"Awak rehat dulu ya.. ni bilik saya. Lepas rehat nanti kita makan dengan family." Kata Nad kepadaku dengan sopan santun.
"Thanks.. saya hargai sangat dekat Nad." Kataku kembali.
Setelah Nad menutup pintu.. aku mengeliling satu biliknya seperti pelawat yang baru masuk muzium. Aku melihat bingkal gambar yang tersusun rapi di atas meja terdapat wajahnya dan keluarganya. Jadi, Nad ini anak sulung kepada dua orang adik-beradik.
Aku mencapai satu buku novel yang setebal lima inci tersebut dan aku membacanya dalam setengah ayat.
Novel yang berjudul Cinta Tidak Kesampaian itu aku membacanya dengan teliti. Tiba-tiba.. terdapat rantai bernama Ariana yang terjatuh dari selitan muka surat novel tersebut lalu aku mengutipnya kembali.
'Eh.. bukan ke aku ade rantai ni masa dulu.. tapi entah hilang ke mana.' Kata hatiku.
'Ya.. baruku teringat.. Daniya Ariana.. sape perempuan tu yer? Ada kaitan ke dengan aku? Tak mungkin.. lagipun aku ni anak tunggal takkan aku ada adik beradik kot.' Bisik hatiku lagi.
'Tapi sepatutnya.. aku dapat rantai Deana Ariana.. tapi.. kenapa aku ada rantai Daniya Ariana? mana rantai tu aku letak eh? Aku kena siasat suatu hari nanti pasal rantai ni.' Kataku dalam hati lagi.
"Deana!!! Jom makan.. family saya dah balik. Saya nak kenalkan awak kepada mereka ni." Aku terus membuka tombol pintu dan bergegas ke meja makan.
Terdapat dua adik lelaki yang berumur empat belas tahun.. dan enam tahun.
"Jangan malu-malu.. sinilah duduk." Tegur ibu kepada Nad.
"Terima kasih mak cik." Balasku.
"Mommy.. Daddy... I want to tell you something." Kata Nad.
"What is that?" Balas Tan Sri Jamaluddin.
"Bolehkan.. kalau Deana ni.. jadi keluarga angkat kita?" Nad pun bercerita kisahku dari mula hingga ke akhir. Terangguk-angguk kepala Tan Sri apabila mendengar Nad bercerita.
"Mulai harini.. Deana kena panggil kami Daddy dan Mommy.. anggap je rumah ni.. rumah family kamu. Ini Nadim dan yang bongsu Nasrul.
"Hai semua.. nama akak ialah Deana Ariana.. umur akak sama dengan kakak kamu dan akak lagi tua daripada kakak kamu." Terangku.
"Okay akak." Balas Nasrul.
Nadim terus menghempas pinggan ke singki dengan kuat dan bergegas ke biliknya sambil memberi jelingan tajam kepadaku.
"Nadim!!! Kau nak bagi pinggan tu hancur ke? Atau nak aku pecahkan kepala kau tu!! Langsung tak reti hormat orang langsung walaupun aku dah hantar highschool dekat Korea ni!" Daddy sudah naik barannya.
"Dahlah Bang.. budak tu memang macam tu pun kan." Kata Mommy dengan lemah lembut.
"Kau pedulikan jer dengan Si Nadim tu.. mungkin dia tention dengan kerja sekolah dia ke ape." Kata Nad pula. Aku cuma tersenyum tipis sambil menyambung menyumbatkan makanan ke dalam mulutku.
Selepas sahaja seusai makan, Nad membawaku ke sekolahnya untuk membuat pendaftaran.
"Kau bawa kad pengenalan tak?" Tanya Nad kepadaku lalu aku menganggukkan kepala.
"Nah." Aku menyerahkan kad pengenalan itu kepada Nad lalu Nad memberikan kad itu kepada kerani yang berada di hadapanku.
"Terima kasih Nad.. sebab sudi tolong aku. Aku tak tahu macam mana nak balas budi kau balik."
"Sama-sama." Balas Nad kepadaku.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...