HC | 32

4.6K 169 18
                                    

Hari ni sudah masuk hari kelima mereka di korea.

Pada hari kelima ni, mereka semua pergi ke N seoul tower.

Seperti biasa, masing-masing sibuk menangkap gambar sini sana.

Humaira melilaukan matanya untuk mencari seorang lelaki yang bernama Danial tu.

Lilau punya lilau, matanya terarah pada satu figura yang tengah duduk pada salah satu bangku di sana tu.

Mereka masa ni sudah berada di atas tempat padlocks digantungkan.

Danial yang duduk di bangku tu hanya melihat pemandangan yang indah dari atas ni dengan camera nya yang diletakkannya sebelahnya.

Dengan perlahan-lahan, Humaira menyergahnya dari belakang. "Danial!"

Danial dengan selambanya hanya menoleh ke arah Humaira dengan muka selambanya. "Oh wow. Terkejut aku." Katanya dengan nada selamba.

Humaira memuncungkan bibirnya. "Eeee kau ni tak pandai nak terkejut ke apa?"

Sudah beberapa kali Humaira cuba membuatnya terkejut, tapi tak berhasil.

Danial menjongket bahunya.

Humaira mencebik dengan balasan dari Danial tu. Haihh datang dah dinginnya tu.

Danial memandang ke arah padlocks yang bertimbunan ni. Tapi dia seperti tengah memikirkan sesuatu.

Humaira yang perasan tu terus bertanya kepada Danial. "Kau fikir apa tu?"

Danial terus menoleh ke arah Humaira lalu tersenyum kecil sebelum kepalanya ditundukkan melihat lantai.

"Just... teringatkan parents aku... there's a place in London yang ada juga banyak menggantungkan padlocks macam ni... mummy dan daddy ada juga buat padlock.... mummy buat nama dia sendiri, nama daddy... and my name was there too..." Danial menghela nafas. Dia mengangkat kepalanya semula dan memandang tepat mata Humaira dengan pandangan redup.

"Mummy buat padlock when I was still three If I'm not mistaken. We used to go there everytime when we're back in London... Kalau boleh, aku nak ke sana lagi dengan dorang...tapi tak dapat." Sambung Danial dengan nada sayu.

Humaira tersenyum kecil selepas mendengar luahan Danial tentang ibu bapanya.

Danial sudah banyak menceritakan tentang ibu bapanya, betapa dia merindukan keduanya.

"Hmm... maybe nanti kau boleh pergi dengan aku ke sana." Kata Humaira juga turut melihat mata Danial tanpa dia sedar dia tercakap kata-kata tu.

Terus terkelip-kelip mata Danial mendengar kata Humaira tu. "Hah?"

"Apa?" Soal Humaira hairan kenapa Danial membuat reaksi sebegitu.

"Oh.em.ji." Humaira menekup mulutnya bila dia baru sedar apa yang telah dicakapkannya.

"Alright Danial. Forget I've said anything! Lupakan yang aku ada kat sini tadi. Bye!" Lantas Humaira berlari ke arah lain untuk menutup malunya.

"Idiot Maira. Apa sal kau cakap macam tu tadi? Omg Maira what is wrong with you?!" Gumam Humaira sewaktu dia sudah menjauhi Danial.

Danial yang berasa agak tergamam dengan apa yang dikatakan oleh Humaira tu, mengulaskan senyuman.

"Kau kenapa Maira? Pipi merah semacam je? Benda apa yang buat kau malu lagi nih?" Soal Qaisara apabila Humaira menghampirinya yang bersama Nafeesa tu.

Humaira menggembungkan pipinya. Lepastu kedua tangannya diletakkan pada kedua belah pipinya. "Ah takde lah."

"Hmm aku tak berpuas hati dengan jawapan kau, but I'll let this slide kali ni." Kata Qaisara.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now