HC | 03

7.6K 216 0
                                    

"Yayy cuti! Tapi apa lah sangat dua minggu lebih je kan." Kata Humaira sambil menuruni tangga. Bersyukur lah dah dibagi cuti tu haih. Cuti penggal pertama persekolahan.

Puan Hani melihat anak sulungnya tu dengan pelik. "Awal kamu bangun,Maira? Selalunya kalau cuti ni kamu yang paling akhir bangun. Tak padan dengan anak dara." Katanya sempat lagi menyindir anaknya tu.

Humaira menarik muncung sambil berjalan ke arah mamanya. "Akhir bangun salah, awal bangun salah, jadi mama nak Maira bangun pukul berapa? Kalau macam tu baik Maira tidur balik lah ye mama? Okay fine." Eh dia pulak nak membebel. Dia kira-kira nak ke biliknya tapi lengannya ditarik oleh Puan Hani.

Puan Hani menampar lembut lengan Humaira dan mengecilkan matanya. Dia terpaksa juga mendongak sikit untuk bertentangan mata dengan anaknya ni. Maklum, puan Hani ni pendek sikit. 155 cm jer. Anak dia seorang ni dapat ketinggiannya dari bapanya. Tuan Rashid tu dalam 177 cm.

"Eeh jangan nak mengada! Tolong mama masak untuk breakfast okay!" Kata Puan Hani seraya menarik Humaira bersamanya ke dapur. Humaira hanya akur dan membuat muka masamnya.

»

Selepas mereka sekeluarga bersarapan, Humaira bersiap untuk keluar jogging di kawasan taman tempat perumahan rumah Humaira ni. Lagipun masih awal, baru nak Pukul 8 pagi, belum lagi panas sangat kan?

Dia memakai seluar tracksuit,hoodie berwarna grey dan tudung hajra warna hitam. Dia membawa phone nya yang berjenama vivo versi terbaharu tu dan earpiece.

Dia menyarungkan kasut nike berwarna hitamnya lalu keluar dari rumahnya. Dia ternampak dua buah lori besar di rumah baru sebelah rumahnya tu. "Hmm jiran baru ye?" Gumamnya sendiri. Dia kemudian menjongketkan bahunya dan mula ber-jogging hingga ke taman perumahan sana tu.

»

Ketika dia sampai ke taman, dia duduk dekat satu bangku kat sana tu. Dia membuka Whatsapp dan terdapat message dari group dia dan kawannya. Okay abaikan nama group ni.

Ladies comels meletops

Naurah:
Assalamualaikum sahabat² sekalian

Qaisara:
waalaikumussalam

Naurah:
Hah korang buat apa tuuhh

Humaira:
Waalaikumussalam
Baru lepas jogging ni hahh

Harisah:
Ayooo rajin nyeee

Eh jap. Awal kau bangun ye Maira

Humaira:
Biar lah😒

Nafeesa:
Aku rasa wani ni masih tidur

Qaisara:
Kan kan kan

Humaira:
Okay korang. Aku nak patah balik rumah ni.

Humaira bangun dari bangku dan mula berjalan macam biasa saja hingga ke rumahnya dengan menyanyi kecil.

Waktu dia melintas depan rumah baru sebelah rumahnya tu, dia ternampak seorang perempuan berumur lingkungan 60-an. Bila perempuan berumur tu melihat ke arahnya, bibir Humaira lantas mengoyakkan senyuman. Perempuan berumur tu pun membalas senyuman Humaira balik.

"Assalamualaikum nak..." Tegur perempuan berumur tu.

"Waalaikumussalam." Balas Humaira sopan. Dia menghampiri pagar rumah yang memang terbuka tu.

"Kamu tinggal kat kawasan sini ke?" Tanya perempuan berumur tu.

Humaira dengan senyumannya, mengangguk. "Sebelah ni je hehe." Jawabnya dengan sengihan dan menunjukkan rumahnya yang hanya bersebelahan tu.

"Laaa ye ke? Jiran lah ni eeh." Ujar perempuan berumur tu dengan senyuman gembira.

"Ya lah kan."

Humaira melihat jam phone nya. "Hmm saya masuk rumah saya dulu lah ya? Assalamualaikum." pamit Humaira.

Perempuan berumur tu senyum. "Baiklah. Waalaikumussalam."

Humaira pun balik ke rumahnya dan perempuan berumur tu menghantarnya dengan pandangan matanya. Dia tersenyum. "Peramah budak tu." Ujarnya dan masuk ke rumahnya.

»

Selepas dia balik rumah, dia terus membersihkan dirinya.

Setelah selesai itu ini, dia terus merebahkan dirinya ke atas katilnya. Oleh sebab merasa bosan, dia turun ke bilik tamu di mana ibu bapanya dan kedua adiknya berada. Mereka sedang tengok tv.

Humaira terus saja duduk pada satu sofa kat situ.

"Babah, mama, kita ada jiran barulah kat sebelah ni." Ujar Humaira.

"Tau dah." Balas ibu bapanya serentak. Humaira mencebik. "Maira bagitau je."

Ibu bapanya hanya mengangguk dan Humaira menarik muncung. 'Babah dan mama ni kan haihh.'

Akhirnya Humaira pun turut tengok tv bersama keluarganya. Semua terus ketawa terbahak-bahak bila melihat scene ni. Movie Hantu Kak Limah yang baru-baru ni lah weeii.

.
.
.
.
.
.

SILA BACA

A/N: Maaf. Chapter ni pendek je hehe. Dan sekali lagi, memang saya akan banyak mengunnakan bahasa inggeris dalam buku ni since ada watak dia- adalah tu. And kalau korang ada perasan saya guna english kat merata tempat yang bukan dialog, abaikan je lah eh😌

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now