Imbas Kembali...
"Deana.. saya tahu awak ni orang yang baik.. kadang-kadang saya rasa diri saya ni kejam sangat dengan awak. Sejujurnya saya memang benci dengan awak bertahun lamanya.. awak ingat tak kejadian kemalangan sembilan belas tahun yang lalu.. mak ayah awak pernah langgar kereta ayah saya.. time tu mak saya ada dekat hospital sebab tengah mahu melahirkan adik saya yang ketiga tetapi ibu saya meninggal ketika bersalin dan adik saya telah meninggal sebab jantung dia tidak berdetak lagi. Masa ayah saya tergesa-gesa mahu ke hospital.. ada kereta melanggarnya saya yakin itu kereta mak dan ayah awak sebab saya ternampak awak ada dalam kereta tu. Disebabkan kejadian itu saya jadi hilang penglihatan." Aku agak terkedu setelah mendengar cerita tersebut.
"Saya memang tak tahu apa-apa masa kejadian tu.. saya cuma anggap itu kemalangan biasa.. lagipun kitaorang tak sengaja.. maafkan keluarga kami yer Haira.. saya mohon." Tanpa sengaja air mataku mengalir deras kali ni.
"Kalau awak nak tahu lagi.. sebab utama Aziezi benci sangat dengan awak ialah.. awak pernah terbunuh seseorang yang dia sayangi dan saya pun sayang dia juga. Masa tu kita pernah tadika sama-sama.. walaupun saya ni dah dewasa.. tapi saya masih ingat lagi memori tentang peristiwa tu. Disebabkan awak sorokkan pam asma milik Hana masa tu dia hampir kehilangan nyawanya.. yang paling tak menyangka awak mencekik leher dia masa dia tengah semput dekat sekolah.. Aziezi memang nak mengadu dekat cikgu tapi belum apa-apa lagi cikgu menghalang kami berkumpul masa tu." Apabila aku mengimbas kembali zaman tadika dulu memang benar.
Mengimbas kembali zaman aku tadika ketika umurku lima tahun.
Pada awalnya di rumah Mommy dengan Daddy bertengkar disebabkan aku.
"Aku nak anak aku!!!! Dua orang anak aku dah mati!!! Aku tak nak budak Deana tu.. sejak aku lahirkan dia, aku selalu dapat nasib malang selalu." Puan Afida menyalak kemarahan kepada suaminya Encik Farid.
"Kau boleh tak jangan nak menyalak dekat telinga aku ni pempuan!! Budak tak guna ni nak pergi sekolah, kau tahu tak? Tak pasal-pasal nanti budak ni dah besar.. bertambah tak guna pulak budak ni... kau pulak sibuk dengan anak yang dah mampus!" Balas Encik Farid.
"Kau berambus!! Kau berambus!!" Aku dihalau oleh Mommy.. dia menarik rambutku sambil mengheret aku keluar dari pintu rumah.
"Mommy.. akittt!! Amyy akitt!" Aku mengerang kesakitan.
"Kau pergi sekolah sendiri.. kau tu entah anak kutip mana.. semak ja!" Mommy terus mengendahkan aku disitu.. aku menangis teresak-esak sambil berjalan perlahan-lahan ke sekolah.
Masa itu aku tidak tahu dimana terletaknya sekolah tadikaku nasib baik Mak Som yang tolong hantarkan aku.
"Bye Mak Som." Aku pun menyalam Mak Som.
"Belajar rajin-rajin yer nak." Aku pun mengangguk dan masuk ke dalam tadika.
Hana, Haira, Aziezi, dan Adam berkumpul dekat aku dan membuat satu bulatan untuk mengepung aku berjalan.
"Tepilah cikit titew nak jalan." Kata aku sambil menyimpulkan tanganku sambil aku menjengilkan mataku kepada mereka berempat.
"Bagi aku coklat dengan keropok dulu.. baru ko boleh blah." Kata Aziezi.
"Aku tak suka gaya rambut kau sebab nampak cam kampong!!" Haira menarik rambutku yang ikal mayang diikat kuda itu.
"Akitlah!! Anganlah acau aku!! Aku gi tahu cikgu kang."
"Sengau nau ko ni." Giliran Hana pulak menarik rambut.
"Anganlah!!" Aku mengelak.
Hana menghalau mereka bertiga dengan menggunakan isyarat mata. Dia menghampiri aku dan menarik tanganku untuk pergi ke dalam sebuah stor.
"Kau tu pengemis.. aku ni kaya.. aku tak suka kalau orang pengemis macam kau ni boleh sekolah dekat sini." Dia menarik rambutku dan menolak tubuhku sehingga terlentang. Dia mencapai kayu itu dan dia hampir memukul kepalaku tetapi aku menendang tubuhnya sehingga dia jatuh. Aku terlihat ada pam asma yang terjatuh dari poketnya. Masa itu aku tidak tahu apakah benda itu. Aku pun mengutip pam asma itu dan baling sehingga masuk longkang yang kotor. Aziezi dan Haira melihat aku melempar pam asma itu dan mereka memanggilku perempuan bodoh.
"Deana... nak pam!! Akit!! Huh.. sakit huh." Aku melihat dia seperti mahu nazak. Aku menghampirinya dan mencekik lehernya sehingga dia pengsan.
Ketika umur aku sepuluh tahun.. aku kembali satu kelas bersama dengan Aziezi dan Hana. Mereka seperti pasangan bercinta daripada tadika lagi.
✿✿✿
Anjing hitam yang bergigi tajam itu mengejarnya dari belakang.. apalagi.. lari lintang-pukang Si Aziezi ni untuk mencari tempat yang selamat.
Dia berlari sehingga di hujung tebing dan bawah itu ada tasik yang paling dalam.
Aziezi hampir terjatuh di curam... dia memegang ranting kayu tebal itu sekuat yang mungkin. Ranting tebal itu pulak mahu mereput dan Aziezi semakin ke bawah. Tiba-tiba.. kayu rantang tebal itu terpatah dua.. ada tangan yang mencapai tangannya.
"Saya akan selamatkan nyawa awak." Kata Hana.
"Tapi awak kena janji dengan saya boleh?" Aziezi mengangguk sambil mengerang kesakitan.
"Awak kena ada di sisi saya sehingga hujung hayat saya.. kalau nyawa saya tak panjang lepas ni.. jadikanlah Kak Haira tu isteri awak. Saya tak nak kehilangan awak.. saya cintakan awak Aziezi dari kecil lagi. Nanti besar kita kahwin ya?" Aziezi mengangguk kepalanya sambil menangis teresak-esak.
Hana dengan semput lelahnya menjelma tetap membantu Aziezi untuk naik ke atas.
Akhirnya Aziezi dapat naik di atas.. mereka pun berpelukan di situ.
"Hana.. terima kasih sangat sebab selamatkan nyawa saya." Hana pun tersenyum setelah Aziezi berkata begitu.. tiba-tiba Hana semput.. Aziezi cemas dan mencari pam asma milik Hana.
"Ini pam awak." Aziezi akhirnya terjumpa pam asma itu di dalam beg tangan milik Hana.
"Janji dengan saya nanti kita kahwin." Aziezi pun mencapai jari kelingking milik Hana dan jari kelingking mereka pun berpaut menandakan perjanjian itu sudah rasmi.
✿✿✿
Ketika aku balik sekolah tiba-tiba Hana menarik tudungku sehingga ke leher. Semua orang melihatku dan ketawakan aku sehingga terbahak-bahak.
"Dinasiur Kerempeng woi!!! Tak payah nak acah alim sangat.. pakai tudung pergi sekolah konon.. kalau kat luar sekolah kau punya seluar dalam pun boleh nampak ooo... betul tak sayang?" Kata Aziezi sambil mencium rambut milik Hana.
"Mestilah sayang!" Balas Hana.
"Kau dengar sini baik-baik wahai pengemis.. aku takkan sesekali lepaskan kau.. sebab kau hampir bunuh aku masa aku umur lima tahun dulu." Aku terus menepisnya yang rancak menarik rambut aku.
"Kau diamlah betina jalang!! Kau dua ekor kalau tak ganggu aku dalam masa sehari boleh tak!!" Aku dah mula menjadi agresif sejak-sejak itu.
"Sini kau!" Dia terus menampar pipiku sekuat hati. Aku pun menarik rambutnya dan hentak kepalanya di dinding dengan kuat.. habis berdarah kepalanya.
Aziezi menghampiri aku dan aku terus lari pulang ke rumah.
Hana tercungap-cungap nafasnya.
"Mana pam awak?" Hana menggelengkan kepala setelah aziezi bertanya.
"Pam.. saya.. ada.. kat rumah." Akhirnya matanya terpejam di situ.
Setelah itu aku tak pergi sekolah sehingga darjah enam.. bila aku masuk tingkatan satu baru aku mula kembali sekolah.
Aku lari dari rumah dan menjadi pengemis diluar sana.. nasib baik Mak Som menjumpai aku di lorong tempat pembuang sampah dan dia mengambil aku.. dia yang menjaga aku di rumahnya dengan penuh kasih sayang... sehingga ku umur enam belas tahun.. Mak Som menjadi jiran aku dan aku selalu balik ke rumah aku sendiri sehingga Mommy dengan Daddy meninggalkan aku saat aku berumur tujuh belas tahun.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...