Hari kedua mereka di Zaafarani High School.
Semua pelajar baru tingkatan enam bawah diarahkan untuk pergi ke grand hall sekolah.
Hari ini merupakan orentasi bagi pelajar-pelajar yang baru masuk sekolah ni.
Semua disuruh untuk duduk mengikut jurusan masing-masing dahulu.
Jadi Humaira, Qaisara, Naurah, Harisah dan Wani duduk sama-samalah.
"Oooo so korang rasa apa kita nak buat ni?" Soal Humaira pada sahabatnya yang lain ni.
"Entahlah. Tapi setahu aku, sebelum-sebelum ni orentasinya memang sama setiap tahun. Selalunya akan ada macam ice breaking gitu? Tapi aku tak tahu camne lah." Balas Naurah.
Yang lain meng-oohh.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." Seorang perempuan memberi salam di atas pentas bagi mengambil perhatian semua orang dengan menggunakan mikrofon.
Semua terus menoleh ke arahnya dan menjawab salamnya tu.
Ada dalam 10 orang yang berdiri di atas pentas tu. Humaira mengenali mereka sebagai senior mereka, tingkatan enam atas.
"So.. Hello semua! Saya sebagi wakil, pertama sekali kami ingin mengucap welcome to Zaafarani High School! Tepuk tangan sikit!" Ucap Perempuan tu dengan ceria.
Terus mereka semua tergelak dan menepuk tangan dengan riang.
"First of all my name is Hazirah but you can just call me kak Zirah if you're younger than me or you can just call me Zirah. I dont mind. As you can see, there's 10 of us here, and we're students of tingkatan enam atas. Today we'll be the ones that will guide you for your orintasi. " Terang kak Zirah tu.
Kak Zirah ni juga bekas senior diorang di Munawwarah AGHS. Jadi siapa yang sekolah kat sana dulu, memang akan kenal kak Zirah.
"Korang dah tahu apa yang kita akan buat hari ni tak?" Soal kak Zirah.
"Tak!" Semua mereka jawab serentak.
"Okay sooo~ today kita akan buat ice breaking! In this ice breaking, ada two things that we'll do. So the first thing you'll gonna do is the intro! In this part, korang akan mengenalkan diri each other! What do I mean by that eh? So it goes like this, kami akan memilih dua orang,antara it will be lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, ataupun lelaki dengan perempuan. After that, korang mesti memperkenalkan diri partner kamu tu walaupun korang tak kenal dia pun! Kalau tak kenal, korang tanyalah dulu dorang tu. Bagi yang memang sudah kenal, korang boleh lah terus je kenalkan diri dorang tu." Terang kak Zirah panjang lebar dengan senyuman yang you know 'mereka ada niat jahat tapi sebenarnya hanya untuk mengusik gitu?'
Kebanyakan pelajar perempuan yang lain mula merungut, termasuklah Humaira dan sahabat-sahabatnya.
"Whaaaaaattt?"
"Saya tidak setuju!"
"Whot whot whot?"
"Apakah?"
"What whot watt?"
"Ana tidak mahu!"
"Semoga aku tidak dipilih."
Riuh terus dewan tu dengan celoteh mereka. Aduhai.
"Okay everyone bertenang...it's going to be easy." Ujar kak Zirah dengan sengihan penuh makna.
"KAK ZIRAAAHH!" Terus semua bekas pelajar perempuan dari Munawwarah AGHS menjerit.
Pelajar yang lelaki pula sudah terkejut. Aduh.
Kak Zirah ni sebenarnya dikenali dengan sikapnya yang suka menyakat dan bergurau.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomantikCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...