HC | 47

4.1K 147 3
                                    

Setahun kemudian

Mereka pun sudah habis periksa besar pada tahun ni iaitu A level.

Kini sudah bulan December lagi.

Apa khabar Danial dan Humaira?

Entahlah dorang dua tu. Tahun ni masing-masing sibuk dengan periksa besar tu, jadi mereka tak banyak meluangkan masa bersama.

Tapi sejak seminggu lalu, mula je cuti,Humaira mengelakkan dirinya dari Danial.

Humaira berbuat demikian disebabkan jantungnya yang asyik berdegup laju asal dia melihat Danial.

Baru je Danial pandang matanya sudah rasa nak menggelabah, rasa nak gugur jantung ni ke dalam perut.

Danial senyum dan mengusiknya, lagilah rasa nak tercampak keluar je jantung dia tu.

Itulah kenapa dia mengelak dari bertemu dengan Danial.

Bahaya!

»

Danial pula sedang memetik guitar nya dan memainkan sebuah irama. Dia menyanyi kecil sambil tengok keluar jendela.

Alamak, tiba-tiba rasa jiwang.

Dirinya baru sedar, seminggu dah dia tak bercakap mahupun bersemuka dengan Humaira.

Asal je Humaira ternampak dia, terus Humaira seperti mengelak dan terus masuk ke rumahnya.

Selalunya setiap minggu memang akan ada hari tu dia pergi rumah dia ni.

Tapi minggu ni tak.

Rasa pelik juga Danial dengan kelakuan Humaira beberapa minggu.

Asal dia pandang mata Humaira, terus Humaira melalihkan pandangan,sampai pipinya pun merah juga.

Selalunya pipinya akan bertukar merah kalau Danial mengusiknya saja.

Asal dia mengusiknya, selalunya kalau Danial mengusik si Humaira, memanglah dia akan malu dan mulutnya mula mengeluarkan kata-kata geramnya. Tapi kali ni tak, dia malu tapi dia diam je lepas Danial mengusiknya.

Teringatkan si Humaira tu membuatkan jantungnya mula berdegup laju.

Danial pun hairan apa perasaan tu. Tapi kadang dia biarkan je dan kadang dia rasa nak pergi hospital juga mana tahu lah ada masalah jantung sebab jantung tu berdegup laju sangat. Nauzubillahiminzalik.

Ada juga dia pernah terfikir, tak kan lah 'perasaan tu' kot?

Cinta.

Tapi takkan lah dia jatuh cinta kot? Dia tak tahu pun apa rasanya mencintai seseorang.

"Hmm patut kah aku tanya nenek?"

"Hmm yes Danial,kau patut. Nenek kan lebih banyak berpengalaman dari kau."

Danial berkata-kata dengan dirinya.

Kan dah terjangkit sikap Humaira yang suka bercakap sorang² tu.

Danial meletakkan guitar nya dan berlalu ke tingkat bawah.

Dia menghampiri nenek Imah yang tengah menonton tv kat ruang tamu tu.

Danial duduk bersebelahan dengan nenek Imah.

"Nek... what is this feeling when your heart beats faster bila jumpa ataupun teringatkan seseorang ni?" Tanya Danial perlahan-lahan.

Nenek imah berfikir sejenak. Kenapa cucu dia ni tiba-tiba bertanyakan hal ni? Tak pernah-pernah.

"Hmm selalunya kan, kalau seseorang tu berasa macam tu kepada seseorang, dia mungkin gugup atau takut akan orang tu ataupun... " Nenek imah menggantungkan percakapannya.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now