Lepas mereka pulang ke rumah masing-masing,terus je masuk rumah, Humaira masuk biliknya pergi mandi.
Dalam pukul 5 macam tu, Humaira yang telah tertidur tu dikejutkan oleh puan Hani.
"Maira, bangun. Pergi turun jap." Ujar puan Hani.
Humaira menguap dan memandang mamanya dengan mata sepet kerana baru bangun tidur. "Kenapa?" Soalnya lemah.
"Ada lah. Turun je. Pakai tudung ye." Balas puan Hani lepastu dia keluar dari biliknya.
Humaira dengan malasnya mencapai tudung hajra hitamnya dan menyarungnya. 'Apa hal mama suruh aku turun dengan bertudung? hahh letih laahh nak tidur...' Omelnya dalam hati.
Turun je dia kat tingkat bawah dan menuju ke ruang tamu, matanya terpandang akan susuk tubuh seorang lelaki yang memang sudah dikenalinya.
Terkejut Humaira jadinya melihat lelaki tu.
Danial yang sedang duduk di sofa memandang phone nya tu terus menutup phone nya dan bangun perlahan bila dia terlihat Humaira.
Humaira memandangnya dengan dahi berkerut. "Uuh apa kau buat kat sini?" Soal Humaira dengan janggal. Dia menoleh untuk mencari mamanya. Mana mama ni?!
Danial dengan wajah dinginnya berdehem kecil. "Kau nak ikut aku beli barang yang untuk games tu? Since kita yang incharge dengan satu game tu."
Lupa nak bagitau, mereka juga ada memberikan tugasan pada setiap seorang dengan kumpulan. Takdir, Humaira terkena satu kumpulan dengan Danial untuk membeli barang-barang untuk satu game ni iaitu game yang dengan box hitam tu. Danial yang rajin sangat tu menawar dirinya untuk membeli semua barang-barang tu.
Humaira menggaru kepalanya. "Hmm dengan siapa lagi?" Soal Humaira dulu.
"Atuk dan nenek aku." Balas Danial selamba.
"Hmmm aku tanya mama-"
Danial memotong Humaira. "Your mom already know. Dia izinkan. Just your decision lagi."
Humaira menggembungkan pipinya. 'Eeee mama ni...kenapa izinkan?? Huaaaa aku belum biasa lagi lah dengan mamat niii!'
Fikir punya fikir, akhirnya Humaira dah membuat keputusan. Dia ni membuat keputusan macam orang lamar dia pula.
Danial yang menunggu pun dah macam apa. The clock is ticking.
"Hmm okay lah. Jap aku bersiap dulu." Kata Humaira.
Danial mengangguk. "15 minutes. Aku tunggu kat sini. " Ujar Danial.
Dengan itu Humaira terus berlari keatas ke biliknya. Jangan buang masa. Nanti kalau lambat, takut pula dia kena marah dengan mamat tu.
»
Humaira membetulkan awning bawalnya tu dan siap!
Dia hanya memakai skirt labuh warna hitam dan baju sweater tak berapa tebal bewarna baby pink dan dikenakan dengan bawal bidang 55 bewarna cream.
Dia mencapai sling beg bewarna hitamnya dan memasukkan dompet,telefonnya dan lipbalm.
Humaira menuju ke bilik ibu bapanya. "Sini rupanya mama dan babah eh.." Ujarnya bila melihat babah dan mamanya berpelukan, baring di atas katil melihat tv bersama-sama.
Humaira membuat muka geli walaupun ibu bapanya memang selalu dah buat macam tu depan dia dan adik beradiknya.
"Ma, Maira nak ikut Danial tu beli barang untuk aktivitu tu ye? Mama yang sendiri izinkan kan." Kata Humaira pada puan Hani dengan cebikan.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...