HC | 45

4.7K 145 2
                                    

(A/N: mungkin from now on akan banyak time skip hehe. And just to remind lagi, sis ni seorang yang suka reka-reka je, so kalau bagi korang apa saja info yang saya type tu salah, abaikan je lah eh hehe.)

. . . . . . . . . . . . . . . . . .

Berbulan-bulan sudah menjelang, kini sudah bulan november, peperiksaan akhir tahun mereka pun sudah tamat.

Ini juga membawa maksud yang sukan tahunan akan diadakan!

Memandangkan hari ini hari isnin, 23 November, semua rumah pasukan sudah mula untuk membuat persiapan untuk sukan tahunan ini. Sukan tahunan ini dinamakan sebagai sukan ria.

Bagi sukan ria ini ada dibahagi kepada empat buah kumpulan, iaitu rumah merah yang dinamakan Scarlet witch, rumah hijau yang dinamakan hulk, rumah biru yang dinamakan Captain Marvel dan rumah ungu yang dinamakan Black Panther.

Ya, semua nama tu adalah dari avengers.

Danial dan Humaira adalah dalam kumpulan merah. Agaknya mereka ni sentiasa bersama, tak boleh berpisah. Mungkin takdir menginginkan mereka sentiasa bersama.

Danial dan Humaira pun macam pasrah dan malas lagi nak fikir bagaimana mereka jadi sekumpulan ni.

Berkata tentang mereka berdua tu, apa perkembangan diorang eh?

Pada tahun ni, macam biasa juga lah, Danial yang tak henti-henti mengusik Humaira, bertikam mulut, gaduh-gaduh 'manja' gitu..

Apa perasaan mereka berdua?

Tengok je lah nanti. ;)

Sekarang ni mereka tengah belatih untuk acara persembahan dan kawad untuk sukan ria tu.

Ada dalam 60 orang yang mengikuti acara ini, Danial dan Humaira juga terlibat.

Semua mereka tengah berbincang macam mana mereka mahukan untuk membuat acara ini.

Dan bla bla bla bla....

Selepas selesai mereka berbincang itu ini tu mereka mula cuba untuk berlatih.

Awal-awal ataupun hari ini mereka akan berlatih kawad untuk masuk ke dalam kawasan padang sekolah mereka di mana acara sukan ria ini akan diadakan.

»

"Okay, I think that's all for today, esok kita sambung lagi untuk yang persembahan pula. All of you did a good job today and terima kasih for the teamwork!" Kata Haikal selaku ketua kumpulan bagi kumpulan merah ni.

Lepastu yang lain pun mula bersurai.

"Good job bro." Haikal menegur Danial yang bekas minum air botolnya tu. Dia menepuk bahu Danial.

"Apanya nak good job, baru je first day." Ujar Danial selamba.

Haikal menggulingkan matanya. "Aku saja je nak bagi kata semangat. Tak pandai berterima kasih sungguh!"

Danial membalas dengan mendecit. Apa-apa je lah kau.

"Hah tu Maira kau,aku nak pergi kelas, nak bersejuk. Dahlah panas, lagi panas hati aku bercakap dengan kau ni! Bye, assalamualaikum!" Ujar Haikal dengan nada dramatiknya kemudian berlalu untuk pergi masuk kelasnya.

Danial menggelengkan kepalanya. Salam si Haikal tu dijawabnya dalam hati. Apa lah semua yang rapat dengannya ni dramatik sangat.

Danial menoleh-noleh mencari gerangan si Humaira yang dikatakan oleh Haikal tadi.

Dia lantas tersenyum melihat Humaira yang seperti bersusah payah mengangkat kotak besar yang berisi segala props yang telah juga mereka buat tadi.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now