Darwish sangat terpegun dengan kecantikan Deana yang telah mengenakan baju kebaya merah itu.
"Darwish.. Darwish!! Darwish!!" Hampir satu minit Darwish termenung melihat wajah putih bersih milik Deana itu yang telah mengenakan baju kebaya merah tersebut. Dia amat terpesona dengan kecantikan luar biasa itu pada hari ini.
"Nafsunya tengok hm." Darwish menggigit jarinya sambil melihat wajah Deana yang merah padam pipinya.
"Apa dia.. saya tak dengarlah?" Darwish hanya tersengih seperti kerang busuk setelah mendengar apa yang Deana katakan sebentar tadi.
"Jomlahh... kita dah lambat ni." Darwish serta-merta menukar topik.
Tanpa memikir apa-apa aku terus membuntutinya ke kereta. Setelah punggungku melekat di atas kerusi kereta itu aku terus memakai tali pinggang keselamatan untuk mengelakkan kecederaan apabila terbelakunya kemalangan yang tidak diingini oleh sesiapa.
Setelah selamat sampai ke destinasi.. kami pun duduk di meja makan dan memesan makanan.
"Awak nak makan apa biar saya order." Kata Darwish kepadaku sambil menilik satu persatu helaian muka surat buku menu tersebut.
"Terserah awak.. saya tak kisah nak makan apa janji benda tu halal untuk saya makan." Aku tergelak kecil manakala Darwish mengerut seribu dahinya.
"Restoran ni hundred percent muslim tau." Dia menegakkan jugak kebenaran.. aku hanya ketawa perlahan sambil menutup mulutku.
"Saya tahulah... awak ni pun tak payahlah nak serius sangat." Aku ketawa kecil sambil melihatnya yang sedang tersenyum malu.
Tiba-tiba aku ternampak kelibat Aziezi dan Haira pada hujung meja makan restoran yang aku kunjungi sekarang. Hati aku kini seperti cacing kepanasan kerana mahu memikirkan bagaimana mahu mencari alasan yang kukuh untuk diberikan kepada Darwish supaya aku dapat keluar dari restoran ni secepat yang mungkin.
"Darwish... apa kata kita pergi restoran lain sebab saya pernah makan dekat restoran ni.. lepastu saya muntah tiga hari sebab sakit perut." Darwish terus mengerut dahinya kerana hairan dengan kata-kata aku.
Alamak!!! Aziezi menghampiri tempat aku pulak! Mati kering aku kat sini hm.. apa nak buat ni?
"Saya nak pergi tandas jap.. lepastu kita gerak." Aku terus berlari anak untuk menuju ke tandas restoran ini.
"Hey Darwish.. sorang je ke?" Tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang.
"Tak.. saya dengan kawan saya." Kata Darwish sambil tersengih.
"Boss duduklah sini.. kita makan sama-sama." Aziezi dan Haira pun melabuhkan di kerusi.
"Ye ke kawan? Ada girlfriend tak nak kenalkan dekat saya." Aziezi ketawa kecil kepada Darwish yang asyik tersengih seperti kerang busuk.
Sepuluh minit berlalu....
'Aduh... diorang siap makan-makan lagi... dahla badan aku ni dah hampir terbakar duduk kat sini.. dia boleh duduk kat situ pulak dengan mamat tak guna tu. Apa aku nak buat ni? Habislah kalau Aziezi nampak aku.. mesti dia jual aku balik dekat tempat pelacuran tu.' Hatiku kini sedang resah yang teramat sangat.
"Eh.. mana girlfriend awak.. tak nampak batang hidung pun." Tiba-tiba Haira menegur Darwish.
"Haahkan sayang.. kalau dia ada boleh kita berborak lama sikit. Mana tahu nanti calon isteri Darwish ni cantik orangnya." Haira terus mencubit lengan suaminya dengan perlahan.
"Alololo.. merajuk ke sayang." Aziezi terus mengelap mulut Haira yang mempunyai sedikit kotoran di mulutnya.
"Abang... kan ada Darwish kat sini.. malu tahu tak?" Kata Haira dengan suara manjanya.
Aku memandang mereka seperti api yang marak membakar hati aku sekarang. Bila nak berambus aku pun tak tahu.. aku sekarang ni dah tak tahan sangat. Aku pun berfikir bagaimana cara untuk larikan diri daripada sini.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romansa{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...