Malam tu Humaira baring atas katilnya memikirkan tentang kejadian tadi tengah hari.
M-y-r-a? (My) ra?
Nama ke apa tu? Dari tadi dah Humaira memikirkan tentang ni. Dia menganggap perkataan tu adalah disebut sebagai mee-ra.
Sedangkan sebenarnya Mai-ra.
Beberapa soalan yang ada dalam fikirannya.
Apa m-y-ra tu? Apa maksudnya (my)ra tu?
Kenapa dalam album (my)ra tu mengandungi gambar-gambarnya?
Kenapa dia gambar dirinya dalam diam?
Dan kenapa, dia letakkan wallpaper nya dengan gambar mereka berdua?
"Dia suka aku ke?" Duga Humaira dengan terkejutnya.
Terus Humaira terduduk dari baringannya.
"Mustahil! Apa yang kau fikirkan ni bongok?! Merepek!! " Kata Humaira pada dirinya dan menepuk-nepuk dahinya.
Mustahil lah lelaki kadang dingin tu suka padanya kan? Mungkin dia hanya menganggap dirinya hanya sebagai seorang adik...
Ouch?
Entah kenapa hati Humaira terasa... sakit? Memikirkan tentang hal tu.
"Aaahh apa-apa je lah! Baik aku tidur!" Ujarnya malas mahu memikirkan lagi dan melimpang balik.
Dia memejamkan matanya dan tidak lama tu dia pun tertidur.
»
Keesokan harinya, hari ini alhamdulillah, Humaira bangun awal dalam nak masuk pukul 7 pagi macam tu.
Sebenarnya dia masih rasa mengantuk tapi dia gagahkan juga dirinya untuk bangun sebab dia bercadang hari ni nak jogging pagi-pagi.
Dengan cuaca yang belum panas,sesuai lah untuk jogging.
Mandi? Tak payah lah. Sama juga nak mandi lagi karang kan.
Dia mengubah pakaiannya kepada baju lapis hitam berlengan panjang dan dilapis lagi dengan t-shirt berwarna grey. Memakai seluar tracksuit dan tudung hajra hitam.
Selepas menyarungkan kasut, dia terus keluar rumah dan mula berjogging sampai ke taman hampir perumahannya ni.
Dalam perjalanan ke taman tu, tiba-tiba ada seorang yang jogging juga sebelahnya.
"Hallo." Sapa lelaki tu dengan selambanya.
Siapa lagi kalau bukan Danial.
Humaira mengecilkan matanya terhadapnya. "Awal kau bangun?"
"Duhh you could say it for yourself too." Kata Danial.
Dua-dua selalu akhir bangun.
Humaira mencebik.
Danial berlari kecil untuk berdepanan dengan Humaira dan mula berjogging menghadapi Humaira. Apakah. So basically Danial is jogging backwards.
Humaira mengerutkan dahinya. Terus dia menghentikan langkahnya.
Waktu Humaira berhenti, Danial pun terhenti.
"Why did you stop?" Soal Danial pelik.
"Yang kau jogging macam tu apa hal?" Soal Humaira pula.
"Salah ke?"
"Tak salah. Tapi kau nampak macam orang gila."
Berubah terus muka Danial yang selamba tu jadi dingin. "Should I be offended?"
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...