HC | 58

5.1K 145 3
                                    

Satu perkataan yang hanya Humaira dapat rasakan.

Janggal.

Tiba-tiba dia rasa janggal duduk berdepanan dengan Danial walaupun sahabatnya yang lain turut ada.

Selepas sesi reunion tu, mereka bersepakat untuk pergi ke sebuah cafe yang selalu mereka kunjungi untuk hangout. Bubbly Cafe.

Danish dan Haikal juga turut ada disebabkan Qaisara yang mengajak.

Meja yang diduduki mereka ni tentulah panjang yang memuati 10 orang.

Danial duduk berdepanan dengan Humaira.

Sebelah Danial pula Haikal dan di depannya Qaisara.

Sebelah Haikal lagi si Danish dan sebelah Danish, bakal tunangnya, Nafeesa. Eceehh.

Sebelah Nafeesa, Wani.

Sebelah Qaisara lagi pula, Naurah,Harisah,Hafiyah.

Sepanjang tempoh mereka di cafe tu, Humaira hanya memandang ke arah yang lain, kecuali Danial.

Dirinya tak mahu memandang Danial. Danial seolah satu ancaman bagi jantungnya. Bahaya!

Mereka semua berborak-borak tentang apa yang yang mereka buat sekarang ni. Tengah tunggu apa, kerja apa.

Nafeesa telah pun menjadi seorang doktor dan kebetulan juga dia bekerja di hospital yang sama dengan Danish. Kuat betul jodoh diorang.

Naurah sudah menjadi seorang guru di sebuah sekolah menengah ugama.

Hafiyah pula jadi accountant.

Harisah dan Wani pula masih menunggu untuk mendapat kerja. Tapi mereka berdua apply jadi guru.

Humaira pula? Humaira memang bercita-cita nak jadi guru. Baginya, walaupun tugasan seorang guru tu, amat susah, tapi macam best juga jadi guru tu.

People have different opinions.

"Hahhh dua orang tu, dengar-dengar dah nak tunangkan?" Tanya Naurah, menujukan kepada Danish dan Nafeesa.

Danish dan Nafeesa berpandangan sebelum mereka tersengih memandang sahabat-sahabat mereka.

"Yes. Bulan depan. Jangan tak datang tau!" Balas Nafeesa tersipu malu sedikit.

"Ayy ofcourse lah! Bestfriend aku nak tunang kot!" Kata Hafiyah teruja.

Mereka semua tersenyum-senyum.

"Insha Allah. Hopefully aku dapat datang,sebab bulan depan aku dah start kerja kat hospital kan." Kata Danial.

"Minta je lah cuti." Ujar Danish selamba.

Danial terus menjelingnya. "Kau fikir senang ke tu nak minta cuti? Dahlah baru start kerja, memang tak lah."

Danish hanya tergelak dengan reaksi Danial tu.

"Eh Maira, apa sal kau diam je dari tadi ni? This is soooo not you." Qaisara yang di sebelahnya akhirnya menegur. Matanya dikecilkan kepada Humaira.

Humaira pula buat wajah polosnya walaupun dalam hati dah rasa kekok sebab semua tengah memandangnya.

Tambah-tambah lagi Danial yang memandangnya. Danial pun dari tadi dah perasan yang Humaira dari tadi senyap dan dia juga perasan yang Humaira enggan memandangnya. Tapi dirinya buat tak tahu saja. Biarlah dia.

Dan itu membuat pipi Humaira merah.

"Aku diam dari tadi ke? Mana ada lah." Tipu Humaira sedangkan terang lagi bersuluh lagi dia senyap dari tadi. Matanya hanya memandang sahabat-sahabatnya yang lain saja kecuali Danial.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now