HC | 17

5.1K 171 12
                                    

Hari ahad sebelum aktivti arabiah explore tu diadakan. Semua persiapan sudah siap disediakan.

Pagi-pagi dalam pukul 9 tu Humaira keluar dari rumahnya untuk mengambil angin.

"Eeh Maira!" Seseorang menegurnya.

Humaira menoleh ke arah empunya suara tu.

"Oh hai nenek!" Tegur Humaira ceria bila orang yang menegurnya tu nenek Imah.

"Kamu buat apa tu?" Soal nenek Imah.

"Saja, keluar rumah ambil angin hehe." Balas Humaira dengan sengihan.

"Nenek pula buat apa?" Soal Humaira.

"Ni nenek baru je siap menyiram bunga-bunga yang nenek beli hari tu." Balas nenek Imah.

Humaira meng-oohh.

"Humaira takde buat apa-apa? Kalau macam tu jom masuk rumah nenek. Sembang dengan nenek." Kata nenek Imah.

"Hmm takde. Eh boleh je!" Balas Humaira riang dan berjalan ke rumah sebelah.

Nenek Imah memigang lengan Humaira dan membawanya masuk ke rumah.

Waktu Humaira masuk rumah, terus dia melopong. Mak aaii cantiknya! Elegent gituu.

Ya, ini kali pertama dia masuk ke rumah mereka ni.

"Humaira duduk kat sini dulu lah ye." Kata nenek Imah bila dorang masuk bilik tamunya dan menyuruh Humaira duduk pada salah satu sofa.

Humaira hanya menurutnya dan duduk pada satu sofa panjang. Nenek Imah pula ke dapur untuk membuat minuman.

Dia melilaukan matanya keseluruh ruang tamu tu. Matanya tertancap pada satu gambar frame besar yang dilekat pada dinding.

'Mungkin ahli keluarga penuh nenek kot.' Duganya dalam hati. Sebab dalam gambar tu pun ada atuk Rahim dan nenek Imah dengan enam lagi orang yang tak dikenalinya. Tapi ada seorang budak lelaki yang macam familiar. Muka budak tu juga macam kacukan orang putih?

Humaira melihat muka semua orang dalam gambar tu. Ada seorang lelaki dalam perumuran 20 lebih macam orang putih.

Fikir punya fikir, nenek Imah menghampirinya dengan membawa dua cawan berisi oren jus. Lepastu nenek pun duduk sebelah Humaira.

Disebabkan Humaira ni terlampau curious, dia terus bertanya kepada nenek Imah.

"Hmm nenek, boleh Maira tanya?" Tanya Humaira dahulu.

"Eh boleh je. Tanya lah." Balas nenek Imah dengan ramah.

"Danial tu cucu nenek kan? Tapi kenapa muka dia macam ada kacukan orang putih? And dalam gambar tu macam ada orang putih juga?" Humaira tanya bertalu-talu dengan wajah polosnya sambil menunjuk ke arah gambar yang dilihatnya tadi.

Nenek Imah tersenyum ketika dia memandang gambar tu. "Ya, dia cucu nenek..." Balas nenek Imah perlahan.

"Macam ni..."

"Mama si Dani tu, anak nenek. Dia khawin dengan orang England. Dia lah ayah si Dani. Mereka berdua berjumpa kat universiti waktu zaman belajar dorang lagi di UK. Keluarga ayah dia tu tak berasal dari agama Islam. Tapi alhamdulillah, keluarga ayah si Dani ni telah diberi hidayah untuk masuk Islam lepas je mereka kenal dengan mama si Dani. Lepastu, waktu dorang kawin, Mama dan ayah Dani tinggal kat negara kita ni je lah. Waktu cuti kadang-kadang dorang akan pergi ke England melawat ibu bapa ayah Dani. "Nenek Imah menceritakan dengan panjang.

"Oowwh, macam tu.." Humaira mengangguk faham. "Tapi mana kedua mereka sekarang?" Soal Humaira lagi. Ya, memang dia tertanya-tanya mana ibu bapa Danial. Sejak mereka pindah sebelah rumahnya ni, takde langsung dia nampak ibu bapa Danial.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now