HC | 49

4.3K 133 0
                                    

Hubungan Danial dan Humaira berdua pun kembali macam biasa.

Perasaan tu tetaplah ada dan dengan perasaan itu lah membuatkan Danial semakin kuat menyakat Humaira.

Humaira rasa nak je korek tanah dan masuk ke dalam tanah tu kerana malu tahap maximum! Benci ah macam ni!

Eleh, padahal suka!

"Hah! Apa senyum-senyum ni?" Puan Hani menyergah anak sulungnya yang tengah senyum seorang diri.

Dia mengambil tempat duduk sebelah anaknya yang duduk atas sofa ruang tamu tu.

Humaira tersengih dengan pipinya yang sudah bertukar merah. "Mana ada apa-apa lah mama..." Ujar Humaira.

Huda yang turut berada di ruang tamu dan bermain dengan phone nya tu mendecit. "Takde pape konon..." Kata Huda selamba tanpa memandang Humaira dan puan Hani tu.

"Orang dah jatuh cinta maaa... itulah jadi macam tu, angau." Sambung Huda lagi dan kali ni dia tersenyum senget memandang Humaira yang sudah melihatnya dengan matanya dibesarkan.

Huda menjelir lidahnya.

Puan Hani mula tersenyum mengusik dan mencuit lengan Humaira tu. "Ooooo jatuh cinta eeh? Mesti dengan Danial kan?!" Puan Hani menyoal dengan nada teruja. Amboi!

Humaira menggaru kepalanya lalu mengangguk perlahan.

Puan Hani terus menepuk kuat lengan Humaira. "Finally! Maira dah jatuh cinta pun dengan dia! Lama mama nak tunggu Maira jatuh cinta!"

Humaira terus melopong dengan ungkapan mamanya tu.

Huda pula masih tersengih-sengih. Dia tahu, mamanya tu sebenarnya diam-diam suka menggandingkan anak sulungnya tu dengan cucu jiran sebelah tu.

Lagipun, memang mereka serasi pun walaupun selalu gaduh. Huda pun diam-diam ship mereka berdua. Tapi ada jugalah masanya dia akan mengusik Humaira tentang Danial tu.

"Mama tak marah ke Maira jatuh cinta?" Soal Humaira kepelikan.

"Buat apa nak marah Maira oooiii? Jatuh cinta tu fitrah seseorang manusia." Balas puan Hani lalu tergelak kecil. Apa lah anak sulungnya ni.

"Lagi-lagi kalau Maira dengan Danial tu. Mama setuju sangat kalau kamu nak kawin dengan dia!" Ujar puan Hani dan mencuit-cuit lagi lengan Humaira tu.

Haih. Panas sangat sudah wajah si Humaira tu. "Whaaaaaaattt?! Apa pulak cakap pasal kawin ni... Ke situ pula dia fikir... " Tukas Humaira dengan riak malu.

Puan Hani ketawa. "Laaaa apa salahnya? Mama tengok,mama suka dengan layanan Danial terhadap Maira walaupun sikapnya kadang dingin dan selalu mengusik Maira. Caring gituuu. Sejuk dan senang hati mama ni kalau mama dan babah nak serahkan Maira pada Danial nanti..."

"Mama niiiiii...." Rengek Humaira,malu bila mamanya berkata sebegitu.

Kite masih muda okay? Boleh sampai ke situ pula mamanya fikirkan.

»

Petang tu, Danial mengajak Humaira datang ke rumahnya, melepak di belakang halaman rumahnya tu.

"Soooo... buat apa kau suruh aku datang sini ni?" Soal Humaira.

Danial menjongketkan bahunya. "Saja." Balasnya sepatah.

Humaira mendecit. Saja katanya? Lebih baik dia terperap dalam bilik dari memandang manusia yang membuatkan jantungnya berdegup laju tu.

Melihat eksperasi Humaira yang tak puas hati tu, Danial tergelak kecil. "Takde lah, alaaa saja je, nak borak-borak, lagipun aku tiba-tiba rindu kau." Kata Danial dengan selamba.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now