HC | 59

5.7K 173 13
                                    

Sekarang Humaira sudah berada di biliknya.

Lepas dari taman tadi, Danial dan Humaira terus saja balik tanpa berkata apa-apa sepanjang perjalanan.

Humaira mengeluh mengingati kejadian tadi. Dia mengetuk kepalanya. "Ngek lah kau ni Maira. Cuba act natural je. Macam biasa je. Ini awkward! Ish tak suka betul lah macam ni! Huaaa!" Bebelnya sendirian akan dirinya.

Dia menghempaskan tubuhnya atas katil dan tengok siling biliknya tu. Selepas tu dia memandang seluruh biliknya sebelum tersenyum.

Rindu betul dia akan biliknya ni walaupun baru je seminggu dia tak duduk sini.

Semua barang-barang nya dari appartment university sudah pun dibawanya balik. Tu lah sekarang ni biliknya agak semak sedikit.

Humaira bangun dari katilnya untuk membersihkan dirinya lalu dia akan mengemas biliknya.

»

Malam tu, lepas Humaira sekeluarga sudah solat isyak dan makan malam, mereka semua berkumpul di ruang tamu.

"Haaa Maira, lepas ni nak buat apa?" Soal puan Hani pada anak sulungnya tu.

"Hmm Maira planning nak apply jadi guru lah mama...mama tahu kan dari dulu Maira nak jadi seorang guru hehe." Jawab Humaira dengan sengihan.

"Ye lah..tapi kat mana?" Soal puan Hani lagi.

"Itu Maira tak tahu, it's up to the higher ups yang nak bagi Maira kerja kat mana kan." Jawab Humaira pula.

Puan Hani menggangguk. "Betul juga tu. Walau apa pun, mama dan babah akan doakan semoga Maira dapat kerja cepat. Aamiiin."

"Aamiiin. Thank you mama hehe." Ucap Humaira akan doa mamanya tu.

"Dan semoga lepas dapat kerja, dapat kawin." Sambung puan Hani.

Humaira tanpa berapa sedar apa yang puan Hani cakapkan tu mengaminkan doa mamanya tu.

Lepas beberapa saat baru dia sedar apa yang telah dikatakan oleh puan Hani tu. "Eeehhh apa pula kawiiiin... Calon pun belum ada!" Bantah Humaira sebab malu bila isu kawin dibangkitkan.

Huda dan Hanan yang turut berada di situ mendecit.

"Takde calon konon! Orang sebelah rumah tu nak buat apa?!" Ujar Huda geram. Akak dia sorang ni suka sangat menafikan!

"Sssshhhh, diam!" Ujar Humaira pula dan memberi jelingan pada Huda.

Tahu sangat siapa Huda maksudkan tu.

"Betul apa kata Huda tu! Aaa Mairaaaa jangan jual mahal sangat!" Kata puan Hani, menyokong kata-kata Huda.

Humaira memuncungkan bibirnya. "Alaaa,tapi-"

"Nanti kalau Danial give up nak kejar Maira lepastu dia cari perempuan lagi haaaa, nak?"

Humaira terdiam dengan kata puan Hani tu. Dia mula terbayang Danial bersama dengan perempuan lain.

Cepat-cepat Humaira menggelengkan kepalanya. "Tak nak!" Bantah Humaira keras.

"Haaa tahu pun..." Ujar puan Hani.

Humaira mengeluh.

"Haaa tadi keluar berdua dengan Danial tu, ada apa-apa terjadi ke?" Soal tuan Rashid pula.

Sekali lagi Humaira mengeluh sebelum dia mula menghentak-hentakkan kakinya. "Haihh entahlaaaaa! Awkward sangat tadi tu huaaaaa! Dia macam biasa je Maira tengok, Maira ni yang rasa terlebih awkward! .....and malu lah juga! Dah tak contact lama dah, tu lah pasal Maira awkward semacam. Tapi Danial tu elok je sama je perangai." Kata Humaira panjang.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now