○ 40 ○

2.5K 70 17
                                    

           "Haira!! Nak pergi mana ni?" Aziezi tiba-tiba menegur Haira di hadapan pintu biliknya. Ternampak Haira sedang mengemas beg pakaiannya dengan pantas.. tegas Aziezi menegurnya.

"Jauh daripada sini." Kata Haira sambil tangannya rancak mengemas pakaiannya.

"Haira Sumaiyah! Mana isteri abang yang lemah lembut dulu? Mana isteri abang yang suka mengalah dulu?" Tanya Aziezi.

"Dia dah hilang.. atau dah mati." Kata Haira selamba.

"Haira Sumaiyah!" Jerit Aziezi tidak berpuas hati kepada isterinya yang bersikap acuh tidak acuh tersebut.

Haira dengan pantasnya mencapai beg pakaiannya dan menuruni tangga. Setelah nampak kelibat Deana di ruang tamu dia menghampiri Deana dengan wajahnya yang menjengkelkan itu.

"Puas hati kau sekarang?!" Kata Haira sambil menghampiri wajahku.

"Haira!!!" Tanpa mendengar panggilan Aziezi dia terus meluru ke pintu untuk keluar.

"Kau yang bunuh Hana!" Terhenti terus Haira di hadapan pintu setelah Aziezi berkata begitu. Aku agak terkesima dengan kata-kata Aziezi. Bukankah aku yang penyebab kematian Hana? Apa kaitan dengan Haira pula?

"What are you saying? Saya takkan bunuh adik saya sendiri.. melainkan perempuan jalang tu!" Aziezi menggempalkan penumbuknya tetapi dia menahan.

"Kau jangan nak bohonglah.. aku yang nampak dengan anak mata aku sendiri.. kau yang cabut wayar pernafasan dia masa dia koma.. time tu aku tak dapat nak halang sebab doktor tak bagi aku masuk.. kau pulak boleh menyorok dalam wad tu semata-mata nak melenyapkan nyawa adik kandung kau sendiri. Kakak jenis apa kau ni?" Aziezi terus berterus-terang kali ni.. dia sudah tidak mahu memendam perasaan itu terlalu lama.

"Aku sanggup jaga perasaan kau.. sampai aku cederakan Deana.. memang Deana penyebab kematian Hana.. tapi taklah seteruk macam kau.. sebab kau sendiri yang nak bagi adik kau mati." Kata Aziezi kepada Haira yang berwajah tidak keruan itu.

"Mana ada.. saya tak bunuh Hana pun." Haira menafikannya.

"Memang aku tak ada bukti untuk bagi kau masuk penjara.. sebab time tu kita kecil lagi.. aku pun tak tahu apa-apa.. tapi aku tertanya-tanya kenapa kau buat Hana macam tu? Apa salah dia dekat kau.. kau tahu tak.. Hana sayang gila dekat kau.. tapi apa yang kau balas dekat adik kau hah!! Kalau tak disebabkan wasiat Hana suruh jaga kau.. jangan sakiti kau.. aku ikut... kalau ikutkan hati aku.. dah lama kau tu mampus. Tapi aku terpaksa alihkan perasaan benci aku ni terhadap Deana semata-mata nak jaga hati dan perasaan kau.. but apa yang kau balas kat aku? Nothing.. aku tak dapat apa-apa." Kata Aziezi panjang lebar sehingga matanya semakin kemerah-merahan.

"Maafkan Haira abang.. memang betul Haira yang bunuh Hana.. Haira cinta dan sayangkan abang dah lama sangat.. sampai Hana cakap dia pun cintakan abang.. tapi Haira terpaksa mengalah sebab dia adik Haira... lepastu Haira tak tahan lagi dengan Hana.. sebelum dia koma tu kitaorang gaduh besar.. Hana dapat tahu yang Haira suka dengan abang.. lepastu dia cakap yang Haira langsung tak layak dengan abang.. sebab Haira buta.. dan dia selalu menyalahkan Haira tentang kematian Ayah dan Ibu kami dan juga adik kami yang bakal lahir.. padahal semua ni pasal keluarga Deana!" Haira terus memeluk kaki Aziezi sambil menangis teresak-esak.

"Maafkan keluarga saya Haira.. kami betul-betul tak sengaja pasal kejadian tu... disebabkan kami.. awak dah kehilangan orang yang awak sayang." Balasku dengan lemah lembut.

"Benda dah lepas.. walau sakit macam mana pun.. aku terpaksa redha." Kata Haira sambil mengelap air matanya.

"Dahlah Haira.. jangan lari rumah ya.. pergi masuk bilik dan rehat.. abang maafkan Haira. Abang cintakan Haira dan juga Deana." Aziezi pun memeluk kami berdua dengan erat.

Walaupun perit hati aku ini... aku tetap mengalah. Aku buta disebabkan cinta.. aku sanggup korbankan hati aku. Aku mengelap air mata aku yang mengalir setitis tanpa di perlihat oleh sesiapa.



Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now