4 hari kemudian
"Maira, Huda, Hanan, nanti petang pergi bresiap eh? Jiran baru sebelah jemput kita. Ada kenduri doa selamat." Kata Puan Hani kepada anak-anaknya ketika mereka sedang makan tengah hari.
"Pukul berapa, mama?" Soal Humaira.
"Dalam pukul 3.30 lah eh." Balas Puan Hani. Humaira sekadar mengangguk.
Selepas makan tengah hari,Humaira menuju ke biliknya untuk menerikah bajunya.
"Hmm apa patut aku pakai?" Soal Humaira kepada dirinya sendiri.
"Jubah hitam ni je lah. Hmm dan tudung bawal hitam." Katanya dan mengeluarkan jubah hitamnya dan tudung bawal bewarna hitam bidang 55 tu dari almari untuk di terikahnya.
»
Puan Hani menjenguk anaknya si Humaira yang sedang membetulkan tudungnya. "Dah siap Maira?" Soalnya.
"Kejap." Balas Humaira. "Okay done." Dia mengambil sling bag kecilnya berwarna hitam dan memasukkan phone nya kat dalam tu. Serba hitam lah pula si Humaira. Tapi lawa okay.
Mereka sekeluarga pun hanya berjalan ke rumah sebelah. Apa lah sebelah je kan?
"Assalamualaikum!" Tuan Rashid memberi salam.
"Waalaikumussalam!" Seorang lelaki yang berumur 60-an yang berada depan pagar pintu rumah tu.
'Hmm tak nampak pun pak cik ni hari tu? Mungkin suami mak cik hari tu kot?' Ujar Humaira di dalam hati.
"Hah sila, silakan masuk..." Jemput lelaki berumur tu. Tuan Rashid bersalaman dengan lelaki berumur tu.
Mereka semua pun menuju ke arah kem yang telah disediakan. Humaira melihat sekelilingnya. Takde siapa yang dia kenal. Mungkin mereka semua ni ahli keluarga dan belah-belah pak cik dan mak cik tu.
Dia memandang rumah jiran baru dia ni. Besar lah juga weeii. Lebih besar dari rumahnya. Rumah ni mempunyai dua tingkat. Dari segi keluasan halam rumah ni, memang besarlah. Terdapat juga kolam renang di belakang rumah ni!
Tiba-tiba matanya tertangkap kepada seorang lelaki yang keluar dari pintu rumah tu. Tinggi woi! Tapi dia tak nampak sangat rupa mukanya sebab Humaira ni sebenarnya rabun sikit. Dia menjongketkan bahu dan mengeluarkan phone nya.
Selepas selesai majlis tu, keluarga Humaira pun bangkit ingin balik. 'Eeh mak cik tu lah!' Ujar Humaira dalam hati bila dia nampak perempuan berumur yang dijumpainya hari tu.
"Assalamualaikum mak cik..." Tegur Humaira dulu.
Perempuan berumur yang sedang bersalam-salaman tu menoleh ke arahnya. "Eeh waalaikumussalam..." Jawabnya dengan senyuman.
Puan Hani bersalam dengan perempuan berumur tu. "Apa khabar mak cik?" Soalnya ingin menimbulkan perbualan.
"Khabar baik, alhamdulillah." Balasnya.
"3 orang ni anak kamu ye?" Soal perempuan berumur tu.
Puan Hani tersenyum. "Ya, yang ni anak pertama saya, Humaira,dan ni yang kedua, Huda dan yang paling bongsu ni, Hanan."
"Cantik-cantik anak kamu ni... nama kamu apa ye?"
"Panggil je Hani,mak cik... tengoklah siapa mak dia hahaha!" Gurau Puan Hani lalu ketawa.
Perempuan berumur tu juga turut ketawa. "Nama makcik, Fatimah. Hani boleh panggil makcik imah je. Korang 3 pula boleh panggil nenek imah atau nenek je ye?" Katanya ramah.
Mereka berempat mengangguk dengan senyuman.
"Kamu dah lama tinggal kat sini?" Soal nenek imah.
"Lama lah juga. Kami berpindah sini waktu Humaira berumur 2 tahun. Sekarang ni pun Humaira dah nak masuk 16 tahun." Balas Puan Hani.
Nenek Imah membuat muka terkejut. "Humaira nak masuk 16 tahun?" Soalnya seolah-olah teruja.
Humaira mengangguk dengan sengihan. "Ya, nenek.."
"Cucu nenek umur dia sama macam kamu laaa... dia 16 tahun. Dia dalam form 4." Kata nenek Imah.
"Laah, Humaira pun dalam form 4 juga..." Kata Puan Hani. Humaira sekadar meng-oohh.
"Mana pula cucu teruna aku ni eeh?" Ujar nenek imah sambil matanya melilau mencari gerangan yang dicarinya.
"Lelaki ke cucu makcik ni?" Tanya Puan Hani. Dah nenek imah cakap teruna, memanglah lelaki kan.
"Ha'ah.. aduhai dia ni memang tak berapa nak suka banyak orang. Jadi dia lebih suka duduk dalam rumah."
'Lelaki... wait what?! LELAKI?!! Kenapa?! Kenapa mesti lelaki?! Dah lah seumur! Alamaaaak habis lah aku! Bahaya ni bahaya!!' Kata Humaira dalam hati merasa gusar.
Mana taknya? Dia ni memang tak biasa dengan lelaki. Awkward. Lelaki yang dia rapat cuma babah dia, atuk dia dan adik beradik lelaki ibu bapa dia. Saudara? Dia tak rapat juga dengan diorang. Lagipun dah berapa tahun Humaira ni tak sekolah dengan lelaki.
"Hmm sama lah juga dengan si Humaira ni... tak berapa suka sangat keluar." Kata Puan Hani.
Humaira mengerutkan dahinya dan mebulatkan matanya. Dia menunjuk dirinya dengan jari telunjuknya. 'Aku pula?'
Puan Hani dan nenek imah ketawa melihat reaksi Humaira tu.
"Makcik,kami nak balik dulu ye?" Pamit Puan Hani.
"Laaa ye ke? Baiklah. Nanti kalau ada masa, datang lah rumah makcik lagi ye?"
Mereka pun bersalam-salaman dan menuju balik ke rumah mereka.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...