[ Nama Pesakit: Hana Suraya ]
"Harini aku akan tamatkan riwayat hidup kau" wayar pernafasan dicabut oleh Haira dengan kasar.. suis-suis dan wayar alat bantuan pernafasan di tarik dan ditutup dengan segera.
Titt........
Setelah menjadi mayat.. Haira menyambung kembali alat pernafasan tadi supaya tidak di syak oleh pihak hospital.
"Maafkan aku Hana.. aku terpaksa bunuh kau disebabkan aku takkan benarkan sesiapa pun berani rampas Aziezi daripada aku termasuk kau." Kata Haira sambil membuat mimik muka sedih yang palsu.
Satu jam kemudian..
Sebelum mayat Hana dikafankan.
"Doktor.. mayat yang bernama Nafisah ni perlu ke wad biasa.. nampak seperti asmanya berkurang." Kata jururawat tersebut.
✿✿✿
"Harini aku akan tamatkan riwayat hidup kau" wayar pernafasan dicabut oleh Haira dengan kasar.. suis-suis dan wayar alat bantuan pernafasan di tarik dan ditutup dengan segera.
Titt........
'Tak sangka dia sanggup bunuh adik dia sendiri.' Kata Hana yang sedang berdiri di cermin tingkap di luar.
Pesakit yang bernama Nafisah itu mukanya kelihat seiras sedikit seperti Hana.. jadi, setelah Hana sedar dari pengsan dia terus menukar namanya kerana dia bercadang untuk tidak bertemu dengan sesiapa.
'Kesian Nafisah.. tak pasal-pasal dia jadi mangsa kematian aku.' Kata Hana dalam hati.
Hana lari daripada hospital secepat yang mungkin dan menyembunyikan identitinya hingga ke dewasa..
Segala tentang Haira dan Aziezi dia sudah tahu secara terperinci termasuk Deana sudah menjadi isteri kedua Aziezi.Selama ini Hana hanya menetap di rumah anak yatim dan membesar di situ sehingga menjadi seorang yang berjaya.
Dia memiliki lima buah syarikat yang terbesar di Malaysia dan juga Eropah. Dia juga tersenarai dalam jutawan yang terkaya nombor tiga dalam dunia.Selepas sebulan dia menetap di rumah anak yatim tersebut.. ada sepasang suami isteri yang jutawan memilikinya sebagai anak angkat dan kini mereka berada di Rusia bersama keluarga angkatnya.
Hana menugaskan pekerjanya supaya mencari maklumat tentang Aziezi iaitu pembantu peribadi milik Aziezi.. Darwish Akmal.
Darwish pernah berjumpa dengan Hana di England ketika dahulu.. Hana telah menawarkan pekerjaan tersebut kepada Darwish.. dia menyuruh Darwish mencari maklumat tentang hal peribadi milik Aziezi dengan secepat yang mungkin. Darwish amat berbesar hati bekerja bersama Hana kerana gajinya cukup lumayan iaitu sebanyak lima ribu USD dolar.
Bekerja bersama Hana lima ribu USD dolar.. lepas itu bekerja bersama Aziezi pula.. enam ribu ringgit sahaja.
✿✿✿
Hana Suraya kini berada di Malaysia setelah lama menetap di bumi Rusia dua hari yang lepas.
"Ini masanya untuk aku mengaku yang aku masih hidup." Hana terus membetulkan skirt yang dipakainya.
Dia menuju ke kereta mercedes hitam miliknya bersama dengan pemandu peribadi yang berdarah Eropah tersebut.
"Kuala Lumpur." Katanya dengan senada sambil mencalit lipstik merahnya dibibir.
Setelah sampai ke Kuala Lumpur Hana terserempak dengan Deana di tempat pejalan kaki. Dia menghampiri Deana dengan lagak selambanya.
"Hye Deana.. You tahu tak.. ermm.. uhuk.. uhuk... kau tahu tak Aziezi dekat mana sekarang ni?"
Aku berasa curiga dengan Haira.. bukan ke tadi dia ada kat hospital? Takkan dia dah hilang ingatan pulak?
"Aziezi ada dekat hospital sebelah sana tu.. wad nombor tiga.. dengan awaklah.. habistu macam mana awak boleh ada dekat sini?" Tanpa dia menjawab persoalan aku dia terus masuk ke dalam kereta Mercedes mahal miliknya dan meluncur laju di jalan raya.. aku agak terkesima apa yang dilakukan sebentar tadi.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Roman d'amour{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...