Humaira mengetuk pintu rumah jiran sebelahnya. Dia mengeluh lalu menggembungkan pipinya.
Al-kisahnya, Puan Hani telah membuat kek brownie tadi pagi tu dan dia membuat banyak jadi dia menyuruh Humaira untuk memberi lebihan kek brownie tu kat jiran sebelah.
"Assalamualaikum!" Laung Humaira dari luar.
Beberapa saat kemudian pintu rumah pun di buka dan keluarlah seorang lelaki. Humaira mendongak untuk melihat mukanya dan dia lantas terkedu.
Masha allah. Itu yang hanya mampu Humaira fikirkan ketika dia melihat lelaki di depannya ni. Lelaki ini,sangat sangat sangat handsome! Masha Allah. Mukanya macam orang yang ada kacukan orang putih! Berkulit putih, dah lah tinggi! Humaira hanya mencapai paras dagu dia je. Tak,Humaira tak pendek. Rambut lelaki tu berwarna dark brown kalau dilihat betul-betul. Matanya juga berwarna light brown weeii! Sekali lagi, lelaki ni, tersangat amatlah handsome, masha Allah.
"What do you want?" Tegur lelaki tu apabila dia melihat Humaira melihat mukanya dari tadi. Tak selesa rasanya.
Humaira tersentak dan dia terasa pipinya mula panas. 'Waduuhh,jangan blushing sudah! Kau ni kenapa Maira?! Apa sal tengok orang macam tu?'
Humaira berdehem bagi menghilangkan malunya. "Uuhh-"
Dia berfikir sejenak. 'Jap lelaki ni orang putih ke apa? Kenapa dia ada kat sini? Tapi mungkin dia ni kacukan? Tapi dia ni siapa? Aku patut cakap english ke apa? Allahu, dah lah aku awkward cakap dengan lelaki.... Macam mana niii?!'
Lelaki di depannya tu mula naik geram dengan kelakuan Humaira tu tapi wajahnya masih tiada sebarang reaksi. Poker face lah dikatakan. "Hei. Buat apa kau datang sini?" Soalnya dengan datar tapi kedengaran kasar.
Humaira tersentak lagi sekali. Dia hampir lupa apa tujuannya kat sini. "Uuhh hmm uuh n-ni mama aku eh saya- apa-apa je lah. Dia suruh bagi kek brownies ni." Balas Humaira dengan tergagap-gagap sambil mengunjuk container berisi ke brownies tu. Nak saja dia sendiri hempuk kepala dia sendiri dengan kelakuannya tu. Waktu dia cakap tu,dia tak lihat mata lelaki tu. Berdebar semacam je. Bukan fall in love at first sight eh! Sebab bagi dia tatapan lelaki tu seram. Dengan matanya yang light brown lagi..
Lelaki tu melihat container tu dan mengambilnya dari tangan Humaira. "Well, thanks I guess." Kata lelaki tu masih datar.
Humaira perasan, accent lelaki tu kedengaran sangat british. Humaira mendengar lelaki tu cakap inggeris tu pun macam wow. Sejujurnya, cara lelaki tu cakap, hot. Suara lelaki tu pun agak deep.
"Okay, sure." Balas Humaira dan selepas tu suasana menjadi janggal lagi.
"Anything else?" Soal lelaki tu lagi.
Humaira mendongak lagi untuk melihatnya tapi dia kembali menunduk lalu menggelengkan kepalanya. "Hmm takde. Uuh so aku saya whatever lah, balik dulu. Assalamualaikum." Humaira pamitkan diri dengan janggalnya.
"Waalaikumussalam." Jawab lelaki tu dan mengangguk.
Dengan itu Humaira berjalan dengan laju untuk pulang semula ke rumahnya yang hanya bersebelahan tu. Tak sanggup dia merasa kejanggalan tu.
Lelaki tu melihat Humaira sehinggalah Humaira selamat masuk ke rumahnya. Lelaki tu melihat container yang berisi kek brownies tu. Macam sedap! Dia menjongketkan bahunya lalu masuk ke rumah semula dan menutup pintu.
»
Humaira duduk di sofa sambil melihat tv di ruang tamu bersama Puan Hani. Macam takde benda lain nak buat selain tengok tv? Memang pun. Jk.
"Ma,mama ada nampak ke lelaki yang macam kacukan tu yang tinggal kat rumah jiran sebelah kita ni?" Soal Humaira bila dia teringat akan lelaki tu.
"Oohh, dia ke? Tu cucu nenek imah tu lah." Jawab Puan Hani.
Humaira mengerutkan dahinya. "Cucu?"
Puan Hani sekadar mengangguk. Humaira mula hairan. 'Cucu? Maksudnya lelaki hari tu cucu nenek dan atuk lah eh? Tapi takde iras pun? Lelaki tu dahlah macam ada kacukan orang putih??.... '
Malas mahu memikirkan lagi, Humaira turut melihat tv.
.
.
.
.(AN: i know pendek. Tapi sis kekurangan ideaaa :(
Ni kira-kira height difference dorang🙊
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...