"Hudaaaa! Jom main badminton!" Ajak Humaira ke arah adik perempuannya si Huda. Walaupun masih pagi, main je lah. Daripada bosan, might as well do something productive,right? Productive lah sangat.
Huda berfikir sejenak sebelum dia berhenti bermain dengan play doh nya. "Okay."
Selepas mendapat persutujuan Huda, Humaira terus melangkah ke biliknya mengambil raket badminton nya dan juga bola tangkis tu. Dia juga menyarungkan tudung hajra hitamnya. Baju yang dipakainya berlengan panjang dan longgar dan seluar yang longgar jadi okay lah.
Humaira dan Huda turun ke tingkat bawah dan keluar ke laman rumah mereka. Laman rumah mereka ni besar lah juga jadi seronok lah kalau nak main mainan luar.
Mereka berdua pun mula bermain. Humaira yang dulu menghempas bola tangkis tu.
Sedang mereka berdua bermain tu, Humaira tiba-tiba menghempas bola tangkis tu dengan raketnya dengan sangat kuat dan itu menyebabkan bola tangkis tu jauh tercampak ke rumah jiran sebelah.
Humaira dan Huda terus berpandangan. "Oops."
Pada masa yang sama, seorang lelaki keluar dari rumah tu. Humaira mengenalinya. Lelaki yang macam kacukan orang putih tu! Juga merangkap cucu atuk Rahim dan Nenek Imah?
Bersamanya ada seekor anak kucing yang sangat comel berwarna greyish. Dia membelai anak kucing yang berada di dalam pelukannya tu.
Lelaki tu melihat ke arah bola tangkis yang terpacak kat depan rumahnya tu. Sejak bila ada orang main badminton ni? Dia menoleh ke kiri di mana Humaira sedang melihatnya. Lelaki tu melihat ke arah tangan Humaira dan Huda yang memigang raket badminton tu. Dorang lah tu yang main badminton.
Humaira menggaru kepalanya. 'Macam mana nak ambil balik bola tangkis tu? Yeah sure I can just berjalan ke rumah sebelah ambil bola tangkis tu dan buat duh saja or cakap kat lelaki tu tolong baling balik bola tangkis tu? Tapi masalahnya, adakah aku berani? TAK! Itulah masalahnya. Aku rasa janggal sangat dengan lelaki tu. Dahlah eksperasi mukanya ni buat aku gerun! Huuhh...'
Beberapa saat dia berdebat dengan apa yang hendak dilakukannya. Dia mengumpulkan keberaniannya dan mendekati pagar besi yang memisahkan rumah mereka ni. Lelaki tu melihatnya dengan tatapan bak helang.
Humaira dengan berdebar-debarnya cuba menghiraukan tatapan lelaki tu. Seram ok seram. Okay satu lagi masalah baginya. Dia nak bahasakan dirinya dengan saya awak atau aku kau?
Humaira berdehem kecil. "Hmm uuh awak uh kau? Boleh tolong baling balik bola tangkis tu kat sini?" Soalnya sambil tangannya menunjuk ke arah bola tangkis tu dan berlalih menunjuk ke halaman rumahnya.
Lelaki tu memandang bola tangkis tu dan memandang semula Humaira. Dia lalu berjalan ke arah bola tangkis tu. Dia menunduk untuk mengambil bola tangkis tu dengan sebelah tangannya sementara sebelah tangannya lagi masih memeluk anak kucing tu.
Lelaki tu menghampiri pagar yang memisahkan mereka. Apa sal ayat ni macam jiwang je bunyinya? Whatever lah.
"This?" Soal lelaki tu dengan suaranya yang deep tu oh mai. Sikit lagi jantung Humaira tu nak gugur. Gurau.
Humaira mengangguk laju. Lelaki tu juga mengangguk perlahan dan berjalan beberapa langkah jauh darinya. Dengan sengajanya dia melepaskan bola tangkis dari tangannya tu atas lantai depan rumahnya dengan selamba.
Humaira mengerutkan dahinya, hairan.
"Take it." Kata lelaki tu dengan nada datar.
Humaira terus melopong. Apakah?
"The gates are open. Take this by yourself." Kata lelaki tu lagi sambil sebelah tangannya menunjuk ke pagar rumahnya.
'Wow? Susah sangat ke nak baling tu? Eeeii ni yang bagi aku geram ni! Dengan selamba dan datarnya dia cakap macam tu?! Ewaah ewaahh!' Kata Humaira dalam hati dengan geramnya sambil matanya dah menjeling lelaki tinggi yang macam kacukan orang putih tu.
Humaira dengan rasa menyampah berjalan ke luar dari pagar rumahnya dan menuju ke rumah sebelahnya tu. Dia melangkah dengan kakinya yang sedikit dihentak-hentaknya dan menuju ke arah bola tangkisnya yang berada di depan lelaki tu.
Humaira lantas mengambil bola tangkisnya dan berdiri menghadap lelaki itu dengan mukanya yang kelihatan nampak rasa menyampah. Lelaki tu dijelingnya walaupun dia paksa juga mendongak. "Rude much." Gumam Humaira tapi masih didengari oleh lelaki tu.
Lepastu dia menjeling lelaki tu sekali lagi sebelum kakinya bergerak menjauhi lelaki tu dan balik semula ke rumahnya.
"Jom masuk Huda. Takde mood akak nak main lagi." Kata Humaira dengan muka masamnya ke arah Huda.
Huda yang melihat dorang dua tadi tu hanya menjongketkan kedua bahunya. Malas nak ambil tahu.
Mereka berdua pun terus saja masuk rumah.
Lelaki tu dari tadi sebenarnya melihat kelakuan Humaira tu sampai lah Humaira masuk rumah tadi. Lelaki tu menaikkan sebelah keningnya.
"That girl..." Ujarnya dengan sebelah tangannya membelai anak kucing tu.
Dia melihat mata anak kucing tu yang berwarna biru laut. Serius lawa dan comel sangat anak kucing tuuu. "Quite...interesting." Kata lelaki tu seakan bercakap dengan anak kucing tu.
Anak kucing tu mengiau seolah bersetuju dengan kata-katanya. Lelaki tu mengusap kepala anak kucing tu sebelum dia pun masuk semula ke dalam rumahnya.
Humaira yang dah masuk dalam rumahnya tu meletakkan raket dan bola tangkis tu kat sebelah salah satu sofa ruang tamu dan dia membuka tudungnya lalu merebahkan punggungnya atas sofa.
Dia mengipas-ngipas mukanya yang panas tu dengan tangan. Muka panas, hati lagi panas! "Panaaaas hati aku ni. Panas!" Gumamnya dengan geram. Bantal sofa yang kat sofa tu nak saja dibalingnya. Tapi ditahannya. Marah karang mama.
"Aku suruh baling je pun. Tu pun susah ke? Cara dia lepaskan balik bola tangkis tu dengan selamba.... nak saja aku tendang dia! Dengan mukanya yang takde eksperasi tu pun eeee! Sakit hati! Sakiiiit!" Terkumat kamit mulut si Humaira tu bercakap tentang lelaki tu.
Dia menarik nafasnya dalam. Dia beristighfar beberapa kali.
Puan Hani yang baru menapak ke ruang tamu melihat anaknya dengan pelik. "Kamu dah kenapa Maira?" Tegurnya. Ya lah. Macam apa si Humaira tu bercakap seorang diri.
Humaira terus menoleh ke arah mamanya. "Tuuuu orang sebelah tu! Eeeee bagi sakit hati!" Kata Humaira dengan aksi geramnya.
"Siapa pula?"
"Tuu cucu atuk Rahim dan nenek Imah!"
"Apa dia buat?"
Humaira menghela nafas sebelum dia berdiri dari sofa tu. "Tak nak lah Maira cerita. Bertambah sakit hati kite ni." Ujar Humaira dengan mukanya yang berubah masam.
"Maira nak naik dulu lah ma..." Kata Humaira dan melangkah ke tangga untuk ke biliknya.
Puan Hani hanya menggelengkan kepalanya dengan sikap Humaira tu. Macam-macam.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...