○ 33 ○

2.3K 78 22
                                    

              Dua minggu berlalu.. kini aku berada di Kedah disebabkan tidak mahu terserempak dengan Aziezi dan Darwish yang sedang mencariku.

Hatiku berasa resah sekali memikirkan tentang kehidupan aku yang agak tidak menentu sekali.

Bilalah ujian nak tamat.. tiba-tiba otakku sampai berfikiran begitu.. orang lain pun ada kehidupan dengan ujian tetapi kenapa ujianku teramat berat. Orang sekelilingku amat membenciku padahal aku tidak rasa yang aku melakukan kesalahan dengan sengaja melainkan mereka sendiri yang mencari masalah dengan aku.

"Assalamualaikum.. ni Deana kan?" Tiba-tiba ada seseorang menegurku dari belakang.. agak terkedu ketika melihat siapa gerangan itu.

"Haikal? Macam mana awak boleh ada dekat sini? Awak dah pindah sini ke?" Tanyaku.

"Sepatutnya saya yang tanya soalan tu kat awak.. tapi tak pelah saya jawab dulu pertanyaan awak ye." Aku mengerut dahiku ketika dia berkata begitu.

"Ha.. saya pindah kat sini.. tapi saya sorang je. Ibu saya ada dekat KL." Aku mengangguk kepalaku tanda memahami apa yang dikatakan sebentar tadi.

"Awak kenapa?" Tanya Haikal.

"Saja bercuti kat sini.. nak tenangkan fikiran." Balasku.

"Awak dah kahwin ke belum?"

"Saya? Dah kahwin ke belum? Hahaha tiada siapa pun nak." Bohongku.

"Tak apa saya ada."

Alamak!! Ni lagi sekor.. aku harap dia ni bukan macam spesis Darwish tu.. apa-apa pun.. aku kena jauhkan diri aku daripada mereka sebelum aku yang akan terjerat lebih teruk lagi.

"Saya balik dulu.. Assalamualaikum." Aku terus tergesa-gesa beredar dari situ.

"Deana.. tunggu!!" Aduh!! Apasal dia panggil aku pulak. Aku pun mengalihkan badanku ke arahnya dengan perlahan.

"Jomlah kita borak panjang sikit.. awak nak datang rumah saya tak? Jom." Aku menggelengkan kepalaku.

"Sorrylah Haikal.. saya tak boleh pergi.. sebab saya ada kerja lain nak kena buat." Dia hanya mengangguk dengan wajahnya yang agak suram itu.

Aku pun berlari anak dan menuju ke keretaku. Dengan pantasnya aku memakai tali pinggang keselamatan dan menekan minyak untuk memecut dari situ.

"Hish... aku kalau boleh tak nak jumpa sorang pun yang aku kenal! Aku nak pergi England.. tapi tak cukup duit. Arghhh serabutnya!" Stering keretaku di ketuk-ketuk beberapa kali olehku.

Tiba-tiba di otakku teringat pasal Adam..

"Assalamualaikum Mommy."

"Waalaikumussalam Deana.. Ya Allah.. Mommy rindu sangat... kenapa lama tak jenguk Mommy dekat rumah?" Ni aku malas nak call ni.. mesti ada sesuatu yang tidak kena.

"Maaflah Mommy.. sejak kebelakangan ni Deana sibuk sikit.. Aziezi pun bukan benarkan Deana pergi jenguk Mommy pun." Kataku di corong telefon sambil memulas stering ke laluan kiri.

"Mommy.. boleh tak Mommy bagitahu dekat mana Adam sekarang.. sebab Deana ada hal penting nak bercakap dengan dia." Aku mula berkata tentang hasratku yang satu itu.

"Nanti Mommy mesej kamu alamat dia.. okaylah Deana.. Mommy ada hal jap. Nanti kalau free tu datanglah melawat Mommy dekat rumah. Kalau nak harapkan Aziezi tunggu Mommy tak bernyawa baru dia nak datang kot." Kata Datin Aurora.

"Ala Mommy... janganlah cakap macam tu. Okaylah Mummy bye. Take care. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Panggilan pun dimatikan serta merta.

Aku pun menghembus nafas lega.. dan sekarang ni aku terus ke destinasi yang aku hendak tuju.

✿✿✿

"Assalamualaikum." Kini aku berada di hadapan cermin di mana tempat perjumpaan dengan banduan di dalam lokap.

"Waalaikumussalam.. Deana." Sejuk hatiku apabila melihat senyuman itu dibibirnya.

"Saya datang sini ada hasrat." Kataku sambil mataku menunduk melihat tanganku.

"Hasrat? Apa hasrat awak jumpa saya?" Tanya Adam kepadaku.

"Saya nak minta cerai dengan Aziezi.. saya yakin.. yang awaklah orang yang satu-satunya dapat bantu saya untuk keluar daripada hidup Aziezi." Kataku dengan jujur.

"Mintak jelah dengan dia.. apa susahnya?" Aku mengeluh berat kali ni. Kenapalah dia ni tak faham apa yang aku maksud kan!

"Takkan awak tak tahu plan abang kesayangan awak tu.. awak pun bersubahat nak kena kan saya kan?" Adam ketawa kecil membuat hatiku dinodai dengan kepanasan.

"Puas hati korang.. buat aku macam patung? Aku terfikir-fikir dekat mana kesalahan aku selama ni?" Air mata aku semakin menitis tetapi aku menahannya.

"Nak tahu kesalahan awak?" Dia tersenyum sinis.

"Apa?"

"Nak buat baik biarlah berpadah.. nak buat jahat pun kenalah berpada-pada.. maksud saya kat sini.. jangan biar orang lain pijak kepala awak sesuka hati dah lepas ni faham?!" Kata-katanya sebentar tadi dapat menyentuh hatiku.

"Saya nak awak bantu saya keluar dari sini... kalau nak tunggu saya keluar ambik masa lagi dua tahun." Aku mengangguk perlahan.

"Macam mana saya nak keluarkan awak dari penjara ni?" Tanyaku.

"Dapatkan dokumen kontrak rasuah antara Aziezi dengan Encik Baharun dekat office dia. Cari bukti-bukti yang kukuh atas menyelewengan duit syarikat siapa yang sebenarnya. Kalau dah dapat semua bukti tu.. saya akan bebas dari penjara ni dan saya pun boleh tolong awak dengan sukarela hatinya." Jelas Adam kepadaku.

"Insya'allah.. saya akan bantu awak secepat yang mungkin dari penjara ni." Adam mengangguk perlahan sambil tersenyum.

"Deana.. saya nak awak sabar okay. Kuatkan semangat awak.. saya nak mintak maaf atas penipuan saya selama ni." Aku mengangguk dan tersenyum.






Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now