Malam tu, nenek Imah,atuk Rahim, Danial dan Humaira makan malam sama-sama.
"Lepas makan ni, kita solat isya jemaah ye Maira?"
Humaira yang tengah menyuap makanan tu ke mulutnya terus melihat ke arah nenek yang bertanya kepadanya tu.
Dia mengangguk dan sambung makan.
"Dani pula jadi imam untuk hari ni ye?" Pinta atuk Rahim dan Danial pun hanya mengangguk.
Lepas je mereka siap makan, Humaira menolong nenek Imah membersihkan meja dan mencuci segala pinggan-pinggan. Atuk Rahim dan Danial pula pergi ke bilik untuk berwudhu.
Selepas je selesai, nenek Imah dan Humaira pun juga turut ke bilik.
Humaira masuk pada bilik tetamu. Cantik juga design bilik tu.
Dia mula mengambil wudhu dalam bilik mandi yang dah sedia dalam bilik tetamu ni. Lepas mengambil wudhu, dia mengambil telekongnya dan menyarungnya.
Lepas tu dia keluar biliknya dan tersempak dengan Danial yang baru keluar dari biliknya. Bilik tetamu ni berdepanan dengan bilik Danial.
Masha allah. Terus Humaira berucap dalam hati. Kenapa?
Danial nampak hot sekarang ni! Dengan rambut depannya basah bekas mengambil wudhu! Ditangannya pula ada memigang kopiah bewarna hitam.
Ya allah, jantungkuuuuu...
Nafas Humaira bagai tersekat bila melihat Danial sekarang ni.
"What?" Tanya Danial pada Humaira yang macam tak bergerak lepas je keluar bilik. Rambut depannya tu diusapnya untuk ke belakang dan memakai kopiah tu.
Humaira terpana tapi lepastu terus dia memandang tempat lain. "Aaaa takde." Balasnya dan melangkah turun semula ke tingkat bawah di mana terletaknya bilik untuk solat.
Danial menjongketkan bahunya dan juga turut mengikutinya.
Atuk Rahim dan nenek Imah pun dah ada dalam bilik solat.
"Dani, imamkan solat." Arah Atuk Rahim.
Danial mula mengambil tempat pada saf Imam. Dia mula mengangkat takbir. "Allahuakhbar."
'Masha allah. Astaghfirullahalazim Maira! Khusyuk! Khusyuk!' Humaira menggelengkan kepalanya dan terus berniat solat dan mengangkat takbir.
Selepas selesai solat, mereka membaca wirid dan membaca doa. Memang Danial yang mengetuai semua bacaan itu.
Ya allah, lelaki idaman tuuu..
Selepas selesai,Humaira menyalam tangan nenek Imah.
Danial pergi salam tangan atuk Rahim dan nenek Imah.
Atuk Rahim dan nenek Imah keluar lebih awal dari Danial dan Humaira.
"Maira." Panggil Danial sewaktu Humaira baru nak keluar dari bilik solat.
Humaira menoleh ke arahnya dan mendongak melihat Danial. "Apa?" Soalnya.
Danial tiba-tiba menghulurkan tangannya.
Humaira mengerutkan dahinya. "Kenapa?"
"Salam." Kata Danial sepatah dengan selamba.
Terus membulat mata Humaira dan pipinya mula merah tak tentu pasal. "Kau gila ke apa?" Soalnya dengan nada yang terkejut.
Danial tiba-tiba tersenyum. Ini senyuman yang sampai matanya nak tersepet! Selalunya dia senyum kecil, senyum senget, tak sampai pun mata dia nak tersepet.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...