Hari ini Danial dan Humaira pergi ke sekolah sama-sama. Danial yang memandu.
Ya, Danial sudah mendapat lesen kereta.
Sudah 2 bulan mereka bersekolah di sekolah tu.
Humaira memandang Danial yang sedang memandu tu. Dirinya masih tak dapat percaya yang Danial sudah pandai memandu.
Kemarin Danial menawarkan dirinya untuk juga menghantarnya ke sekolah. Alang-alang kan.
Nak tahu kereta apa yang dipandu oleh Danial? Audi wei.
Patutlah sebelum ni dia nampak kereta audi tu dari 2 bulan yang lalu dah kat garage rumah dorang tapi tak pernah berpakai.
Rupanya kereta tu nenek dan atuk Danial yang membelikan sebagai hadiah ulang tahun Danial yang ke lapan belas hari tu.
Humaira masih memandang Danial.
Okay jujur, Danial nampak cool dan hot di matanya bila sedang memandu ni. Dengan dia belum memakai blazer nya dan baju lengan kemejanya dilipat hingga ke siku. Dengan style rambutnya lagi.
Haihh cair.
Danial yang perasan akan Humaira yang memandangnya dari tadi tu tersenyum sinis.
"Aku tahu aku handsome tak payah nak tenung aku sampai nak tembus." Kata Danial selama sambil matanya masih tertumpu pada jalan raya.
Humaira tersentak. Pipinya memerah lagi. Dia mendecit. "Perasan." Ujarnya konon buang kes lah.
Danial juga turut mendecit. "Kau fikir aku tak sedar ke kau pandang aku dari tadi hmm?"
Humaira mendiamkan diri, tak tahu nak balas apa. Malu!
Danial memandang Humaira sekilas sebelum tersenyum kecil.
Ada-ada je Humaira ni.
»
Sampai je kat sekolah, Danial mencari tempat untuk parking keretanya.
Selesai saja memparkir keretanya, Danial mengusai penampilan dirinya. Lengan kemeja yang dilipatnya tadi tu diusainya semula. Jam tangannya yang diletaknya pada dashboard keretanya tu dipakainya.
Humaira tengok je apa Danial buat dari tadi dengan wajah polosnya.
Danial yang melihat Humaira memandangnya tu tersenyum nipis. "Kau keluar lah dulu. I'll catch up with you nanti." Kata Danial.
Humaira mengelipkan matanya sebelum dia mengangguk perlahan. "Ookaay." Ujarnya dan keluar dari kereta. Lalu dia pun menuju ke kelasnya.
Danial cepat-cepat keluar dari kereta selepas dia menutup enjin keretanya. Blazernya di ambilnya dari tempat duduk belakang lalu dipakainya dan lepastu beg sekolahnya di ambilnya juga. Lepastu dia mengunci keretanya dan mengejar langkah Humaira yang belum jauh darinya.
Pandangan perempuan-perempuan lain yang sedang melihat ke arahnya dihiraukannya.
Yup. Danial sudah mempunyai banyak peminat dari kalangan pelajar perempuan. Senior juga ada turut meminatinya.
Tapi tak ada yang berani nak bercakap dan menghampirinya disebabkan aura Danial yang dingin tu.
Tapi mereka Hairan, dengan Humaira tak pula dia dingin. Ada lah masanya.
Sebenarnya banyak juga yang cemburu akan Humaira yang rapat dengan Danial ni.
Kadang di mana Humaira ada, disitu Danial ada. Tapi tak lah selalu sangat.
"Wuuu orang banyak peminat." Gurau Humaira yang perasan banyak yang melihat ke arah Danial tu.
Danial menggulingkan matanya tapi reaksinya dingin.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...