Humaira baring di atas katil empuknya. Hampir nak masuk 2 minggu dah cuti sekolah ni. Selepas kejadian di mana lelaki sebelah rumahnya tu bersikap macam tu kepadanya, tak nak langsung dia keluar rumah. Tak nak tengok muka acah mat salleh berperangai dingin, selamba, kerek tu! Walaupun hensem masha Allah tapi sikapnya yang– duuhh.
Tapi tak lah si Humaira ni takde langsung keluar rumah. Kalau ibu bapa dia bawa berjalan keluar,dia keluar lah dari rumah lah eh. Tapi dia sedaya upaya menahan dirinya untuk tidak keluar dari rumah untuk melalukan aktiviti luar seperti berjogging. Hmm berlayar keluar negeri? Ibu bapanya malas. Bukan tak mampu, in fact, lebih daripada mampu wei. Babahnya seorang peguam yang mempunyai jawatan yang tinggi dan mamanya pula seorang guru di salah satu sekolah menengah. Gaji guru pun besar okay.
"Serius weh. Apa aku nak buat ni..." Kata Humaira kebosanan. Serius takde apa dia nak buat. Ada je. Tapi dia yang malas. Contohnya, homework!
Humaira menggelengkan kepalanya. "Homework... hmm nope! Esoknya sekolah baru aku buat." Ujar Humaira sendiri dengan sengihan.
Cuba tengok tu. Tak patut. Jangan dicontohi perangai Humaira ni ye pelajar sekalian. Tak baik.
Dia memandang jam dinding biliknya. Baru pukul 9 pagi. Dia mengeluh dan bangun dari katilnya. Mandi? Dia dah mandi tadi. Tapi selalunya dia memang akhir nak mandi. Tengah hari baru dia mandi tsskk.
Humaira mencapai telefonnya yang tengah charging tu. "Ugh finally, 100% pun kau." Kata Humaira pada telefonnya tu. Abaikan. Dari tadi dah dia nak tunggu phone dia tu full battery.
Dia keluar dari biliknya dan menuju ke tingkat bawah.
Puan Hani baru keluar dari bilik tempat menyasah dengan mengangkat bakul berisi pakaian yang hendak dijemur. Terus dia menegur anak sulungnya yang baru menuruni tangga tu.
"Maira, ni jemur pakaian ni kat luar. Mama tau kamu tak ada nak dibuat kan? Homework ada tapi belum dibuat. Faham dah mama dengan kamu ni Maira." Suruh Puan Hani dan sempat lagi dia memerli anaknya tu.
Humaira terus membuat muka cemberut. Bukan dia tak nak tolong, dia nak tolong disebabkan boleh lah mood rajin sekarang ni tapi apa yang mamanya cakap tentang homework membuatnya rasa huhh.
Humaira masih dengan riak mukanya yang cemberut melangkah ke arah puan Hani dan mengambil bakul tu dari tangannya. Dia berjalan ke depan pintu rumah. Dia mengambil tudung hajra hitamnya yang sudah sedia digantung pada penggantung(?) sebelah pintu tu. Disarungnya tudung dan memakai selipar lalu keluar ke tempat menjemur pakaian. Yang dijemurnya hanya pakaian-pakaian seperti baju, seluar, semua pakaian dalam tu dalam rumah je lah.
Dia melihat ke rumah sebelah tu. Berharap lelaki tu tak keluar. Lagipun kereta yang selalu atuk Rahim dan nenek Imah pakai takde kat rumah. Mungkin jalan kot.
Sedang pakaian hampir semua dah dijemurnya, kereta milik atuk Rahim masuk ke halaman rumah.
Kedua nenek Imah dan atuk Rahim melangkah keluar.
"Eeh Maira... macam lama nenek tak nampak kamu ye..." Tegur nenek Imah bila nampak Humaira yang menjemur pakaian tu.
Humaira tersengih. "Ha'ah..." Balasnya.
"Awak keluarkan lah dulu bunga-bunga tu ye. Saya panggil si Dani dulu suruh tolong keluarkan juga." Humaira terdengar apa yang dicakapkan oleh nenek Imah tu. Dani? Who that? Dia menjongketkan bahunya sebelum menyambung menjemur 2 lagi baju tu.
Tidak lama tu, nenek Imah keluar dengan lelaki yang membuatnya sakit hati tu. Terus rosak mood Humaira.
"Hah Danial, tolong atuk kamu keluarkan bunga-bunga tu." Arah nenek Imah kepada cucunya tu.
Jadi namanya Danial? Humaira melihat pergerakan Danial tu dengan matanya yang menunjuk api kemarahan. Ish! Masih sakit hati si Humaira ni. Lelaki yang digelar Danial tu hanya melihatnya balik dengan pandangan dingin. Ada dia kisah? Tak.
Atuk Rahim dan Danial mengeluarkan beberapa pasu bunga dan mata Humaira membulat melihat bunga-bunga tu. Cantik!
"Is that a dahlia?!" Soal Humaira dengan teruja sambil matanya tak lepas dari memandang bunga dahlia yang baru diletak atas lantai.
Nenek Imah tersenyum. "Ye, Maira..." Balasnya dengan lembut.
Humaira dengan teruja berlari ke rumah sebelahnya dan menghampiri pasu bunga berisi bunga dahlia tu. Dia mencangkung melihat bunga dahlia tu. Dia dengan berhati-hati memigang petals bunga dahlia tu. "Cantik..." Ujar Humaira dengan matanya melihat bunga tu dengan mata seakan bersinar.
Nenek imah ketawa geli melihat kelakuan Humaira tu. Atuk Rahim juga tersenyum. Danial hanya, you know, poker face. Tak tahu lah apa sebenarnya perasaannya kan?
"Maira suka bunga ni ye?" Tanya nenek Imah mellihat Humaira yang macam jatuh cinta dengan bunga dahlia tu.
Humaira mendongak kepalanya melihat nenek imah yang dah berdiri sebelahnya tu. Disebabkan dia masih mencangkung, terpaksalah dia mendongak kan. Humaira tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya dan eyesmile nya. Dia mengangguk laju.
"Dari Maira kecil lagi, tak tahu kenapa, Maira memang suka dengan bunga dahlia ni. Mungkin sebab nama Maira juga." Balas Humaira tersenyum-senyum.
"Hmm nama Maira?" Soal nenek Imah, hairan sikit.
"Yup, nama panjang Maira, Nur Humaira Dahlia." Jawab Humaira dan kembali melihat bunga dahlia tu sebelum dia berdiri semula.
"Laahh, ye ke? Sedap nama Maira." Puji nenek Imah. Humaira terus tersenyum malu.
Humaira melilau matanya melihat pasu yang berisi bunga lain juga. Ada sunflower, tulip, red rose, carnation,daisy. Semua cantik-cantik!!
"Dari mana nenek dapat semua bunga-bunga ni? Setahu Maira, kat negeri kita ni mana ada bunga-bunga macam ni?" Tanya Humaira pula.
"Nenek order dari satu kedai bunga ni. Orang tu beli dari negeri lain dan lepastu nenek beli dari orang tu lah." Jelas nenek Imah.
Humaira meng-oohh dan mengangguk faham. Sekali lagi dilihatnya semua bunga-bunga tu. Dia tersenyum. Sebenarnya dulu mamanya, puan Hani suka menanam bunga tapi sejak Humaira meningkat remaja,mamanya tak lagi menanam bunga.
Nenek Imah melihat lagi Humaira yang seperti benar-benar cinta akan bunga tu. Nenek Imah memetik salah satu bunga Dahlia tu dan diberinya kepada Humaira. "Nah, nenek bagi."
Humaira membulatkan matanya. "Eh? Takpe lah nek..." Tolak Humaira dengan lembut. Memang dia suka akan bunga tu, tapi taklah dia sampai nak kan bunga tu. Adalah sikit kemahuan tapi tu kan bunga. Kalau dia tak jaga dengan elok, what if bunga tu layu? :(
"Takpe, ambil je... banyak lagi ni bunga dahlia ni... ada lagi 2 pasu." Ujar nenek Imah.
Humaira dengan perlahan-lahan mengambil bunga dahlia tu. Dia tersenyum. "Terima masih nek... tapi kalau layu macam mana?"
Nenek imah tergelak. "Takpe lahh... Semua bunga ni akan layu juga akhirnya kan... tapi kita haruslah juga pandai menjaganya..."
(A/N: apa sal macam merepek saja ni kan.)
Humaira mengangguk setuju. Dia memandang ke arah rumahnya. Terlupa pula dia bekas menjemur tadi.
"Maira, masuk rumah dulu lah ye? Thank you once again ye nek! Assalamualaikum." Pamit Humaira dan menyalam tangan nenek Imah dan dia memberikan senyuman kepada atuk Rahim. Oh lupa pula ada lelaki tu kat sini. Danial hanya dilihatnya sekilas sebelum dia berjalan balik ke rumahnya.
Dia mengambil bakul yang dah kosong tu dan masuk ke dalam rumahnya dengan bunga dahlia tu juga ditangannya.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...