HC | 50

5.3K 142 4
                                    

"Nur Humaira Dahlia, sudi kah engkau menjadi isteriku?"

Humaira dengan perasaan gembira terus mengangguk pantas dengan senyuman yang lebar dan air matanya yang ingin menitis.

Danial yang melutut dengan memigang sebuah cincin juga turut tersenyum lebar.

Cinta hatinya menerima lamarannya!

Danial kembali berdiri. Cincin yang indah yang dipegangnya tu diunjuknya kepada Humaira.

Tangan Humaira diraihnya.

Baru saja dia ingin memasukkan cincin tu kepada jari Humaira-








"BANGUN ANAKKU NUR HUMAIRA DAHLIAAAAA!!"

Jeritan dari orang tu membuatkan Humaira terbangun dengan mengejut dari mimpinya yang uuhh, indah?

"H-hah? Apa apa?" Soal Humaira dengan mamai. Dia tak sedar pun siapa yang menjerit tadi tu.

Puan Hani memandangnya dengan geram. Anak sulungnya ni!

"Dah lupa ke hari ni nak buat apa? Hari ni Maira kata nak ambil result kan kat sekolah?! Dah pukul 8.15 pagi ni! Janji nak ambil pukul 9 pagi!" Kata puan Hani dengan nada geram.

Terus Humaira berasa segar. Mamainya hilang!

Ha'ah lah! Lupa pula! Alamak!

Humaira terus bergegas bangun dari katilnya dan dengan pantas masuk ke dalam bilik mandi.

Puan Hani menggeleng kepalanya. Perangai susah nak bangun Humaira tu masih belum berubah!

»

Sedang Humaira mengusai shawl yang dipakainya, dia teringatkan mimpinya yang dialaminya tadi.

Terus dia menampar pipinya kuat. "Maira, kau dah angau." Humaira berkata dengan dirinya sendiri sambil melihat pantulannya di depan cermin.

Tapi tiba-tiba jantung Humaira berdegup dengan laju.

Adakah mimpi itu jawapan bagi solat istikharahnya?

Sebab beberapa hari yang lepas dia ada solat istikharah... adakah Danial yang terbaik untuknya? Adakah Danial jodohnya?

Dan mungkin inilah jawapan yang diberi oleh Allah S.W.T.

Humaira tersenyum.

Ya Allah, terima kasih ya allah.

»

Hari ini Humaira akan pergi ke sekolahnya, Zaafarani High School.

Sudah sebulan lebih dia tak menjejakkan kakinya ke sekolah ni.

Kali terakhir adalah tahun lepas, bulan November. Sekarang sudah hujung bulan Januari.

Dia tak menyambung belajar ke?

Ada je, tapi dia harus menunggu keputusannya untuk menentukan dia mahu menyambung belajar di mana.

Dua hari lepas dia sudah menerima message yang memberitahu keputusan A level nya.

Alhamdulillah, tanpa diduganya juga, dia dapat straight A's!

Begitu juga Danial, straight A's!

Humaira menjejakkan kakinya ke bilik pentadbiran,di mana dia mengambil kertas keputusannya.

"Assalamualaikum..." Humaira memberi salam seusai je dia masuk bilik pentadbiran tu.

Beberapa guru yang berada di dalam bilik tu lantas tersenyum dan menjawab salam Humaira.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now