit badannya dan mengusap perut Humaira yang dah membonyot tu. "Anak-anak daddy, alhamdulillah, mama korang ni akhirnya dengar juga cakap daddy ni kan. Ish ish selama ni asyik nak membantah je tentang tu."
Humaira mencebik lagi sekali sebelum dia menyuruh Danial untuk berdiri tegak semula. "Abang niii...dahlah, jom masuk! Tak sabar nak jumpa diorang ni!" Kali ni, dengan nada teruja Humaira berkata.
Danial tertawa kecil. "Okay sayang okaay."
Dengan itu, kedua mereka pun masuk ke dalam satu cafe, cafe yang selalu mereka tujui dulu.
Yup, Humaira dah mengandungkan sepasang kembar dan sudah mencecah 7 bulan! Dan sudah 9 bulan sejak mereka bernikah tau.
Danial yang memeluk pinggang Humaira tu menuju ke arah satu meja di dalam cafe tu.
Mereka berdua lantas tersenyum apabila melihat semua sahabat-sahabat mereka sudah ada.
Setelah hampir 9 bulan mereka semua tak ada berjumpa, akhirnya hari ni semua mereka bersekempatan untuk berjumpa. Nak catch up gitu.
"Aaaaa bakal mak dah sampai!" Ujar Naurah teruja selepas memandang perut Humaira yang besar tu.
Kelihatan Nafeesa dan Danish duduk bersebelahan dengan anak lelaki mereka yang baru nak masuk 4 bulan tu.
Sebelah Danish pula Haikal, sebelah Nafeesa pula Qaisara. Dan sebelahnya lagi Hafiyah.
Danial dan Humaira duduk pada kerusi yang tinggal untuk mereka. Bersebelahan ye. Danial berdepanan dengan Haikal. Sebelah Humaira pula Naurah, Harisah dan Wani. Boleh bayangkan tak?
"Amboi amboi, bertambah protective sangat kau dengan Maira ni eeh, Danial!" Kata Harisah memandang adegan Danial yang membantu Humaira untuk duduk tu.
Danial menjelingnya. "Ofcourse lah! Bini aku mengandung kot. Tak kan nak main lepas tangan je. Maira ni lagi kadang cuai itu ini memang aku jadi semakin protective." Balasnya dan sempat lagi membebel.
Sahabat-sahabat mereka terus terletus tawa dengan balasan Danial tu.
Humaira sudah mencebik. "Korang tahu tak, sejak kami kawin dan aku mengandung ni, Danial ni kerap membebel je tau kalau dia ada kat rumah." Adu Humaira.
Danial terus memandangnya tajam. "Eleh eleh, it's for your own good okay."
Humaira mengangguk kepalanya malas. "Fine fine."
"By the way kan Maira, dah berapa bulan kau mengandung ni? Besar semacam je, macam tak lama lagi nak due wei!" Soal Nafeesa yang sudah menjadi seorang ibu tu bila memandang perut Humaira yang besarnya lain macam.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...