Humaira bangun dari tidurnya. Dia melihat jam dinding. 9.30 pagi.
Hari ni hari sabtu. Sekolah? Cuti awam. Maksudnya, 3 hari cuti!
Dia bangun dari katil lalu menuju ke bilik mandi.
Selepas selesai memakai baju dan itu ini dia keluar dari biliknya dengan membawa telefonnya.
Melangkah saja dia ke tingkat bawah, sunyi. Tiada kelibat-kelibat keluarganya.
Humaira mula hairan. Dia menuju ke dapur dan ternampak satu note ditampal pada peti sejuk. Terus Humaira mencapai note dan membacanya.
'Hello my lovelyyy daughter! Pelik kenapa rumah ni sunyi je? Hehe sebenarnya kami semua pergi balik kampung untuk sehari! Kami tidur sana semalam ye. Tadi mama kejutkan, tak nak bangun. Tidur mati! Siapa suruh? Jadi kami tinggalkan je lah hehe.
Your most beautiful mom ;) '
Humaira melopong. Sanggup dorang tinggalkan aku?! Humaira terduduk pada kerusi di dapur tu sambil masih melihat note tu dengan terkejut.
Terus Humaira mendail nombor puan Hani. Lepas beberapa saat, puan Hani mengangkat panggilan.
"Mama! Kenapa mama tinggalkan Mairaaaaa???" Rengek Humaira melalui panggilan.
Kedengaran puan Hani ketawa disebalik telefon tu.
"Mamaaaa!" Rengek Humaira lagi.
"Alaaa siapa suruh tak mau bangun?"
Humaira mencebik walaupun mamanya tu tak dapat nampak pun. "Habistu macam mana Maira nak makan untuk karang tengah hari? malam?Untuk esok pagi? Tak kan Maira nak sorang sorang dalam rumah ni? Mama tak takut ke apa-apa terjadi pada Maira?" Humaira tanya bertalu-talu dengan gelabah.
Kedengaran Puan Hani ketawa lagi. "Takpe takpe. Mama dah bagitau nenek Imah supaya tolong tengok-tengokkan kamu dan nenek Imah pun dengan senang hati kata Maira boleh tidur je kat rumahnya. So karang Maira bawa je barang yang Maira nak bawa dan pergi je kat rumah sebelah ye?"
"Hah?"
"Ya pergi je kat rumah sebelah."
"Tapi ma-"
"Takde tapi tapi. Pergi je. Okay mama letak dulu ye? Hati-hati kat sana. Jangan lupa kunci pintu rumah walaupun kamu di rumah sebelah je. Jaga perangai kamu kat sana tu. Faham? Okay. Bye. Assalamualaikum."
Belum sempat Humaira mahu balas lagi, puan Hani dah letak phone. Humaira mengeluh dan menghentakkan kakinya beberapa kali.
Bibirnya dah muncung dengan muka masamnya lagi. Tak puas hati!
"Kenapa dorang sanggup tinggalkan akuuu??!" Katanya pada dirinya dengan dramatik.
Dia melangkah ke meja makan. Nasib mamanya dah ada sediakan sarapan.
Lepas siap dia makan, dia mengemaskan segala yang ada diatas meja tu.
Lepas tu, dia pergi ke biliknya. Beg sikut adidasnya di ambilnya. Beberapa pakaian yang cukup untuk malam ni dan esok pagi dimasukkannya ke dalam beg tu.
Beberapa barang keperluan yang lain juga dimasukkannya dalam beg tu.
Tudung hajra hitamnya disarungkan. Dia juga sudah memakai hoodie bewarna hitam dan seluar yang longgar sikit bewarna hitam. Simple je kan? Lagipun Humaira ni memang suka pakai hoodie. Selesa sangat.
Lepas siap semua, dia melangkah ke tingkat bawah dan mencapai kunci rumah. Keluar je dari rumah, dia mengunci pintu rumah dan lepastu pergi ke rumah sebelah.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...