"Waaaaaaaa! Korea! I've miss you!" Jerit Humaira sejurus dia menapak keluar dari lapangan terbang.
Danial yang berada di belakangnya sedaya upaya menahan malunya. Isterinya ni kan! Kadang tak tahu malu betul, jerit-jerit!
Yes, mereka sudah tiba di seoul, south korea masa ni. Buat apa? Honeymoon leeerrr!
Danial yang mencadangkan ingin pergi sini, katanya nak 'relief back the memories' gitu. Kan mereka dulu pernah juga ke korea waktu zaman sekolah menengah mereka.
Ah and fyi, mereka ke korea ni lepas saja Danial baik demam kelmarin. Ya, Danial demam selama 2 hari saja lepas bekas menangis tu. Haih. Bukan main manja semacam saja dia selama dia demam tu.
Nasib kedua mereka meminta cuti selama 12 hari. Jadi, adalah masa mereka untuk meluangkan masa lebih lama sebelum mereka mula kerja balik.
"Sayang! Buat apa jerit-jerit ni? Tak tahu malu betul." Tegur Danial dan sempat lagi mengutuk isterinya tu.
Humaira terus menjeling Danial dengan cebikan. "Biarlah. Mulut Maira kan."
Danial membuat muka tidak percayanya. "Amboi amboi mulut sayang tu memang lawa kan. Sukaaa sangat nak menjawab. "
"Kan Maira ada mulut memang lah."
"Nak kena cium awal ni ke?"
"Uhh tak tak. Okay sorry." Humaira mengalah dan menggeleng kepalanya laju. Danial tu tak boleh dibawa main lepas kawin ni!
Danial tersenyum puas. "Haaa that's my cutie wifeyyy." Ujarnya dengan pitch suaranya dinaikkan sikit dan kepala Humaira diusap lembut. Lepastu dia tergelak kecil.
Humaira hanya memuncung itik.
"Dah jom pergi hotel." Danial menarik tangan kiri Humaira. Tangan sebelahnya pula membawa bagasinya. Begitu juga dengan Humaira.
»
Selepas selesai check in bilik hotel, berehat selama satu jam dan sudah melaksanakan solat zuhur, mereka berdua keluar dari hotel untuk mencari makan terlebih dahulu.
Mereka berdua terhenti di depan sebuah restoran yang halal.
Humaira mula terasa dejavu.
"Wait...abang! Bukan ni restoran yang selalu kita pergi dulu waktu kita ke korea?!" Ujar Humaira dengan penuh teruja.
Danial mengangguk dengan senyuman. "It is."
"Jom masuk!"
Mereka berdua pun masuk dan dijemput oleh seorang warga korea, pekerja restoran tu.
Mereka pun memilih tempat duduk yang ditepi dinding. Lepastu mereka pun order apa yang mereka nak.
Tahu apa? Makanan yang sama mereka order sewaktu pertama kali mereka makan pada restoran ni suatu ketika dahulu. Jjajangmyeon dan kimbap!
Lepas selesai order mereka berpandangan dengan sebuah senyuman.
Tangan kanan Humaira yang diletak atas meja tu digenggam oleh Danial dengan tangan kanannya juga.
Mereka hanya memandang sesama sendiri dengan sebuah senyuman manis hampir seminit. Saling merenung cinta hati ahai!
Tapi keadaan tu terhenti bila Humaira mula rasa malu dengan Danial memandangnya sebegitu romantik. "Ish, dahlaaaa...stop pandang Maira macam tu...abang buat jantung Maira berdegup laju shangat!" Ujar Humaira dengan nada manjanya. Ayy gediknya aku!
Danial tertawa dan mencubit kedua belah pipi Humaira. "Suka hati lah." Katanya selamba pula.
Humaira menjeling manja. Danial membalas perbuatannya tu dengan mencuit hidung Humaira lembut.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...