HC | 12

5.4K 162 4
                                    

(A/N: part ni takde moment Danial dan Humaira ye. Insha allah next part ada ;)

. . . . . . .

Humaira duduk pada kerusi meja belajarnya. Dari lepas makan malam dah dia duduk kat situ memikirkan activiti apa yang akan diadakan tu. Dilihatnya sekuntum bunga dahlia yang telah diberi oleh nenek Imah tu.

Bunga dahlia tu diletakkannya dalam satu pasu kaca berbentuk cylinder dan transparent berisi air. Fikir punya fikir, tiba-tiba bayangannya menunjukkan seorang lelaki, Danial.

Dia mengimbas kembali kejadian tadi waktu mereka kat supermarket tu. Waktu puan Liya mengusiknya. Terus pipinya berasa panas memikirkannya. Waktu Danial mengangkat keningnya mula menerjah ke bayangannya. Gila kau. Handsome wah kambing. Astaghfirullah.

Humaira terus menampar pipinya kuat. "Ooww!" Adunya kesakitan. Kuat sangat dia tampar dirinya tu. Siapa suruh? Diusapnya perlahan pipinya yang ditamparnya tu.

Digeleng-gelengkannya kepalanya. Pen yang ditangannya tu diketuk-ketuknya kepada kepalanya. Tapi tak lah kuat sangat.

Wei wei sabar. Jangan dera diri sendiri.

"Apa sal kau fikir pasal dia tu? Buang masa je okay!" Omel Humaira pada dirinya.

Kalau orang tengok kelakuan Humaira sekarang ni, tak mustahil orang fikir dia gila.

Dia menggelengkan kepalanya lagi sekali. Dia mula memikirkan balik tentang aktiviti.

Maksud dengan aktiviti yang diadakan? Contohnya macam ada games gitu.

»

Pejam celik. Seminggu kemudian.

Macam biasa, Humaira membuat routine harian sekolahnya.

Sewaktu di kereta.

"Ma, Maira baru ingat, start hari ni sampai hari sabtu, Maira akan balik pukul 3 sebab kami ahli student council mesti menyiapkan semuanya untuk aktiviti tu." Humaira memberitahu mamanya.

Ya, semalam Delisha ada menghantar text pemberitahuan di whatsapp group mereka. Mereka akan balik pukul 3 sampai lah hari sabtu. Hari isnin depan pula aktiviti tu akan diadakan. Minggu ni mereka akan menyediakan apa yang patut dibuat. Hari ni pula dorang akan memilih suggestions game dan lain-lain yang sesuai. Mereka juga akan berbincang tentang apa yang harus dibuat lah.

"Laaa ye ke? Okay." Balas puan Hani.

(A/N: if some of you are wondering, saya ikut hari persekolahan di Brunei, isnin hingga khamis dan sabtu. Jumaat dan ahad cuti.

»

Pukul 10.30 selepas mereka rehat, semua ahli student council diminta untuk berkumpul di dewan besar Munawwarah AGHS. Semua guru yang mengajar mereka sudah dimaklumkan dan sudah diberikan kebenaran selama seminggu ni dorang akan keluar kelas lepas je pukul 10.30. Tapi tu lah, ketinggalan pelajaran.

Humaira dan Nafeesa menuju ke dewan besar bersama-sama lagi dengan 3 orang ahli student council. 3 orang tu dari kelas sebelahnya. Ermina, Nadira dan Zulaikha.

Mereka semua membawa beg sekolah masing-masing kerana mereka semua memang akan berada di dalam dewan besar sampai lah balik.

"Korang dah fikirkan apa yang korang suggest untuk aktiviti bertema arab ni?" Soal Humaira dalam perjalanan mereka ke dewan besar.

Semua mereka mengangguk.

Sesampainya mereka ke dalam dewan tu, baru setengah dari mereka ada. Semuanya berkumpul di tengah-tengah dewan tu.

Dewan besar ni sangatlah besar. Boleh memuati kira-kira 2,000 orang.

Beberapa minit kemudian, semua dah datang. Mereka semua mula berlalih untuk duduk dalam bulatan.

Di kiri Humaira,Nafeesa dan di kanan Humaira, Delisha. "Sooo bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum...so everyone is already here right?" Delisha membuka kata.

"Yup." Balas Humaira dengan pertanyaan Delisha.

"Sekarang ni kita akan pilih dulu game atau lain-lain yang sesuai. Dan karang pukul 1 lepas makan dan solat, kita akan bincang tentang apa yang akan dibuat untuk persiapan ye. Oh and hari ni ahli student council Muntazar ABHS datang kira-kira pukul 1. Dorang bincang dengan kita juga. Selasa sampai hari sabtu dorang akan datang pukul 11." Kata Delisha dengan panjang lebar.

Humaira mengeluh. Masih tak puas hati. 'Mesti ke dorang datang...?'

Sejak hari tu,Humaira jarang nampak Danial lagi. Masing-masing terperap je dalam rumah. Adapun nampak waktu keluar dari rumah nak pergi ke sekolah. Tak, dia tak sedih. Lebih senang lah baginya.

Delisha menepuk tangannya sekali. "Okay so apa yang korang cadangkan?"

»

Pilih punya pilih, akhirnya mereka memilih 5 jenis game. Ada juga jualan-jualan yang mereka adakan. Photobooth daaan reptile animals and cats exhibition!

Permainan-permainannya adalah:

- heads up! Game ni mesti buat dalam beberapa kumpulan. Dalam game ni mesti bergilir-gilir. Seorang akan memakai heads up punya headband ( gambar di atas) yang diletakkan satu card yang mempunyai tulisan atau gambar pada kepalanya dan orang depannya tu haruslah melakonkan apa yang ditulis atau digambarkan dalam satu card tersebut. Dan orang yang mempunyai headband tu haruslah meneka apa yang dilakonkan oleh orang depannya. Tapi mesti guna bahasa arab sahaja ye. Kalau tak dapat jawab, boleh kata pass dan bergerak ke belakang menunggu giliran lagi. Kalau dapat jawab, yay! Tapi mereka juga akan ke barisan belakang lagi untuk menunggu giliran lagi Lepastu giliran orang berlakon tadi tu lah lagi untuk meneka. Di ikuti lagi dengan pemain-pemain yang lain. Tapi hanya mesti berlakon! Kalau bercakap...orang tu akan di disqualified! Tapiii ada had masa. Dalam 4 minit je. Kumpulan mana yang paling banyak dapat teka, mereka adalah pemenang.

(A/N: IM BAD AT DESCRIBING SO FAHAM-FAHAM JE LAAAHH alaaaa korang tahu kan cara main heads up? Tapi saya ada lah tukar² sikit. It's like heads up+ speed quiz. Aah and for barang permainan heads up, they'll be only using the headbands ye. )

- Teka apa ada dalam beberapa box hitam. Pemain akan masukkan tangannya dalam box hitam tu dan meneka apa dalamnya. Dalam box tu ada beberapa benda. Tapi! Mesti cakap apa benda tu dalam bahasa arab :) simple right? Kalau menang, dapat hadiah.

- Arabic karaoke. Pemain akan mendengar satu irama, dan pemain tu haruslah meneka apa nama lagu tu. Kalau betul, mereka akan disuruh menyanyi lagu tersebut. Kalau salah, bye bye. :)

- Find it! Siapa yang main permainan ni akan diberi satu card soalan yang mengandungi satu perkataan arab. orang yang main tu hendaklah mencari benda yang dimahukan dalam soalan tu di kawasan tempat aktiviti tu diadakan saja. Lepas dapat cari benda tu, tunjukkan pada siapa yang incharge game tu. Kalau okay, dapat hadiah juga.

- Arabic whisper challenge! Mesti ada beberapa buah headset dan phone. Headset tu akan dipasang lagu dengan volume yang nyaring sehingga tak dapat dengar apa orang sekeliling kamu cakap. Hanya kebisingan lagu tu je. Game ni kira-kira memerlukan 5 orang pemain. Pemain pertama akan diberikan satu perkataan dan mereka akan memasing perkataan dengan bercakap kepada pemain seterusnya dan seterusnya lagi. Senang? Tak laahh. Dengan cara tu, memang payah lah. Memang apa yang dicakapkan tu tidak akan kedengaran jadi mereka pandai-pandai lah.

- Tentang jualan-jualan,mungkin ada makanan, minuman. Tapi kalau nak, mesti bercakap menggunakan bahasa arab! Kalau tak guna bahasa arab... maaflah, tak akan di layan.

- Photobooth dan reptile animals and cats exhibition! Ini saja-saja je untuk memeriahkan lagi suasana.

Fiuuhh tanpa terasa, dah pukul 12.00 tengah hari.

"Okay guys, pukul 12 dah ni. Pergi makan dulu lepastu solat. Azan dalam pukul 12 setengah ni." Arah Delisha kepada yang lain.

Mereka semua mula berdiri dari tempat duduk mereka dan mengeluarkan telekong dari beg mereka. Yang cuti pun juga mengikuti untuk ikut makan bersama.

Mereka bercadang untuk makan sama-sama dan solat berjemaah.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now