Serpihan kaca yang berada di lantai tadi aku terpaksa kutip satu-satu dan meletakkan ke dalam bekas untuk di buang ke dalam tong sampah. Setelah mencapai serpihan kaca yang terakhir, mataku gelap gelita dan akhirnya aku rebah ke lantai.
Aziezi melihat sekujur tubuhku yang telah pengsan di lantai. Setelah dia membuang kaca itu ke dalam tong sampah, dia mendukungku masuk ke dalam biliknya.
"Kenapalah betina ni perlu hadir dalam hidup aku dan selalu menyusahkan aku! Aku takkan benarkan kau dapat kebahagiaan walaupun sedikit. Jangan nak beranganlah kalau nak dapat secebis kasih sayang daripada aku. Ya memang aku ni manusia yang tiada hati perut, tapi dulu kau dah punahkan hati aku. Kau dah bunuh cinta sejati aku Deana!" Kata Aziezi sambil mengusap rambutku dengan kasar.
Setelah makin lama dia mengusap sambil melihat diriku yang pengsan ini, ada satu perasaan yang hampir muncul di hatinya.
"Jangan jadi bodoh Azieizi! Kau tak sepatutnya nak jatuh cinta dengan dia ni, kalau tak aku sendiri yang akan masuk perangkap aku sendiri, dan benda tu takkan pernah terjadi." Kata Aziezi pada dirinya sendiri.
"Kalau bukan disebabkan Haira dengan Mommy.. dah lama aku biarkan kau mati kat luar sana tu! Honeymoon lah konon.. honeymoon dalam neraka aku bolehlah!" Kata Aziezi kepada aku sedang pengsan dan tak tahu apa-apa itu.
Aku mendengar suara Aziezi perlahan seperti membebel tetapi aku tak beberapa nak dengar sangat. Keadaan aku yang mamai ini aku menggagahkan diri aku untuk bangun dari katil ni.
"Dah bangun ke Tuan Puteri Deana Ariana?" Aku bangun dan aku terus menyalam tangannya tetapi dia menepis aku.
"Kau dah kenapa? Dah buang tabiat nak mampus yer?" Aku terus memeluk kakinya.
"Aziezi.. tolonglah saya.. daripada semalam awak tak izinkan saya makan atau minum.. saya dah la tengah demam ni." Aku terus merayu kepada tetapi yang aku dapat adalah gelak ketawanya sahaja.
"Apa? Ouh lapar.. ouh demam.. ouh dahaga.. ouh nak MAMPUS hah ambik kau!!!" Aziezi menyepak kepalaku sehingga aku terlentang.. begitu sakitnya hati aku bersama dengan tubuh badanku yang kurang tenaga dan tak mampu membuat apa-apa.
"Tolonglah!!" Aku menangis teresak-esak sambil memeluk kakinya.
"Kejaplah betina!!! Aku nak call Mommy jap! Kalau mulut kau tu gatal bagitahu dekat Mommy pasal hal ni.. aku takkan teragak-agak potong lidah kau hidup-hidup lepastu letak kau dalam hutan.. biar binatang buas makan kau bagi mampus cepat!" Aku pun meleraikan pelukan aku dan kakinya.
"Hello Mommy.. ha Waalaikumussalam Mommy.. Ryad ada perkara urgent nak bagitahu Mommy ni." Aku hanya memerhati mulut Aziezi bercakap.
"Apa dia Ryad.. best ke tak honeymoon tu?" Kata Datin Aurora di corong telefon.
"Best gila Mommy.. Ryad enjoy tau dengan Deana.. tapi masalahnya Deana ni nak balik Malaysia sangat.. sebab dia tak sesuai dengan cuaca dekat sini. Memang best gila Deana cakap but dia demam teruk ni Mommy.. dan kitaorang kena balik Malaysia secepat yang mungkin." Bohong Aziezi.
"Alaa... tak sampai seminggu pun.. baru satu malam kan.. takkan secepat tu nak balik? Mommy ingatnya seronok sampai tak nak balik.. boleh je kalau korang tinggal sana sampai sebulan pun. Habistu bila Ryad nak balik ni?" Kata Datin Aurora.
"Esok Mommy.. sebab nanti demam Si Deana ni melarat pulak.. kesian dekat Deana Mommy... dia perlukan cuaca dekat sana.. itu yang lebih penting Mommy... " Balas Aziezi.
"Okaylah kalau macam tu.. hati-hati tau.. jangan nak berkasar sangat dengan Deana.. kesian dekat dia.. kalau boleh bagi Mommy cucu cepat.. hahaha." Aziezi ketawa hamba lalu panggilan ditamatkan.
'Cucu Mommy dah mampus lama sebab Deana Ariana manusia jijik macam dia tu.. nak lahirkan anak kandung aku? Hahahaha! A bad newslah! Aku takkan mengaku tu anak aku walau dia dah mampus.' Kata Aziezi dalam hati.
"Pergilah makan kedarah dekat atas meja tu.. aku dah sediakan makanan. Lepas dah siap semua tu.. aku nak kau kemas kain baju aku... sebab esok kita dah nak berambus dari rumah ni. Aku ni bukan apa... aku rindu sangat dekat Haira.. kau tahu tak aku rindu apa? Aku rindu nak cium mulut dia.. aku rindu nak mandi dengan dia.. aku rindu segalanya tentang.. paling aku rindukan iaitu haruman badan dia.. bukan macam kau tu!! Bau macam anjing kat tepi jalan.. tak selera langsung aku nak bau kau." Agak perit apabila diperkata seperti itu tetapi aku tetap tabah. Apa yang penting aku dapat mengisi secebis tenaga dekat badan aku.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...