"Haihh lagi baik aku tidur."
Tapi hakikatnya Humaira bersusah payah nak tidur.
Suara Danial bagai terngiang-ngiang di kepala Humaira seusai saja dia cuba nak tidur.
'Happy birthday Maira.'
'Maira, aku rasa aku dah mula sayang kan kau.'
'Goodmidnight and have a sweet dream.'
Macam nak gila je Humaira cuba nak buang suara Danial dari kepalanya tu.
Dia tak dapat tidur sampailah ke subuh.
Otaknya ligat memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Danial.
Haih! Salah Danial lah ni!
Lepas solat subuh, baru lah dia dapat tidur kerana mengantuk sangat.
Sampailah ke siang hampir nak pukul 12 tengah hari!
Sekarang sudah masuk pukul 2 petang. Humaira mengemaskan semua hadiahnya ni untuk simpan di mana.
Sewaktu dia mencapai kotak rantai yang diberi oleh Danial tu, terngiang balik suara si Danial di kepalanya.
'Maira,aku rasa aku dah mula sayang kan kau.'
'Maira,aku rasa aku dah mula sayang kan kau.'
'Maira, aku rasa aku dah mula sayang kan kau.'
"AAHH SUDAH! PERGI KAU DARI KEPALA AKU!" Jerit Humaira sendirian dengan kaki dihentak-hentakkan.
Macam orang mental ada juga....
Kotak rantai tu terus dimasukkannya pada laci meja lampunya.
Ada seseorang membuka pintunya. Terjengul figura puan Hani. "Kenapa Maira jerit tadi tu?" Soalnya agak risau dan hairan kenapa anak sulungnya ni tiba-tiba menjerit sampai terdengar dari biliknya.
Humaira tersengih malu dan menggaru kepalanya yang rambutnya disanggulnya dengan gaya messy hair-bun. Dia memang selalu mengikat dengan gaya tu. Baginya dia nampak cantik kalau menyanggul rambutnya dengan gaya messy hair-bun. Pfft.
"Aah nothing! Ada nyamuk tadi hehe." Ujar Humaira dengan kekoknya.
Puan Hani mengangguk perlahan dengan muka yang menunjukkan dia sebenarnya tak percaya apa yang dicakapkan oleh anaknya tu. "Apa-apa je lah Maira ni."
Lepas je puan Hani cakap tu, dia terus kembali menutup pintu bilik Humaira.
Humaira menghembus nafasnya perlahan. "Okay Humaira. Lupakan je apa yang dia cakap okay? I'm sure it's nothing! Mungkin dia saja cakap macam tu kan. Yup saja je nak usik aku. Nak buat aku blushing heh." Katanya pada dirinya sendiri dan menepuk bahunya sendiri.
»
Selepas selesai mengemas, Humaira merebahkan dirinya pada katil lalu mengambil phone nya.
Satu text masuk.
Dari nenek Imah?
Nenek Imah
Assalamualaikum Maira, maira sibuk tak? Kalau tak, boleh tolong nenek baking? Buat kek vico. Kalau maira busy takpe lah...
Humaira
Waalaikumussalam. Maira okay je. Tak busy pun, tak buat apa-apa pun hehe
Nenek Imah
Kalau macam tu, bagus lah... datang sekarang ye..
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...