HC | 57

4.7K 139 0
                                    

"Koraaaaaang!! Aku nampak cantik ke tak ni?!" Yasmeen yang merangkap roommate Humaira tu bertanya ke arah roommate nya yang lain dengan gelabah.

Humaira melihat penampilan Yasmeen lagi. "Dah cantik tu Nur Yasmeen! Berapa kali kau nak tanya kat kami ni hahh." Balasnya,agak geram dengan Yasmeen yang sudah berkali-kali bertanya ke arah mereka tentang kecantikannya tu.

Syasya dan Iffah pula sudah malas melayan Yasmeen tu.

Mereka pun sibuk menyiapkan diri mereka.

Hari ini adalah Majlis Graduasi mereka. Mereka ada dua jam lagi sebelum Majlis tu bermula. Tapi mereka diarahkan untuk hadir ke Majlis tu sejam lebih awal.

Humaira pula memakai sedikit make up. Natural makeup je. Dirinya kan dah natural beauty.

Mereka semua memakai baju kurung. Apa sahaja warna, tapi tudung hendaklah berwarna cream.

Baju graduasi pula mereka akan memakainya sewaktu di dewan universiti mereka, di mana Majlis Graduasi itu diadakan.

»

Semua pelajar yang akan graduate hari ni sudah pun masuk ke dalam dewan.

Humaira tadi sempat berjumpa keluarganya apabila keluarganya sudah datang untuk Majlis Graduasinya ini.

"Weeii! Dah nak start wei!" Ujar Syasya yang disebelahnya tu dengan gelabah.

Mereka sekarang duduk mengikut jurusan apa yang diambil dan akan graduate dari segi apa, yakni diploma, degree, master dan PhD

"WE'VE FINALLY GRADUATED GUYS!" Yasmeen menjerit dengan teruja sebab sudah menjadi graduan universiti. Mereka sudah berada di luar dewan.

"Hoi! Tak payahlah nak jerit sangat! Buat malu je!" Humaira menegur Yasmeen yang sememangnya seorang yang kecoh.

Yasmeen mencebik,mukanya dimasamkan. "Orang excited je pun!"

Humaira tergelak dengan kata Yasmeen tu. Dia memeluk Yasmeen. "Aloooo ye laaahhh jangan nak masam sangat~"

Yasmeen tersengih lalu meleraikan pelukan tu. "Oh and by the way, tu your family!" Ujar Yasmeen apabila dia nampak keluarga Humaira menghampirinya.

Humaira menoleh ke arah keluarganya dengan senyuman gembira.

"Okay bye guys! See you guys soon again! Thank you for being there for me through out this six years." Kata Humaira dengan sebak. Dia akan merindui segala kenangannya bersama tiga orang roommate nya tu.

"Awwww! Same goes to you!" Keempat mereka berpelukan sebelum mereka semua menuju ke arah keluarga mereka sendiri.

Humaira menghampiri keluarganya dan lantas memeluk kedua ibu bapanya.

Puan Hani mengusap kepala anak sulungnya tu. "Anak mama dah graduate lagi. Mama dan babah bangga dengan Maira." Kata puan Hani. Dirinya rasa nak menangis.

"Eeeppp Ma, jangan nangis, nanti Maira pun ikut nangis tau." Kata Humaira bila perasan akan mata mamanya yang berair tu.

"Uuhh excuse me, ada lagi dua orang kat sini ye." Kata Huda dan Hanan serentak yang dari tadi di sana tapi belum disedari oleh Humaira.

Humaira menoleh ke arah kedua adik perempuannya tu dengan sengihan.

"Nah!" Huda menyerahkan Humaira satu bouquet bunga Dahlia. Her favorite flower!

Humaira dengan terharunya mengambil bouquet bunga dan lantas memeluk kedua adiknya.

Ibu bapanya tersenyum melihat ketiga anak perempuan mereka berpelukan. Cepat betul mereka membesar. Dulu kecil je, tapi sekarang, masing-masing dah besar.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now