HC | 05

6.8K 204 0
                                    

"Maira! Tolong mama bangkit jemuran kat luar tu! Daripada main phone je memanjang!" Laung Puan Hani dari tingkat bawah pada Humaira yang di biliknya.

"Mama niii..." Gumamnya perlahan. Eeepp eepp tak baik merungut.

"kejap!" Dia mula bangun dari katilnya dan mencapai cardigan lengan panjang dan tudung hajra hitamnya.

Humaira menuruni tangga lalu mencapai bakul yang sudah dikhaskan untuk menyimpan pakaian.

Sedang dia membangkit jemuran tu, nenek imah keluar dari rumahnya dengan suaminya diikuti dengan seorang lelaki yang kelihatan masih muda.

"Hai nenek!" Tegur Humaira mesra dengan senyuman manisnya. Si Humaira ni kalau dia selesa dengan seseorang, dia jadi mesra alam sikiiiit.

"Edeehh hai,jap siapa nama kamu nak? Maaf ye, nenek terlupa pula. Faktor umur kan?" Soal nenek dengan sengihan.

"Hehe takpe, nama saya Humaira ye nek..." Jawab Humaira.

Matanya melihat lelaki yang bersama kedua pasangan suami isteri tu. Lelaki tu tinggi. Memakai hoodie berwarna putih dan juga cap putih yang diturunkan sehingga menampakkan separuh wajahnya saja. Hoodie nya pun di sarung di atas kepalanya. Apakah? Tak panas ke?

Humaira mengendahkannnya. "Nenek dengan hmm- apa patut saya panggil-?" Soal Humaira kepada suami nenek imah tu sambil menunjuk dengan ibu jarinya.

"Panggil atuk Rahim atau atuk je lah. Lagipun kamu seumur dengan cucu atuk ni kan." Balas atuk dan menunjuk kepada lelaki yang dikatakannya cucunya tu. Lelaki tu pula hanya menunduk bermain dengan phone nya. 'Alamak? Itu cucu mereka? Macam dingin je mamat tu. Dahlah muka tak nampak sangat. Eeh mungkin dia lelaki yang aku nampak hari tu?'

"Ooh okay... Hmm so nenek dan atuk nak pergi mana?" Soal Humaira selepas dia mengangguk faham.

"Kami nak makan kat restoran, nenek malas masak tengah hari ni hehe." Balas nenek imah dan tergelak kecil. Comel je nenek imah ni.

Humaira meng-oohh dan tersenyum. "Aaa okaay, kalau macam tu, hati-hati kat jalan raya... Maira nak masuk dulu ye?"

"Baiklah.." Balas atuk Rahim dan nenek Imah serentak. Lelaki tu? Memang tak.

Humaira menghadiahkan satu lagi senyuman sebelum dia mengangkat bakul berisi dengan pakaian tu dan masuk ke rumahnya semula.

»

Jam sudah menunjukkan 4.30 petang tapi disebabkan Humaira rasa sangat bosan yang teramat dia pergi berjogging lagi. Pakaian? Apa yang dia pakai hari tu waktu jogging tu lah dia pakai. Kecuali hoodie. Dia memakai baju t-shirt lengan panjang berwarna grey.

"Mama.. Maira nak jogging." Kata Humaira memberitahu Puan Hani yang di bilik tamu bersama adiknya si Hanan.

"Okay, hati-hati ye... " Balas Puan Hani  sebagai pesanan.

Humaira mengangguk dan keluar dari rumahnya lalu dia pun mula jogging. Kat kawasan perumahan dia ni memang jarang kereta nak lalu disebabkan kawasan rumah Humaira kat dalam-dalam lagi. Dalam kawasan perumahan dia ni pun ada hanya dalam 5 buah rumah. Tapi semuanya besar-besar.

Dia jogging sehinggalah dia ke taman kawasan perumahan tu. Di taman tu sebenarnya ada kolam kecil (pond) dan di depan tu ada dalam 3 buah bangku. Apabila dia hampir kat kolam kecil tu, dia perasan ada seorang lelaki yang duduk pada antara satu bangku yang dihujung sekali dari kiri.

Oleh itu Humaira memilih untuk duduk pada bangku di hujung dari kanan tu. Dia menyandarkan badannya ke arah badan bangku tu. Humaira menarik nafas yang dalam untuk menghidu angin lalu dia tersenyum. Tenang rasanya. Selalunya petang² ni boleh lah ada beberapa orang datang ke taman ni, tapi hari ni tak. Dia dan lelaki tu je.  okay sejujurnya dia berasa janggal hanya berduaan dengan lelaki tu tapi tempat ni kan terbuka jadi dia biarkan je lah.

Tiba-tiba dia terasa telefonnya yang dalam poket seluarnya tu bergetar. Dia mengeluarkannya.

30+ messages from Ladies comels meletops

Humaira pun membukanya dan membaca text² dari kawan-kawannya. Dia tergeleng-geleng membaca text dorang ni. Macam-macam perangai!

Naurah:
Laki aku sweet tau
Kalau aku letih, dia selalu urut aku😘

Harisah:
Eeekk eleehh, laki kite lagi sweet!
Dia masakkan untuk kite❤

Wani:
Ayyy
My husband lagi sweet meletops gitu u know?
Dia selalu bawa i jalan²,pergi candle light dinner💖

Humaira:
Baldi? Ada baldi?
GELI TEKAK AKU

Naurah:
Asal? Jeles?

Humaira:
EEEEEE
TAKDE MASA AKU NAK JELES
PUUII

Qaisara:
Astaghfirullahalazim...
Korang ni, dah kawin...
TAPI KENAPA TAK JEMPUT²??!

Nafeesa:
KAAAN!

Humaira:
Eeee lantak korang laahh
Bye bye😑

Humaira menutup semula telefonnya dengan senyuman lalu tergelak kecil. Walaupun balasannya macam tu, tapi sebenarnya terhibur pluuus geli.

Terdetik hatinya untuk melihat lelaki tadi tu.

"Eh dah takde?" Soal Humaira sendiri. Dia melihat jam telefonnya. "Dah pukul 5."

Dia melihat sekililingnya. Sunyi. Takde orang. Langit pun dah nak bertukar jadi warna oren. Humaira menegukkan air liurnya perlahan. Tiba-tiba bulu roma dia naik. Lain macam je ni...

Dia mengetapkan bibirnya dan menutup matanya. Dia berdiri perlahan-lahan dan... lari!

Humaira terus berlari dengan sekuat hatinya sehingga dia pulang ke rumahnya. Dia terus terduduk di lantai depan rumahnya tu dengan terkapus-kapus.

Dia menoleh kiri kanan dan terkejut bila seorang lelaki yang berdiri di depan rumah nenek imah tu.

Kelihatan lelaki itu sedang melihatnya dengan padangan dingin saja sebelum masuk ke rumah jiran sebelahnya tu.

Humaira malas lagi memikirkan tu terus berlari masuk rumahnya.

Puan Hani yang masih duduk kat sofa bilik tamu tu melihat Humaira dengan pelik. Mana kan, nampak pucat muka si Humaira tu.

"Kamu kenapa Maira?" Soal Puan Hani.

Humaira masih dengan terkapus-kapus dan mukanya yang pucat tu hanya menggelengkan kepalanya. "Takde pape." Balasnya perlahan dan menapak ke dapur untuk minum air.

Lepastu dia duduk kat kerusi di dapur tu memikirkan tentang tadi. 'Lelaki tadi tuu- cucu nenek imah ke? Yang di taman tadi tu dia juga ke? Bila di ingat kan balik, hah memang dia lah! Baju sama kan aduhai. Hmm tadi masih tak dapat nampak sangat muka dia... dia pakai cap lagi. Dia tu mysterious laahh haiih..'

Humaira menepuk-nepuk dahinya perlahan dan menggelengkan kepalanya. Dia melihat jam dinding di dapur tu. Dah nak masuk 5.15 petang.

Dia bangun dan berjalan ke biliknya untuk mandi. Ya, di biliknya ada jamban.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now