Hari kedua di seoul, south korea.
Hari ini mereka akan pergi ke Gyeongbokgung palace!
Tapi sebelum tu mereka akan pergi ke satu kedai hanbok dan siapa yang mahu memakainya boleh lah menyewa hanbok tu.
(A/N: saya ada liat kat youtube ada yang rent hanbok tu dan boleh bawa ke mana-mana? Macam tu lah. Had masa tu saya tak tahu.)
"Alaaa Qai, Naf! Teman lah aku pakai hanbok!" Pujuk Humaira kepada Qaisara dan Nafeesa untuk memakai hanbok juga. Tapi Qaisara dan Nafeesa tak nak.
"Tak nak lah. Segan. Kau seorang je lah hoho. Lagipun yang lain ada yang nak pakai juga kan." Kata Qaisara.
Hampir semua pelajar perempuan yang memakainya, hanya Qaisara, Nafeesa dan 4 orang lagi yang lain. Pelajar lelaki pula tak ada langsung yang mahu pakai. Malu!
"Ugh fine. Aku masuk dulu." Ujar Humaira dan masuk ke dalam kedai tu.
Humaira memilih hanbok mana yang dia mahu pakai. Lepastu dia pergi ke arah seorang pekerja sana untuk tolong memakainya. Semua mereka akan ditolong oleh pekerja-pekerja sana tu.
Humaira hanya membuka jacket sejuknya dan hanbok tu pun disarung.
(A/N: tengok kat yt pfft.)
"Thank you." Seusai Humaira berterima kasih pada pekerja yang menolongnya, dia menuju ke arah cermin panjang berhampiran untuk melihat penampilannya.
(A/N: macam tu lah rupanya. Tapi Humaira masih memakai tudung ye. Shawl bewarna cream.)
"Cantik juga aku." Humaira memuji dirinya. Amboi! Dengan muka Humaira yang berkulit putih, muka juga boleh dikirakan macam orang korea.
"Oooo Maira! Sooo prettyyy!" Ucap Isha yang juga turut memakai hanbok.
Humaira hanya tersengih dan mereka berdua pun keluar selepas membayar untuk menyewa hanbok tu.
Allahu,sejuk benar lah pulak hanya memakai hanbok ni.
"Masha allah Humaira, adakah anda orang korea?" Ujar Qaisara bila melihat Humaira yang sudah memakai hanbok.
Humaira menggulingkan matanya.
Danial yang berdekatan dengan mereka tu terpegun melihat Humaira. Beautiful.
Selepas semua sudah selesai, mereka semua berjalan kaki menuju ke gyeongbokgung palace. Tak jauh pun. Seberang jalan je.
"Pakai lah baju sejuk kau tu dulu. Nanti kau bukak lah kalau nak begambar. Sejuk sangat ni. Badan kau tu dah macam menggigil. Karang kau demam."
Humaira memandang Danial dengan wajah blur nya. Ya, memang dia kesejukan sangat. Kenapa lah dia tak terfikir nak pakai baju sejuknya balik.
Melihat wajah Humaira yang blur tu membuat Danial geram. Haihh. Danial terus merampas baju sejuk Humaira yang dipegangnya tu.
Danial dan Humaira memberhentikan langkah mereka.
"You guys go ahead." Ujar Danial pada yang lain.
"Depa kan tangan kau tu." Arah Danial.
Dengan terkebil-kebil, Humaira mendepakan tangannya dan Danial memakaikannya baju sejuknya tu.
Danial tiba-tiba menjetik dahi Humaira. Danial memakai sarung tangan ye.
Terus berkerut dahi Humaira, kesakitan. Lantas dia memigang dahinya sendiri.
"Blur tu boleh simpan sikit tak? Did the cold weather make your brain freeze?"
"Mungkin." Ucap Humaira sepatah.
Danial mengeluh, pasrah dengan Humaira yang blur tak tentu tempat ni.
"Dah jom. Mereka dah kat seberang jalan tu." Kata Danial. Dia menarik lengan baju sejuk Humaira tu dan membawanya untuk melintas jalan raya.
"Hmm aku tiba-tiba rasa malu pula pakai ni. Dengan cuaca sejuk? Apakah?"
"Tahu pun."
Humaira mencebik. "Your words are not helping me to get rid of my embarrassment."
"Dah memang fakta."
"Ok fine." Humaira menjelingnya dan merentap lengannya dari Danial sewaktu mereka sudah melintas jalan raya tu.
"I'm not a kid anymore sampai kau mesti pegang lengan baju sejuk aku ni." Ujar Humaira tidak suka kenapa Danial membuat begitu.
"Eleh not a kid konon. Kau tu mana boleh percaya sangat. Selalu cuai!" Bidas Danial.
Humaira sekali lagi mencebik.
Lepastu mereka semua pun masuk ke tempat yang mereka tujui itu.
"Waahh..." Ucap Humaira kagum melihat structure bangunan-bangunan dalam Gyeongbokgung palace ni.
Yang lain juga turut kagum melihat tempat ni dan masing-masing mula menangkap gambar.
"Wei gambar kan aku jap." Ujar Humaira pada Nafeesa dan menghulurkan phone nya.
Humaira membuka baju sejuknya. Ya allah, sejuk! Macam dalam peti sejuk!
Humaira mula membuat beberapa gaya dan Nafeesa pula menangkap gambar.
Danial yang berdekatan tu senyap-senyap mengambil gambar Humaira menggunakan camera yang di bawanya.
"Okay!" Humaira mengambil semula phone nya selepas selesai bergambar. Lepas tu dia terus memakai baju sejuknya.
"Maira, gambar dengan aku." Kata Danial dan menghampiri Humaira untuk berdiri bersebelahannya tapi masih ada halal gap keh.
"Oi Nish!" Danial memanggil Danish untuk menggambarnya bersama Humaira pakai camera miliknya.
Danial dan Humaira tersenyum ke arah camera dan Danish pun menangkap gambar mereka.
Bermacam-macam gaya lagi dorang buat.
Melihat ke arah sesama sendiri dengan muka yang menjengkelkan, membuat aksi ingin menumbuk sesama sendiri, Danial meletakkan tangannya atas kepala Humaira untuk menunjukkan Humaira tu pendek,menjulur lidah mereka sesama sendiri.
Humaira tersenyum ke arah camera membuat gaya peace dan Danial pula tengah melihatnya dengan senyuman kecilnya.
Lepastu mereka tersenyum manis melihat sesama sendiri tanpa sedar Danish menangkap gambar mereka yang ni.
Sesudah berpuas hati menangkap gambar, Danial pula mengambil balik camera nya.
Danial melihat balik gambar-gambar mereka berdua yang di gambar oleh Danish tu.
"Tersengih-sengih." Ucap Danish ingin mengusik Danial melihat Danial tu tersengih, tersenyum. Edeh.
Danial terus menjeling Danish,tajam.
Terus Danish mengangkat kedua tangannya. "Okay okay gurau."
Danish mula berjalan meninggalkan Danial, takut singa dalam Danial tu, bangkit.
Haikal pula sudah maju ke depan bersama pelajar-pelajar yang lain.
Humaira pula pun sudah berjalan seorang diri sebab Nafeesa dan Qaisara juga sudah laju di depan.
Danial terus berlari kecil ke arah Humaira.
Sedar si Danial yang berada ditepinya,Humaira melihatnya dengan mata dikecilkan.
"What?" Tanya Danial melihat Humaira yang tengah memandangnya dengan riak tu.
Humaira menggelengkan kepalanya lalu tersengih. "Hehe takde."
Danial pula hanya tersenyum melihat kecomelan Humaira yang tersengih tu.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...