HC | 55

4.4K 136 2
                                    

5 tahun kemudian.

Pejam celik, 5 tahun sudah berlalu.

Humaira sekarang ni, seperti selalu, tak pernah nak berubah perangai, duduk di atas katilnya, sibuk termenung.

Sekarang,Humaira sudah berumur 24 tahun, on the way 25 sebenarnya.

Apa khabar Danial?

Entahlah. Dia sendiri pun tak tahu. Terakhir sekali mereka bercontact adalah 2 tahun yang lalu kot.

Masing-masing sudah mula sibuk dengan pelajaran sendiri.

Nenek Imah dan atuk Rahim pun dia jarang jumpa dah masa ni disebabkan Humaira yang tinggal di apartment universiti nya tu kan.

Tapi sekarang ni dia selalu balik ke rumahnya, tapi tu lah,jarang nak terserempak lagi dengan nenek Imah dan atuk Rahim.

Apa agaknya rupa Danial sekarang ni eh? Tiba-tiba ini terlintas di benak fikirannya.

Mikin handsome tak?

Mikin tinggi tak?

Amboi Humaira ni!

Humaira tersengih bila dia terfikirkan tu lalu dia tersenyum kecil.

"Rindu lah pula kat dia..." Gumam Humaira lalu mengeluh kecil.

Menipu sangat lah kalau dia tak rindukan lelaki yang berjaya menambatkan hatinya. Lelaki yang menimbulkan bibit cinta dalam hatinya buat pertama kali.

Bila dia nak balik?

Dah habis belajar ke?

Nak tanya khabar dia melalui internet, macam malu lah pula. Ada rasa janggal nanti. Dah lama tak contact kan.

Humaira mengeluh lagi sekali. "Aku rindu kau lah, mamat beku."

. . . . . . . . . . . .

England, United Kingdom.

Danial sedang mengambil udara di luar rumahnya. Sekarang ni musim bunga. Spring! Agak sejuk juga tapi udaranya segar.

Rumah grandpa dan grandma dia to be exact.

Selama tempoh dia tinggal kat sini, dia menetap di rumah kedua orang tua ayahnya. Lagipun tak jauh dengan universiti tempat dia menuntut tu.

Tak lama lagi dia nak graduate. Dalam 2 minggu lagi.

Lepastu dia nak pergi mana?

Balik Brunei semula!

Tak sabar dia nak balik semula ke negera tercintanya tu.

England ni best juga tapi Brunei lagi best sebab di sana lah tempat dia lahir, di mana banyak juga orang yang disayanginya.

Danial memandang semua bunga-bunga di luar rumah ni.

Bermacam-macam jenis bunga yang ada disebabkan grandma nya yang juga suka akan bunga-bunga ni.

Matanya tertacap pada sejenis bunga.

Dahlia.

Danial tersenyum kecil. Teringatkan pula dia akan seorang gadis ni.

Siapa lagi kalau bukan Nur Humaira Dahlia.

Wanita yang mendapat tempat yang istimewa dalam hatinya. Wanita kesayangan.

Walaupun sudah 6 tahun, rasa cinta tu tetap ada.

Bertambah rindu.

Dia rindu sangat akan Humaira.

Danial menyentuh sekuntum bunga dahlia tu. "I miss her. "

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now