HC | 10

6.1K 181 2
                                    

"Kepada semua ahli student council, sila datang ke bilik mesyuarat 3 sekarang juga." Kedengaran intercom yang ada pada setiap kelas berbunyi.

Humaira mengeluh perlahan. Dia juga ahli student council. Dah namanya dia penolong ketua pengawas kan?

Dia mula bangun dari tempat duduknya. Nafeesa juga turut bangun kerana dia juga ahli student council.

Humaira dan Nafeesa meminta izin kepada guru subjek geography nya,teacher Ezzah untuk keluar. Selepas mendapat keizinan, mereka berdua keluar dari kelas mereka dan menuju ke bilik mesyuarat 3.

Di sekolah ni ada 3 bilik mesyuarat. Bilik mesyuarat 1 kalau ada mesyuarat dengan orang yang besar contohnya vvip,bilik mesyuarat 2 untuk bersama guru-guru saja dan bilik mesyuarat 3 adalah untuk ahli student council.

Sesampainya mereka ke bilik mesyuarat 3, kelihatan semua ahli sudah hadir.

"Sampai pun PKP kita ni..." Tegur salah seorang dari ahli student council ni yang bernama Ermina.

Humaira tersengih. "Hehe."

Humaira dan Nafeesa pun mengambil tempat masing-masing. Humaira pula duduk bersebelahan dengan ketua pengawasnya, Delisha. Cantik orangnya. Tegas tapi baik.

Ahli student council ni mempunyai 26 orang ahli. Setiapnya mempunyai jawatan masing-masing. Ada yang ketua, ada yang penolong.

"Ehem Assalamualaikum and maaf lah aku mengambil masa korang belajar ye..." Delisha yang memulakan percakapan.

Semua membalas salamnya dan membalas dengan takpe takpe.

Delisha tersenyum. "Tujuan aku memanggil korang semua ni adalah untuk memberitahu tentang... jap jap. Korang tahu kan setiap tahun kita akan mengadakan satu aktiviti dengan sekolah Muntazar all boys high school? "

Yang lain mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh Delisha tu. Ya, memang setiap tahun kedua sekolah ni akan mengadakan satu aktiviti bersama-sama. Tahun lepas, aktiviti tu diadakan di sekolah Muntazar all boys high school.

Pendek kan je lah nama sekolah dorang ni.

Muntazar all boys high school : Muntazar ABHS

Munawwarah all girls high school : Munawwarah AGHS

"Jadinya, tahun ni, sekolah kita yang mengadakan aktiviti ni. Cikgu Safa ada memberikan tema untuk aktiviti tahun ni iaitu, tema arab! Arabiah explore." Kata Delisha dengan terujanya.

Semua terus menepuk tangan dengan rasa excited yang menggunung!

"Macam best je!"

"Waahh seronoknya!"

"Yayy!"

Delisha mengangkat tangannya untuk mereka semua menenangkan diri.

"Tapiii... tu lah... kita yang menguruskan semuanya." Sambung Delisha.

Terus semua diam. Krik krik krik. Mereka membalas pandangan lalu mengeluh.

"Takpe takpe we can do it!" Humaira memberi semangat kepada yang lain dengan senyumannya yang dapat membuat orang rasa senang.

"Yup insha allah... jadi seminggu dari sekarang, kita semua harus sama-sama memberikan cadangan untuk aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Selepas seminggu, kita kumpulkan semua cadangan dan pilih mana yang sesuai. Selepas pilih,kita akan menyediakan semua yang patut dibuat. Ahli student council Muntazar ABHS juga akan datang ke sekolah kita untuk menolong kita untuk menyiapkan semua." Terang Delisha dengan panjang lebar.

Beberapa dari mereka mula membuat muka tak suka. Bukan sebab tak suka membuat aktiviti ni tapi sebab ada ahli student council Muntazar ABHS tu! Kenapa? Kan dorang tu lelaki! Kenapa lelaki? Sebab diorang tak biasa dengan lelaki!!

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now