Seperti kemarin, mereka juga berkumpul di dewan besar tepat pukul 10.30 pagi.
Humaira membawa barang-barang yang mereka beli kemarin.
Mereka semua berkumpul di tengah-tengah dewan tu. Bersembang-sembang sementara menunggu ahli student council Muntazar ABHS.
"Weii aku tengok kan, ahli student Muntazar tu hensem hensem wei!" Ujar Nadira tersengih-sengih.
"Amboi! kau Nad mata tu jaga sikit eeh." Zulaikha a.ka Ikha berucap pada kawannya tu. Kawannya ni pantang sungguh nampak lelaki handsome.
"Especially KP dorang tu. Muka dah macam orang kacukan! Tapi aku tengok dia tu macam dingin lah." Sambung Nadira lagi.
Siapa yang memandang muka Danial tu memang akan terus bersetuju yang dia handsome.
Humaira yang sedang minum sekotak milo berkotak hijau tu tersedak bila mendengar kata Nadira tu.
Sampai terbatuk-batuk dia. Nafeesa yang sebelahnya tu menepuk belakang badan Humaira.
"Kau kenapa tiba-tiba jer?" Soal Nafeesa Hairan.
Humaira menggeleng dan meredakan dirinya. "Takde."
Pintu dewan pun dibuka dan masuklah semua ahli student council Muntazar tu.
"Sampai pun!" Ujar Delisha.
"Kami lambat ke? Maaf kalau lambat." Salah seorang dari mereka berkata yang bernama Danish. Penolong Ketua Pengawas dorang.
Wuish Danial Dan Danish. Seorang KP dan seorang PKP. The Dani duo! Esen.
Tapi serius kadang dorang ni macam kembar pula. Sebab dorang sentiasa bersama kalau di school. Mereka juga dalam kelas yang sama. Danish ni pun tinggi orangnya tapi tinggi lagi Danial dalam 3 cm kot. Danish ni juga berkulit putih. Memakai kaca mata bulat yang macam selalu orang pakai masa ni tu. Okay dia pun hensem gileeerr. Bezanya Danish peramah orangnya,Danial tu pula hmm tau tau je lah.
"Eeh takde lah! Okay je." Balas Delisha.
"Okay so jom prepare!" Kata Delisha teruja.
Humaira mengambil plastik berisi barang yang dibawanya tu. Dia baru perasan yang cicak palsu tu takde sejak tadi pagi.
Awal-awal dia mula terbayang yang semua cicak palsu tu tetibe je dapat bergerak lepastu semuanya keluar dari kotak plastik tu. Eeeww!
Tiba-tiba dia terasa ada satu benda melekat atas kepalanya yang ditutupi oleh tudung.
Terus dia memusingkan badannya bila dia terasa seperti ada orang dibelakangnya.
Danial.
Dan...
Dia memigang kotak plastik yang dah dibuka...
berisi...
cicak palsu tu!!
Humaira dah mula cuak. "Kau.... jangan cakap... Kau letakkan..."
Danial mengangguk saja dan menunjukkan kotak plastik tu.
"B-baik kau a-ambil benda tu dari atas k-kepala a-aku ni... " Kata Humaira terketar-ketar.
Danial membuat gaya seperti orang sedang berfikir. "How about a no? Bye." Katanya sinis dan kira-kira mahu berjalan ke arah lain.
"Danial!" Panggil Humaira dengan cuak.
"Weii Danial! Tolong lah!!"
Danial masih tak memedulinya. Dalam diam dia menyimpan senyuman jahat.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...