Mereka pun sampai di supermarket. Puan Hani meletakkan keretanya.
Lepastu mereka pun turun. Tapi sebelum turun, Danial membuka blazer berwarna maroon nya tu.
Mereka pun melangkah masuk ke dalam supermarket. Sewaktu berjalan tu, Danial melipat lengan bajunya hingga ke siku.
Humaira yang melihat Danial tu terus tersentak. Tak tahu ke lelaki yang melipat lengan bajunya tu nampak hot?! Terus Humaira menggelengkan kepalanya dan beristighfar.
Puan Hani mengambil bakul untuk menyimpan barang yang hendak dibelinya dan berjalan ke bahagian sayur-sayuran.
Humaira berjalan sebelah puan Hani dan Danial berjalan dibelakang mereka berdua.
"Maira dan Danial, korang pergi lah cari apa yang korang nak beli. Aunty bayar ye?" Suruh Puan Hani ketika dia membelek sayur yang mahu dibelinya.
Humaira dan Danial berpandangan sebelum Humaira terus berjalan laju kebahagian coklat manakala Danial berjalan menuju ke bahagian minuman.
Humaira mengambil 2 bar coklat cadburry lalu menuju ke bahagian keropok.
Dia mencari keropok cottage fries perisa tomato tu dan tu nah! Malangnya keropok tu terletak kat kat atas sekali. Mendongak dia melihat keropok tu. Walaupun Humaira ni dikategorikan tinggi, tapi keropok tu diletak terlampau tinggi untuk dicapainya. Tapi dia masih nak keropok tu juga. Dia menjengketkan kakinya untuk mengambil keropok tu tapi tetap tak dapat juga.
Humaira memuncungkan bibirnya dengan dahinya berkerut. Tiba-tiba satu tangan mengambil keropok tu dari arah belakangnya. Dengan refleksnya terus Humaira memusingkan badannya ke belakang. Terkejut habis dia woi!
Tapi nasib orang tu sempat menjauhi beberapa langkah dari Humaira. Siapa lagi kalau bukan Danial?
Dengan muka dinginnya dia menghulur keropok tu pada Humaira.
Humaira mengambilnya perlahan-lahan dan lelaki tu pun mahu mula bergerak semula ke puan Hani.
Oh em ji this scene is so cliche oh my. Humaira mencebik. "Cehh, nak tunjuk dia tinggi ke? Nak tunjuk gentleman lah tu?" Ucap Humaira perlahan fikirnya Danial tak dengar.
Danial mendengarnya dan terus menghentikan langkahnya. Belum jauh sangat lah jarak mereka. Apalah 3 meter je.
Dipandangnya Humaira dengan tajam. "I heard that." Ujarnya dengan nada datar yang paling datar. Apakah.
Humaira terus membuat muka polosnya acah tak buat salah. "Apa aku cakap?" Soalnya pura-pura tak tahu. Oh dia dah membuat keputusan untuk ber kau aku je.
"Atleast say thank you." Kata Danial lagi.
Humaira menjongketkan bahunya dan berjalan melimpasi Danial yang sedikit tersentak dengan cara Humaira tu.
Timbul rasa geram dalam diri Danial. Dah lama rasanya dia tak rasa segeram ni. Dia menarik nafas dalam dan menutup matanya sebentar. Dibukanya balik matanya dan dengan muka tiada riaknya berjalan ke arah puan Hani.
Puan Hani melihat kedua remaja tu berjalan ke arahnya. "Dah? Simpan kat bakul ni. " Arahnya.
Humaira meletakkan makanan yang dibelinya tu dan Danial juga turut meletakkan minuman cola tu.
"Biar saya yang bawa bakul ni je aunty. " Danial menawarkan dirinya untuk membawa bakul yang di bawa oleh puan Hani tu.
"Betul ke?" Soal puan Hani minta kepastian. Danial mengangguk.
"Okay. Terima kasih." Ucap puan Hani dan memasing bakul tu pada Danial.
Puan Hani mula melangkah ke bahagian rempah-rempahan diikuti dengan Humaira dan Danial. Danial dari tadi melihat Humaira dengan rasa yang masih tidak berpuas hati. Humaira yang perasan akan hal tu, buat tak kisah je walaupun sebenarnya dia ada rasa sikit gerun.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...