○ 48 ○

2K 63 12
                                    

            Album gambar tersebut aku menyelak setiap helaian.. air mataku semakin gugur. Cuma satu bulan sahaja aku dapat kenangan manis ini bersamanya.

Gambar ini ketika aku dan Aziezi pergi berbulan madu yang ke dua di Jepun pada sebulan yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar ini ketika aku dan Aziezi pergi berbulan madu yang ke dua di Jepun pada sebulan yang lalu. Aku dapat menikmati kebaikannya hanya satu bulan sahaja.. hatiku perit kerana tak dapat nak mengungkapkan macam mana terseksanya hati aku.. jika orang yang kita sayang pergi begitu saja.

"Abang.. nasib baik anak kita tak ada jadi apa-apa masa kejadian tu.. Deana bersyukur sebab abang akhirnya bagi Deana hadiah yang terindah untuk Deana." Kata Deana sambil mengusap perutnya.

"Anak Ummi.. Ummi janji.. yang Ummi akan jaga sayang sampai Ummi mati.. Ummi sayang anak Ummi.. membesarlah nak dalam perut ni.... Ummi sanggup sakit keranamu nak." Kataku sambil mengusap perutku dengan perlahan.

"Sini kau!!" Rambutku tiba-tiba ditarik.

"Pembunuh! Kau pembunuh!!!" Pipiku ditampar berkali-kali sehingga aku tersadung di lantai.

"Kau mengandung? Hahaha... entah-entah anak haram mana tu!" Dia mengheret aku ke dapur tetapi aku mengelak.

"Haira Sumaiyah!!!" Jerit Hana di luar pintu.

"Kau tunggu sini!! Kalau kau cuba nak lari.. aku akan jadikan kau mayat!" Ugut Haira lalu dia meluru ke pintu rumah agam tersebut. Aku menangis teresak-esak sambil mengusap perutku.

"Sayang.. sabar eh.. ini semua ujian.. Ummi yakin.. nanti bila sayang dah besar.. sayang mesti ada kesabaran macam Ummi.. sebab Allah suka orang yang bersabar tau." Kataku sambil mengusap-usap perut yang akan membesar tak lama lagi.

✿✿✿

"Apa yang kau datang kat rumah aku ni!" Tanya Haira tidak berpuas hati.

"Tak salah kot kalau aku nak lawat kakak kandung aku sendiri." Bisik Hana di tepi telinga Haira membuatkan Haira berasa bengang.

"Tak payah nak semaklah!! Aku nak kau pergi berambus dari sini!" Marah Haira namun dia di tolak oleh Hana dengan selamba badak.

"Waahh.. ada Deanalah." Tercengang sebentar aku melihat wajah perempuan yang sebijik seperti Haira tersebut.

"Mesti kau tak tahu nak cakap apa kan? Takkan kau tak kenal aku ni siapa kot? Aku kan Hana Suraya." Aku terasa seperti nak pitam setelah mendengar ayat dari mulutnya.

"Hana? Awak masih hidup lagi... tapi kenapa awak baru muncul?"  Tanyaku untuk mendapat kepastian.

"Aku nak balas dendam dekat Haira dan kau.. aku nak dapatkan Aziezi semula tapi aku dah terlambat sebab Aziezi dah meninggal dunia... aku yakin.. mesti kau yang rancang bunuh dia." Kata-kata Hana membuatkan amarahku semakin membuak-buak.

"Kau jangan nak fitnah aku." Tiba-tiba Haira menghampiri dan menarik bajuku sehingga terkoyak sedikit.

PANG!! PANGGGG!! PANGG!! PANGG!!

Hidungku berdarah dan telinggaku berdesing akibat dipukul olehnya tanpa sebab yang kukuh.

"Aku benci tengok muka kau betina!! Aku nak kau berambus dari rumah ni sebelum aku bunuh kau ataupun anak kau dalam perut tu!!" Kata Haira dengan mukanya yang bengis.

"Baiklah saya akan keluar dari rumah ni.. kalau awak tak suka saya tinggal disini.. tak apa saya faham. Saya harap korang berdua dapat berbaik semula." Kataku sambil memandang wajah mereka berdua.

"Kau tak payah nak buat baik dengan aku.. aku jijik tengok muka hodoh kau tu dasar betina pelacur!" Bidas Haira manakala Hana pula tersenyum sinis melihatku.

"Betul tu kakak.. dasar pelacur tak ada maruah!" Balas Hana pula.

Sumpah kali ni hati aku hancur sejuta keping.. tapi aku berharap lepasni aku takkan terserempak dengan mereka berdua ni lagi.. sumpah.. hati aku sakit parah...  sedetik nafasku rasa terperit dihati takkan pernah hilang oleh disebabkan terkena tempias dendam orang lain.






Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now