"Congrats Feesaaaa and Nish!!" Ucap Humaira bila sudah berhadapan dengan Danish dan Nafeesa yang duduk atas pelamin mereka tu.
Hari ini adalah majlis pernikahan mereka yang dilangsungkan di rumah Nafeesa.
"One of our sahabat dah kawin gais, aku terharu gais." Ujar Hafiyah penuh dramatik.
Semua mereka turut hadir pada hari pernikahan Danish dan Nafeesa ni. Mestilah hadir!
Sebenarnya sewaktu Danish dan Nafeesa sudah selesai diijabkabulkan, Humaira, Naurah, Qaisara dan Hafiyah ternangis disebabkan terharu. Harisah dan Wani je tak, adalah menitik sedikit tapi cepat-cepat cover.
Nafeesa yang menjadi pengantin tu pun relax je dan hanya tersenyum gembira je. Tak hairan juga dia dengan sahabat-sahabatnya tu, drama queen dan hati tissue!
"Dah kawin korang kan. Tak sangka time flies so fast. Macam belum lama je kita budak sekolah menengah,sekarang dah bekerja, nak kawin." Ujar Danial kepada mereka dengan pandangan berbaur perasaan yang bercampur. Ada sedih, ada terharu, ada gembira.
Mereka bersembilan semua tersenyum dan ada yang menganggukkan kepala.
"Danial dan Humaira, Haikal dan Qaisara yang dulunya selalu bergaduh, kini juga akan membangunkan rumah tangga tak lama lagi." Kata Wani tiba-tiba.
Danial, Humaira, Haikal, Qaisara terus memandang Wani tajam.
"Apa kau ni? Out of topic lah." Ujar Humaira geram bercampur malu.
"What? Betul apa aku cakap? Korang ni selalu je bergaduh but ended up nak kawin juga kan." Tukas Wani dan menghadiahkan senyuman mengejeknya.
Belum sempat Humaira membantah, Danial terlebih dahulu memotong.
"Aku dengan Maira gaduh manja. Haikal dan Qaisara tu yang gaduh sebenar-benar gaduh." Kata Danial dan senyum senget.
Humaira menjeling Danial tapi pipinya sudah berubah merah. Gaduh manja konon.
Haikal dan Qaisara pula memandang Danial dengan pandangan tidak percaya dan menyampah.
Danial membalas dengan pandangan selambanya sahaja. Macam tak kenal dengan dia ni kan.
"Dah dah lah korang ni. Masing-masing dah besarkan, mature up bro sis sekalian." Tegur Nafeesa yang sudah serik melihat perangai sahabat-sahabatnya tu yang suka sangat berbelah mulut.
Danish yang duduk sebelah Nafeesa di atas pelamin tu menyiku perlahan lengan perempuan yang sudah bergelar isterinya tu. "Eleh, nanti sayang akan rindu juga dengan perangai-perangai dorang ni." Ujar Danish lalu mencuit hidung Nafeesa.
"Eeeepp eeeppp!! Kalau nak bermanja jangan depan kitaorang!" Kata Wani dengan mata membesar.
"Betul tu! Hormat sikit kami yang masih bujang ni! And fuyoooo dah bersayang sayang sekarang eeeh!" Sambung Humaira dan sengaja membuat muka garangnya.
Nafeesa mendecit. "Eleeehh, tak sedar diri dia tu selalu je dah dipanggil sayang. Kan korang?" Ujarnya kepada sahabatnya yang lain.
Terus yang lain setuju dan terus buat-buat menjeling Humaira.
Danial yang sudah berdiri sebelah Humaira tu mula ingin mengusiknya. "And who says kau bujang? Aku ni nak kau apa kan? Aku dah jadi tunang kau and bakal suami kau taaaau. Don't forget that, sayang." Dengan sinisnya Danial berkata dengan senyuman sinisnya yang juga turut menghiasi bibirnya.
Humaira sudah terkulat-kulat berdiri statik di sana. Dia mengetap bibirnya menahan geram. "Fine! Ish korang ni suka sangat usik aku. Bye! Aku nak balik so sekali lagi Feesa and Nish, selamat pengantin baru, and yang lain, bye aku nak balik dulu nanti jumpa lagi and you-" Humaira menunjukkan jari telunjuknya kepada Danial.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...