HC | 21

5K 171 4
                                    

keesokan harinya.

Humaira terbangun dari tidurnya bila alarm phone nya berbunyi.

Lepas bangun untuk solat subuh dia pasang alarm tu pada pukul 7.30 pagi. Kalau diikutkan hatinya, tak lah dia pasang tapi disebabkan dia kat rumah orang, mesti lah tunjuk bangun awal sikit. Cehh tak patut tak patut.

Dengan malasnya dia bangun dan pergi mandi.

Lepas selesai semua, dia pergi turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur. Nenek Imah di dapur sedang memasak untuk sarapan pagi. Atuk Rahim pula ada je kat ruang tamu. Danial? Tidur masih lah tu.

"Good morning nek!" Sapa Humaira.

Nenek Imah senyum. "Good morning juga Maira."

"Nenek masak apa?" Soal Humaira bila dia berdiri tepi nenek Imah yang berada depan tambak.

"Nasi goreng kampong." Balas nenek Imah. Siap saja masakannya tu, nenek Imah masukkan ke dalam satu mangkuk yang besar.

"Waaahh! Faaaavvv!" Ujar Humaira dengan teruja. Matanya seakan bersinar melihat masakan tu.

Nenek Imah tergelak dengan reaksi Humaira tu.

"Maira suka?"

Humaira mengangguk laju dengan sengihan.

"Sama lah juga macam Dani tu laahh." Kata nenek Imah.

"Apa Dani?"

Danial tiba-tiba masuk ke dapur. Dari penampilannya, dia dah mandi juga.

"Eh awal kamu bangun Dani?" Soal nenek Imah kepelikan. Ya lah kan, selama ni kalau hari ahad memang dia akhir bangun.

Danial menjongketkan bahunya. Hah tu je jawapannya. Nenek Imah pun dah terbiasa dengan sikap Danial ni.

Nenek Imah membawa mangkuk besar berisi nasi goreng kampong tu ke meja makan.

Dan lepastu mereka semua pun makan sarapan.

. . . . . . .

"Kau nak tengok kucing tak?" Soal Danial lepas je mereka siap makan.

"Nak!" Balas Humaira teruja.

"Follow me then. " Ujar Danial dan mula melangkah ke salah satu bilik pada tingkat bawah ni.

Mereka berdua masuk dalam bilik tu. Tapi pintu dibiar buka lah.

"Hai my cats..." Tegur Danial pada kucing-kucingnya. Dia duduk bersila pada lantai bilik tu. Dia memanggil- manggil seekor kucing yang bewarna putih.

Ada 3 ekor kucing dalam bilik ni. Seekor kucing bewarna putih dan 2 ekor anak kucing bewarna greyish. (gambar atas)

Kucing bewarna putih seakan mengerti dan menghampiri Danial.

Danial membelai kucing tu. Dia menoleh ke arah Humaira yang masih tercegat kat depan pintu.

"What are you doing there? Come." Ujar Danial dan menepuk lantai tu untuk mengisyaratkan Humaira duduk depannya.

Humaira menurutinya dan duduk bersila depan Danial.

Danial memanggil lagi 2 ekor anak kucingnya lagi.

"Comel nyeeeee...." Kata Humaira dan tergelak kecil bila melihat dua ekor anak kucing tu berjalan menghampiri mereka.

"Like you." Kata Danial selamba.

Terus Humaira memandang Danial dengan pipinya yang mula memerah.

Danial yang beriak selamba tu tergelak kecil melihat pipi Humaira yang memerah tu. Haihh serius comel.

"Kau niii suka sangat nak usik aku eh?! " Soal Humaira geram walaupun dia sekarang berasa malu juga.

"Your reaction amused me. Cute." Balas Danial selamba lagi.

Bertambahlah rasa malu Humaira lagi. Jangan puji!! Kalau kawan-kawan dia yang puji mungkin dah kembang semacam hidungnya. Tapi ni Danial yang puji, maaaa rasa tak tentu arah.

Humaira berdehem bagi menghilangkan malunya. "Apa-apa je lah kau. But come to think of it, aku memang cute and that's a fact." Kata Humaira dengan bangganya bagi menutup malu.

Danial terus membuat muka malasnya. "Hmm,I'll just take back what I said earlier." Ujarnya dengan nada datarnya pula.

Humaira mendecit. "Mana boleh!"

"Oh yes I can." Balas Danial. Kucingnya bewarna putih tu diangkatnya. Kucing tu di hampirkannya pada muka Humaira lalu sebelah tangan kucing tu dibawanya ke pipi Humaira nak dicucuk-cucuk pipi Humaira menggunakan tangan kucing tu lol. Takpe, kuku kucing tu tak tajam.

Terus Humaira menjauhi mukanya dari kucing tu.

Danial meletakkan kucing tu pada ribanya. Dia membelai kucing tu.

"Kau nak tahu tak?" Soal Danial.

"Apa?"

Danial melihat kucing tu dengan kasih sayang tapi pada masa yang sama, kelihatan kesedihan juga.

"Kucing ni pemberian arwah parents aku waktu umur aku meningkat 7 tahun... waktu mummy and daddy bagi kucing ni kat aku, dia masih kecik je,baru beberapa hari. Now? Dah besar dah dia. This cat really means a lot to me..because this cat is one of the last thing my parents gave to me...." Danial menceritakan dengan sayu. Sedaya upaya dia menahan air matanya dari menitis. Tangannya masih bergerak-gerak membelai kucing kesayangannya tu.

Humaira terdiam dan juga seperti menahan sebak. Sedih weii. Dia melihat Danial dengan pandangan sayu.

Danial menarik nafas yang dalam lalu tersenyum sayu.

Baru je Humaira nak berkata sesuatu, kedengaran ringtone phone Humaira berbunyi. Terus dia melihat screen phone nya tu. Tertera 'mama ku sayang' pada screen tu. Panggilan dari mamanya.

Humaira melihat Danial. "Jap eeh." Katanya dan menjawab panggilan puan Hani tu.

"Assalamualaikum Maira..."

"Waalaikumussalam Ma.. Ye ada apa yang anda perlukan?"

"Hahahaha kamu ni... tak lah mama just nak bagitau, kami balik karang petang ye maybe dalam pukul 3 macam tu lah. Mama nak pergi shopping kat crystal mall. Itu je. Bye assalamualaikum."

"Eepp ma! Eeh-?" Belum sempat Humaira mahu membalas lagi, puan Hani dah tutup panggilan.

Humaira mengetap bibirnya menahan geram bila melihat phone screen nya.

"Kenapa?" Soal Danial melihat eksperasi Humaira tu.

"Ni haaa mama akuu... belum sempat nak balas dah tutup haihh. Lepastu shopping tak ajak!" Adu Humaira tak puas hati.

Danial tersenyum kecil dan masih membelai kucing tu. Lepastu dia berdiri. "Dah. Aku nak main game dulu." Katanya.

Humaira mengecilkan matanya terhadap Danial. "Lelaki dan game memang berpisah tiada eh?"

Danial sekali lagi menjongketkan bahunya. "Now,out." Ujarnya.

Lepastu mereka berdua pun keluar dari bilik khas untuk kucing-kucing Danial tu.

Danial pergi naik ke atas ke biliknya dan Humaira pula tengok tv di ruang tamu bersama nenek Imah dan atuk Rahim.

Haihh, macam Humaira ni dah jadi cucu dorang dah~

Tapi apa salahnya kan? ;)

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now