○ 1 ○

10.7K 316 136
                                    


Kini aku berjalan dalam keadaan tudung dan bajuku terkoyak rabak disebabkan aku dibuli oleh dua orang lelaki yang agak terkenal di dalam sekolah menengah yang aku bersekolah sekarang.

Pehaku telah dihiris dalam huruf A oleh dua orang lelaki yang sering membuliku.

Walaupun agak pedih... aku cuba bangkit. Aku dalam keadaan separuh tidak berbaju dan kulitku penuh dengan darah.

"Ya Allah.. kenapa ujianmu kali ni sangat berat.. aku cuma mahu ke sekolah bukan dimusuhkan." Aku berkata keseorangan di bawah pokok besar dengan teresak-esak aku menangis.

Kini pada pukul enam setengah petang aku cuba menggagahkan diri aku untuk berjalan ke rumah walaupun diriku terlampau tidak terurus.

Sudah sampai dipintu rumah, aku mengetuk perlahan tetapi tiada jawapan dari dalam walaupun aku sudah memberi salam dengan agak kuat.

"Deana kenapa dengan kamu ni?" Tegur Mak Cik Som kepadaku.

"Tadi Deana kemalangan.. nasib baik tak jadi apa-apa." Tipuku untuk menutup hal sebenar.

"Deana.. Ayah dan mak kamu baru pindah ke England pagi tadi. Dia kata dekat Mak Cik.. yang dia tak akan jumpa kamu lagi." Kata Mak Cik Som iaitu jiran tetanggaku.

"Tapi kenapa Mak Cik?" Tanyaku gelisah.

"Mereka cakap yang kamu bukan darah daging mereka lagi. Mak Cik masuk rumah dulu.. sebab itu sahaja yang dipesan oleh mak dan ayah kamu." Kata Mak Cik Som lalu dia beredar dari kawasan rumahku.

Setelah aku mengunci pintu rumah teres milik mak dan ayahku itu, aku terus bergegas ke bilikku. Aku rebah dilantai dengan terasa hibanya hati aku. Dan aku melihat bilik ku bersepah disebabkan di selongkar oleh mak atau ayahku.

Tiba-tiba terdapat pregnancy test di atas lantai yang bersebelahan kakiku.

"Positif?" Kataku perlahan dan terdapat kertas di sebelahan kakiku.

"Positif?" Kataku perlahan dan terdapat kertas di sebelahan kakiku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Deana Ariana bukan lagi anak kami..
kami tiada keturunan yang
mengandung atau melahirkan anak haram!
Maafkan kami disebabkan gagal mendidik kau!
Aku tak sanggup melihat kau lagi..
Kau bukan lagi anak kami..

-Afida dan Farid"

Betapa hancurnya hati aku apabila membaca isi surat yang tertulis disitu. Aku menyambung tangisanku kembali.

Aku cuba kuatkan semangat diriku untuk terus hidup. Setelah membersihkan bilik dan rumah ini.. aku turun untuk mencari makanan yang ada kerana perutku sudah berkeroncong hebat.

Setahu aku.. aku tak pernah bawa pregnancy test itu ke rumah ini. Tiada siapa lagi dalam rumah ni selain mak, ayah dan aku. Aku adalah anak tunggal mereka. Aku masih keliru kenapa aku jadi macam ni?

Pada keesokkan harinya, aku bersiap setelah menunaikan solat subuh lalu aku turun ke bawah untuk membuat sarapan pagi. Aku mencapai roti putih dan jem strawberi di atas meja makanku. Aku melihat di dalam dapur sudah tidak mencukupi makanan lagi. Apa yang harus aku lakukan adalah mencari kerja untuk menampung kehidupan aku sendiri.

Kini aku berjalan kaki tiga kilometer ke sekolah dari rumahku. Setelah sampai aku meletakkan beg galasku di atas kerusi kantin kerana masih awal pagi lagi. Aku tiada kawan karib dan aku cuma hidup keseorangan tetapi orang yang paling aku rapat ialah Haikal Najmie. Dia seorang lelaki yang baik dan dia ialah sepupuku. Mukanya seiras sedikit seperti Bambam Got7 artis Kpop yang aku selalu dengar di dalam kelasku tetapi aku mengendahkannya kerana aku tidak minat.

"Dinasour kerempeng!! Huhu!!!! Dia sudah datang!" Seperti biasa dua orang lelaki yang sering membuliku memang sering akan mengacau kehidupan aku dan takkan ketinggalan sedikit pun belas kasihan mereka kepadaku tetapi aku masih sabar dan tabah dengan mereka lagi.

"Go there, Don't touch my girl again!" Haikal Najmie.. penyelamatku sudah datang kemari.

"Thanks Haikal.. aku tak tahu kalau kau tak ada.. mesti mereka akan buli aku lagi." Kataku sambil tersenyum.

"Deana jangan risau.. Haikal akan selalu ada disisi Deana walaupun susah dan senang." Kata Haikal dengan memberikan senyuman manis kepadaku.

"Thanks.. dahlah.. Deana masuk kelas dulu.. bye." Balasku lalu aku beri lambaian kepadanya.

Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now