"SURPRISE!!"
Humaira terus tergamam apabila kain tu dilarikan dari padangannya.
Kelihatan rumahnya dipenuhi dengan ahli keluarga belah ibu bapanya, kawan-kawannya ladies comels meletops, beberapa orang kawan sekelasnya juga dan nenek Imah juga turut ada.
Ruang tamu dipenuhi dengan hiasan hari jadi.
Humaira ditarik oleh Danial untuk berada di tengah ruang tamu.
Tiba-tiba puan Hani datang dengan satu kek yang mempunyai lilin nombor 17.
"Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Maira... Happy birthday to you!!!" Semua orang dalam tu menyanyikan lagu hari jadi untuknya.
Humaira yang masih agak terkejut tu perlahan-lahan tersenyum dengan matanya yang mula dah berkaca.
Terharuuu!!
"Huaaaa! Maira fikir semua orang lupa birthday Mairaaa!!" Ujar Humaira diselangi dengan tangisan yang sudah keluar.
"Alololoooo!" Ujar puan Hani. Dia menyerah kek tu pada Danial dan lantas dia memeluk tubuh anak sulungnya yang agak manja ni.
"Kami tak lupa lah Maira oi! Happy birthday ye sayang anak mama... Tak sangka dah 17 tahun anak mama ni, dah besar dah..." Kata puan Hani agak berasa sedikit terharu yang anaknya ni dah besar.
Mikin lebat tangisan si Humaira. "Mamaaaa!" Ucapnya dan membalas pelukan Mamanya tu.
Tuan Rashid yang berada disebelah puan Hani tersenyum-senyum melihat gelagat anak sulungnya dan isterinya.
"Babah nak join jugak!" Kata Tuan Rashid dan memeluk anak sulungnya dan isterinya tu.
Terus semua orang dalam rumah ni ketawa melihat gelagat dorang.
Ibu bapanya mencium kedua belah pipi Humaira.
"Eeee lap air mata tuu. Terasa masin!" Kata Puan Hani bergurau lepas mencium pipi Humaira yang ada linangan air mata.
"Mama niii!" Rengek Humaira manja.
"Hmm not to interrupt,but there's a candle need to be blown out." Danial bersuara yang memigang kek tu.
"Eh ya lahh! Hah Humaira tiup dulu lilin tu." Puan Hani dan tuan Rashid melepaskan pelukan dari anak mereka tu.
Humaira melap dulu air matanya dengan tangan sebelum meniup lilin tu.
Semua orang terus bersorak.
Danial tersenyum dan lepastu meletakkan kek tu pada meja berhampiran tu.
Kawan-kawan Humaira mendekati Humaira dan mereka semua lantas memeluk Humaira. Group hug!
"Happy birthday Mairaaaaa!!" Ucap mereka sekaligus.
Humaira tertawa gembira. "Eeee korang ni! Aku ingat korang lupa birthday aku!!"
"Heyyy kami tak akan lupa birthday kau lah!" Kata Naurah dengan ceria.
Humaira tersenyum gembira pula. "Okay lepas lepas! Lemas aku!" Katanya pada kawan-kawannya yang semua tengah memeluknya.
Terus mereka semua melepaskan pelukan.
Humaira menoleh semula ke arah ibu bapanya. "Mama dengan babah ke planned all this?" Soalnya, mahu tahu.
Puan Hani tersenyum. Tapi senyumannya ada makna. Dia memandang sekilas ke arah Danial yang sedang membuat riak muka yang menunjukkan 'jangan bagitau!'
"Sebenarnya, mama dan babah tak ada pun nak buat surprise, just biasa-biasa je. Yang mencadangkan semua ni adalah.... Danial!" Puan Hani memberitahu dengan nada teruja.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...