○ 55 ○

2.3K 60 25
                                    

9 bulan kemudian....

           "Mak Som!! Sakit Mak Som!! Arghh!! Air ketuban dah pecah ni Mak Som.. apa Deana kena buat ni!" Aku memegang perutku yang sudah memboyot.. kini adalah masa untuk aku bersalin. Haikal juga tolong membawaku ke hospital bersama Mak Som.

"Cepat sikit Haikal!! Arghhh!!! Sakit ni!! Nak keluar dah!! Tak tahan Arghhh!!" Aku mengerang kesakitan.

"Sabar Deana.. kita nak sampai dah." Kata Haikal dengan cemas melihat Deana di tempat duduk belakang bersama Mak Som.

"Erghhhh Arghhhh!!" Aku sudah tidak tahan lagi.. aku pun menerankan tetapi Haikal menegahku.

"Eh Deana... jangan beranak dalam kereta saya.. kereta baru ni." Haikal menegahku.

"Arghhhh saya sakit nak mati ni.. kesah apa!!! Erghhhh Arrhhhh!! Sapa suruh lambat sangat bawak kereta!!" Aku pun meneran.. tanpa sempat buat apa-apa kepala bayi terkeluar dicelah kangkangku.

"Ya Allah Deana!! Teran bagi habis!" Mak Som menjadi bidan aku di dalam kereta.

"Jangan!! Kereta saya!! Aduh!" Haikal sudah mengeluh.. akhirnya terpampang juga hospital lalu dia pun pergi ke tempat kecemasan.

"Kecemasan!! Kecemasan!!!" Jerit Haikal lalu jururawat tergesa-gesa membawa katil dan alat bantuan pernafasan.

Darah mengalir dicelah kangkangku.. aku tidak endahkan.. yang penting.. bayi tu dapat keluar dari rahim aku.

"Doktor.. bayi ni kena keluarkan cepat sebelum dia lemas.. sebab dah lama kepala dia keluar.. pesakit dah teran banyak kali tapi tak berhasil." Kata salah seorang jururawat dengan keadaan yang cemas.

"Kita kena buat pembedahan secepat yang mungkin.. sebab ada dua bayi dalam perut pesakit ni." Jururawat tersebut tergesa-gesa keluar dan mengambil peralatan untuk pembedahan.

✿✿✿

"Ada apa Mak Som call saya ni?" Adam berasa hairan mengapa Mak Som menghubunginya pada waktu tengah malam sebegini.

"Maaf sebab kacau kamu malam-malam ni.. tapi sekarang ni Deana ada kat hospital.. dia tengah bersalin tu.. marilah jenguk kalau ada masa.. doakan untuk dia sekali supaya dipermudahkan." Balas Mak Som di corong telefon.

"Okay Mak Som.. saya akan gerak sekarang." Panggilan pun dimatikan. Dia mencapai jaket coklatnya dan meluru ke garaj kereta.

Di hospital..

Adam berlari untuk mencari kelibat Mak Som.. tiba-tiba ada doktor menghampiri seorang lelaki yang dia pernah lihat dan di situ ada Mak Som sekali.

"Siapa suami Puan Deana Ariana?" Tanya doktor tersebut.

"Saya!!"

"Saya!!"

Haikal dan Adam menjawab serentak.. doktor menjadi keliru dengan mereka.

"Erk??" Doktor sudah beku lidah untuk berkata-kata.

"Hanya seorang sahaja waris yang dibenarkan masuk." Kata doktor tersebut lalu dia beredar dari situ.

"Aku pergi dulu.. aku yang bawak dia!" Haikal menegah Adam yang mahu menuju ke wad Deana.

"Kau apesal nak cari pasal dengan aku! Aku ni bakal suami dia tau! Dah pergi main jauh-jauh!" Adam menepis bahu Haikal.. lalu Haikal menarik bajunya.

"Main kasar nampak!!" Adam terus menumbuk wajah Haikal sehingga lebam.

"Kau memang tak gunalah!! Berani kau tumbuk aku!! Kalau Deana tahu perangai kau yang kaki pukul ni.. dia pun tak  hingin nak kahwin dengan kau." Hati Adam semakin panas ketika mendengar sindiran pedas dari mulut Haikal.

"Hah ambik ni!!" Hayunan penumbuk melekat pada bibir Haikal.

"Sudah-sudahlah!! Adam! Kamu boleh tengok Deana dengan baby." Kata Mak Som sambil menarik belakang baju Haikal.

"Apa ni Mak Som?!" Haikal tidak berpuas hati dengan keputusan Mak Som.

"Thanks Mak Som.. sayang Mak Som ketat-ketat." Mak Som tersengih ketika mendengar jenaka yang dibuat Adam.

"Mak Som.. Haikal yang berhak jumpa Deana.. Mak Som pleaselah." Mak Som menjeling dan dia tidak mengendahkan perbualan dari mulut Haikal tersebut.

"Sampai hati Mak Som buat Haikal macam ni."  Haikal memonyokkan wajahnya.

"Bukannya kamu tak pernah jumpa Deana tu.. nanti dia keluar.. kamu boleh jumpa dia jugak.. bagilah Adam yang jumpa.. sebab arwah suami dia dah mewasiatkan kepada Adam supaya menjaga isterinya." Terang Mak Som.. wajah Haikal tetap masam mencuka.

✿✿✿

9 bulan yang lalu selepas kejadian Deana di tikam...

"Daddy.. Darwish.. nak mintak tolong dengan daddy.. Darwish nak duduk sini sampai bila-bila.. Darwish tak nak balik Malaysia." Kata Darwish dengan merayu kepada ayahnya.

"Kenapa pulak? Bukan ke Darwish elok aje tinggal sana kan?" Dato' Farid menjadi curiga dengan sikap anaknya yang tiba-tiba mahu pindah ke sini.. padahal selalunya susah betul nak suruh dia pulang ke England.

"Darwish dah bunuh orang daddy!" Darwish terus memeluk kaki Dato' Farid sambil mengalirkan air matanya.

"What are you talking about this huh?" Dato' Farid menengking anak lelakinya.

"Darwish dah buat kerja yang tak masuk akal.. Darwish menyesal daddy." Air matanya tidak berhenti mengalir dipipi. Dato' Farid mengeluh sambil menayangkan wajah bengisnya kepada Darwish yang sedang duduk di lantai dalam keadaan menangis.

"Why?? Why!! Why Darwish!! Why!!" Tiba-tiba Dato' Farid memegang dadanya yang berasa perit.

"Daddy? Daddy!!! Bangun daddy!! Darwish tak bermaksud nak sakitkan daddy!" Tubuh Dato' Farid dipapah Darwish dan dimasukkan ke dalam bilik lalu dia mencari ubat untuk diberi kepada ayahnya.

"Daddy? Daddy dah bangun? Nah makan ubat ni." Kata Darwish sambil menuangkan air kosong ke dalam gelas kaca.

"Aku tak nak makan ubat! Kau... pergi berambus dari rumah ni.. kau bukan anak aku lagi." Muka bengis Dato' Farid ditatap oleh Darwish.

"Ya Allah!! Darwish!! Kamu dah balik?" Tubuh Darwish di peluk berkali-kali oleh Datin Afida.

"Abang.. kenapa dengan abang ni? Abang sakit ke?" Datin Afida menjadi gelabah melihat keadaan suaminya yang sedang tidur terlantar di atas katil tersebut.

"Ha la... aku tengah sakit ni... tak lama lagi nak mampus dah.. anak jantan kesayangan awak ni sukalah kalau aku mampus.. diakan pembunuh terhandal." Bidas Dato' Farid habis-habisan.

"Daddy.. Mommy.. Darwish mintak maaf.. Darwish tak hingin pun benda ni berlaku.. tapi Darwish terpaksa bunuh dia." Darwish terus memeluk kaki Datin Afida yang sedang kaku tidak tahu nak berkata apa-apa lagi.

"Kau.. sapa? Aku tak lahirkan anak pembunuh." Datin Afida berkata perlahan namun menyakitkan hati Darwish.

"Darwish nak kahwin dengan Deana.. Darwish jatuh cinta dengan dia... tapi dia dah kahwin.. jadi terpaksalah Darwish bunuh suami dia.. lagi satu Darwish pun dah tikam dia.. sebab dia buat tak tahu je.. bila Darwish ugut dia untuk kahwin dengan Darwish." Terang Darwish.

"Deana?" Kata Datin Afida dan Dato' Farid dengan serentak.

"Nama panjang?" Tanya Dato' Farid.

"Deana Ariana.. dia penah duduk rumah yang Darwish duduk.. dia kata tu rumah dia. Tapi Darwish ingat.. Daddy yang sewa rumah tu untuk dia." Terangan Darwish tadi membuatkan lidah sepasang suami isteri ini menjadi lebih kaku daripada ais batu.





Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now